News!!

Memperlahankan Fungsi Telefon Model Lama, Samsung & Apple Disiasat.

Untuk mengaut keuntungan dengan mudah, tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku. Walaubagaimanapun, kes ini masih lagi di dalam siasatan dan kita tunggu saja keputusannya nanti.

GLOBAL Pihak berkuasa anti monopoli Itali telah melancarkan satu siasatan terhadap dua syarikat telekomunikasi gergasi Samsung Electronics Co dari Korea Selatan dan Apple Inc dari Amerika Syarikat (AS) yang disyaki sengaja memperlahankan fungsi telefon pintar model lama bagi mendorong pengguna membeli model baharu, lapor agensi berita Yonhap.

Agensi itu pada Khamis berkata kedua-dua syarikat akan disiasat berhubung amalan komersial yang mungkin tidak adil berikutan aduan oleh pengguna.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa kedua-dua syarikat dipercayai telah menggunakan komponen tertentu yang rosak dalam telefon bimbit model lama masing-masing bagi memperlahankan fungsi gajet itu.

Jika perkara itu disahkan, kedua-dua syarikat boleh didenda.

Bulan lepas, Apple telah mengaku bahawa ia menggodek-godek kelajuan beberapa iPhone menerusi pengemaskinian perisian bagi menyelesaikan masalah bateri.

Sumber: Bernama

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: