News!!

Mengenali Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Istilah “Tantrum”.

Mungkin istilah “Tantrum” agak asing buat kita. Namun itulah tabiat yang wujud pada setiap anak-anak yang perlu ibu bapa tangani dengan penuh bijaksana. Bacalah artikel ini untuk mendapatkan informasi asas mengenainya.

TIPS PARENTING KHUSUS

Terlalu ramai yang minta saya kongsikan tips untuk menghentikan habit ‘tantrum’ anak-anak.

TANTRUM adalah satu ledakan emosi dan tunjuk perasaan melalui kelakuan luar jangka yang tidak masuk akal, amat menjengkelkan dan sukar dikawal. Ia terhasil dari pertambahan energi demi untuk menyatakan suatu hajat, namun tidak mampu mengungkapkannya dalam bentuk kata-kata. 

Biasanya anak-anak tantrum akan mengamuk, marah-marah, merajuk, berkeras kepala, menangis, menjerit-jerit, dan melawan bila cuba ditenangkan. Ada juga yang ke tahap lebih parah sehingga melakukan kekerasan fizikal yang sukar dikawal seperti memukul, membaling dan merosakkan hartabenda.

Ramai ibu-ibu yang mengadu sudah tidak tahan lagi untuk terus-terusan menangani tantrum anak-anaknya sendiri, khususnya bagi ibu tunggal dan ibu tinggal. Kasihan sekali melihat tangisan ibu-ibu yang sungguh-sungguh mengadu. Itu jelas menggambarkan tekanan emosi mereka dalam menghadapi cabaran situasi.

Setelah saya pertimbangkan, insyaAllah saya akan cuba kongsikan apa yang saya tahu dan apa yang telah saya serta RPWP sendiri laksanakan dengan berkesan.

Mungkin tips yang kami kongsikan agak sedikit berlainan dari apa yang dikongsikan oleh pakar parenting lain. Ini kerana apa yang bakal kami kongsikan adalah merujuk kepada pengalaman kami sendiri dan akan juga merujuk kepada alQuran dan sunnah Nabi.

TANTRUM adalah isu yang agak luas dan agak banyak untuk dikongsi. Oleh itu, saya akan bahagikan kepada dua bahagian, iaitu;

1. Bagaimana mencegah tantrum, bermula dari dalam kandungan.
2. Bagaimana merawat tantrum dan menangani kedegilan.
.
Perkongsian ini saya kongsikan secara percuma dan sukarela. Saya tidak janji untuk dapat menulis saban hari secara istiqomah walaupun saya akan cuba sedaya upaya. Ini kerana saya juga ada banyak tugasan lain termasuk ikut turun tangan menjadi ‘buruh kasar’ kerja-kerja pembinaan RPWP, AIP dan tugasan menjaga begitu ramai anak-anak yatim dan asnaf yang diamanahkan selama ini.
.
Doakan sahaja saya sihat dan mampu istiqomah untuk sama-sama kongsikan tips parenting RPWP kepada ibubapa. Semuga usaha yang sedikit di hujung-hujung usia ini mampu membantu usaha ibubapa semua ke arah Pembangunan AGAMA, BANGSA dan NEGARA.
.
Stay tuned,

Dr Hj. Masjuki Mohd

Sumber: https://www.facebook.com/DrMasjuki/posts/1385394728231540

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: