News!!

Mengapa Drogheda United FC Jadikan Bulan Dan Bintang Sebagai Logo Rasmi kelab?

Kehebatan Empayar Islam Turki Uthmaniyyah bukan saja terletak di atas kekuatan ketumbukannya tetapi naluri kemanusiaan yang turut membantu negara yang mengalami kebuluran tanpa mengira agama yang di anuti. Itulah Islam yang merahmatkan sekelian alam. Bacalah perkongsian ini dan lihat bagaimana Ireland mengabadikan pengorbanan ini.

KRISIS KEBULURAN MELANDA EROPAH – SUMBANGAN KERAJAAN ISLAM TURKI UTHMANIYYAH KEPADA IRELAND

Krisis kebuluran besar telah melanda Eropah sekitar tahun 1845-1850. Warga Ireland adalah yang paling teruk terjejas dalam bencana kebuluran yang dahsyat dikenali sebagai ‘The Great Hunger’. Korban jiwa akibat krisis itu mencecah lebih satu juta orang.

Pada 1847, Sultan Abdul Majid I iaitu pemerintah Khalifah Islam Turki Uthmaniyyah telah menyatakan hasrat untuk menghulurkan bantuan bernilai £10,000 (kira-kira USD 1.6 juta nilaian sekarang) untuk membantu penduduk Ireland.

Ireland dan Scotland ketika itu diperintah oleh Ratu Victoria yang bernaung di bawah kekuasaan England. Akan tetapi Ratu Victoria bersikap aneh di mana dia telah menolak bantuan £10,000 dari Turki Uthmaniyyah dan hanya mahukan £1,000 sahaja.

Related image
Sumber: sultanabdulaziz.com

Ini mungkin dilakukan untuk menjaga air mukanya kerana sebelum itu, Ratu Victoria hanya menyumbang sebanyak £2,000 sahaja kepada Ireland. Sumbangan Sultan Abdul Majid 1 yang lebih banyak pastinya akan menjatuhkan maruahnya sebagai Ratu di Ireland.

Sultan Abdul Majid I bersetuju memenuhi permintaan Ratu Victoria yg hanya mahukan £1,000 sahaja. Akan tetapi baginda secara rahsia telah menghantar satu ekspedisi dengan 3 buah kapal besar yang penuh dengan muatan makanan ke Ireland.

Pihak England kemudiannya mendapat tahu berita itu dan berusaha untuk menyekatnya. Namun kesemua kapal itu selamat berlabuh di Pelabuhan Drogheda, Ireland.

Pembesar dan bangsawan Ireland kemudiannya melahirkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada Khalifah Turki Uthmaniyyah, Sultan Abdul Majid 1.Tambahan lagi tatkala mengetahui ekonomi Turki ketika itu juga dalam keadaan yang ‘teruk’.

Penghargaan dan rasa terima kasih itu disampaikan melalui sepucuk surat rasmi yang sehingga kini masih disimpan rapi di Muzium Kebangsaan Topkapi, Turki.

Kesan daripada sejarah ini, salah satu kelab bola sepak Ireland, Drogheda United FC telah menjadikan simbol bulan dan bintang Khalifah Turki Uthmaniyyah sebagai logo rasmi kelab mereka. Ini adalah satu tanda penghargaan dan rasa terima kasih atas bantuan dari kerajaan Islam itu.

Semoga bermanfaat,

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

Sumber: https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1679437605484044

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: