Mengapa New Zealand bercadang untuk bekerja 4 hari seminggu.

Mengapa New Zealand bercadang untuk bekerja 4 hari seminggu.
Advertisements
Advertisements

Baru baru ini, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern memaklumkan di dalam Facebook Live beliau tentang cadangan untuk membenarkan hari bekerja seminggu dari 5 hari ke 4 hari

Advertisements

Tujuan utama cadangan ini adalah untuk meningkatkan ekonomi pelancongan mereka yang terjejas teruk akibat Covid19. Industri pelancongan menyumbang sehingga 12.9 billion dollar kepada pendapatan negara mereka kerana covid19 maka sempadan negara sudah ditutup dan tiada pelancong luar yang masuk, maka untuk menggalakkan penduduk tempatan bercuti didalam negara sendiri, idea untuk bekerja selama 4 hari mula di pandang serius.

Cuti hujung minggu yang lebih panjang akan memberikan lebih banyak peluang untuk mereka bercuti di dalam negara dan menghidupkan kembali industri pelancongan mereka sementara menanti sempadan negara dibuka. Pada 7 Mei yang lalu, alert level di New Zealand sudah turun dari peringkat 3 ke peringkat 2 membenarkan pergerakan merentas negero.

Andre Barnes, founder bagi Perpetual Guardian, sebuah syarikat di New Zealand yang mempunyai lebih 200 pekerja sudah memulakan jadual bekerja 4 hari seminggu semenjak 2018 lagi. Beliau memaklumkan para pekerjanya lebih produktif, gembira dan menyambut baik cadangan Perdana Menteri New Zealand untuk membenarkan kerja selama 4 hari seminggu.

Bagaimana pandangan anda, adakah langkah New Zealand ini juga wajar dilaksanakan di Malaysia apabila kebenaran merentas negeri diberikan ?

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *