News!!

Mudahnya Menentukan Waktu Solat Semasa Mengembara, Bagaimana?

Kami kongsikan maklumat mengenai panduan menentukan waktu solat kepada mereka yang biasa melancong keluar negara tetapi agak sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai waktu solat. Terutama kepada mereka yang gemar menjadi “Backpackers” mengembara dengan menaiki kenderaan sendiri dan berhenti di kawasan yang mungkin tidak berpenghuni atau penduduknya bukan beragama Islam. Ikutilah panduan ini untuk memudahkan anda menunaikan solat.

PANDUAN MENENTUKAN WAKTU SOLAT DENGAN KEADAAN MATAHARI

Ketika kita bermusafir (travel) akan ada situasi di mana kita merasa keliru, eh dah masuk waktu zohor kah, dah masuk asar kah. Memang zaman teknologi kita ada apps, tapi bukan semua tempat dan waktu kita mempunyai internet, seperti waktu menaiki kapal terbang atau pun di kawasan yang kurang aksess internet

Jangan risau kita masih boleh menentukan waktu solat dengan melihat pada keadaan matahari, langit dan bayang-bayang. Di sini kami kongsikan tips menentukan waktu solat dengan melihat keadaan matahari dan langit

InsyaAllah dengan pengetahuan am ini, lebih mudah untuk kita menunaikan solat tanpa ada keraguan waktu solat sudah masuk atau belum

Boleh share agar lebih ramai yang mengetahui ilmu ini.

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

Dari Jabir bin Abdullah bahawasanya Nabi s.a.w. didatangi oleh Jibril a.s. katanya kepada Nabi: “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka dirikan solat Zohor ketika gelincir matahari (masuk waktu Zohor). Kemudian Jibril datang lagi kepadanya pada waktu Asar katanya: “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka dirikan solat Asar ketika panjang bayang sama dengan tinggi objek. Kemudian Jibril datang lagi pada waktu Maghrib, katanya: “Bangun! Dirikan Solat”. Mereka dirikan solat Maghrib ketika terbenam matahari. Kemudian Jibril datang lagi pada waktu Isyak, katanya: “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka dirikan solat Isyak ketika hilang syafak (Syafak Ahmar). Kemudian Jibril datang lagi pada waktu fajar (Subuh) ketika fajar bercahaya (fajar sadiq) atau disebut berkilauan (memancar) fajar. Kemudian Jibril datang keesokan hari bagi waktu Zohor, katanya: “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka solat Zohor ketika sesuatu bayang tinggi menjadi tinggi sepertinya. Kemudian Jibril datang pada waktu Asar, katanya: “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka solat Asar ketika panjang bayang menjadi dua kali objek. Kemudian Jibril datang lagi pada waktu Maghrib sama seperti waktu sebelumnya. Kemudian Jibril datang pada waktu Isyak ketika selepas separuh malam atau disebut sepertiga malam, mereka dirikan solat Isyak. Kemudian Jibril datang ketika langit kekuningan yang amat sangat (cahaya benar), katanya: “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka dirikan solat fajar, kemudian Jibril berkata: “Saat di antara dua waktu ini adalah waktu solat”

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam an-Nasaii, Imam at-Tarmizi) dan kata Imam al-Bukhari, itulah waktu solat yang paling tepat, iaitu Jibril menjadi Imam.)
.
Semoga bermanfaat, InsyaAllah
.
Kembara patuh Syariah ke seluruh dunia bersama www.rarecation.com

1. Waktu Zohor

Image may contain: sky, outdoor and water

2. Waktu Asar

Image may contain: grass, tree, outdoor, nature and text

3. Waktu Maghrib

Image may contain: sky, cloud and outdoor

4. Waktu Isyak

Image may contain: bridge, night and outdoor

5. Waktu Subuh

Image may contain: sky, outdoor and water

 

Image may contain: one or more people and text

 

Semoga Bermanfaat dan selamat beramal.

Sumber: https://www.facebook.com/rarecation/posts/904280043073646

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: