News!!

Mampukah Doa Kita Membentuk Jiwa Anak-Anak?

Kita sering berdoa kepada Allah agar anak kita menjadi anak yang terbaik . Namun adakah kita sedar teknik doa yang sepatutnya menjadi amalan?  Ikuti perkongsian ini untuk sama-sama kita beroleh manfaat.

TIPS DOA BAPA YANG BERKESAN UNTUK ANAK

Ramai ibu bapa tercari-cari doa terbaik untuk anaknya. Malangnya kebanyakan ibu bapa masih gagal mendapatkan kesan positif dari doa mereka. Ini kerana kebanyakan masih menjadikan doa sebagai jampi dan mentera sahaja.

DOA bermaksud SERU. Ia adalah OTAK ibadah. Oleh itu penting untuk ‘menyentuh’ otak dan hati anak-anak jika ingin doa kita itu berkesan. Ini kerana sikap dan perbuatan anak-anak adalah dikawal oleh otak mereka. 

Kerana itu juga doa menjadi satu-satunya cara untuk mengubah minda yang berperanan memacu sikap dan akhlak anak-anak kita. Ketahuilah bahawa ‘tidak akan berubah nasib (qada’ dan qadar) tanpa doa’.

BAGAIMANA MENJADIKAN DOA KITA BERKESAN?

Bacakan doa dalam bahasa yang anak-anak kita fahami. Rangka sendiri doa kita. Masukkan apa sahaja yang kita hajati dari anak-anak kita…

Mahu mereka jadi anak yang soleh,
yang menghormati ibubapa dan orang tua,
yang menghormati guru-gurunya,
yang amanah dan tidak suka berdusta,
yang bijaksana dan pandai berniaga,
yang tidak suka berhutang, meminjam dan meminta-minta,
yang cemerlang dalam pelajaran dan kerjayanya,
yang berani, gagah dan perkasa,
yang rajin dan kuat bekerja,
yang pandai berdakwah dan berbicara,
yang berbakti dan pembela nasib keluarga, agama dan negaranya

ATAU apa sahaja yang kita inginkan untuk anak-anak kesayangan kita.

Mulakan berdoa dengan suara yang jelas dan dengan nada merayu sepenuh perasaan untuk didengari oleh anak-anak kita sejak mereka kecil lagi. Pastikan anak-anak faham isi kandung doa kita. Minta mereka hayati segala doa kita dan aminkan dengan khusyuk.

Jika perlu jelaskan isi kandung doa itu untuk memahamkan mereka selepas kita membacakannya buat kali pertama.

Saat paling baik untuk mendoakan anak-anak kita ialah selepas solat berjemaah di rumah bersama anak dan isteri. Sesibuk mana pun kita, pastikan ada ruang untuk kita solat berjemaah bersama anak isteri biarpun tidak sempat untuk melakukannya saban hari dan waktu solat. Mulakan sejak anak-anak kita kecil lagi (tahap tadika).

Insya-Allah walaupun kita sibuk dan tidak dapat lakukannya saban hari dan waktu solat, cukup baik jika kita boleh salurkan hajat kita melalui doa sekali dua dalam sehari.

Berjemaah dan berdoalah selepas solat maghrib, isya’ atau subuh mengikut kesesuaian takwim masing-masing. Jika itu pun tidak mampu, usahakan untuk sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu. Yang penting lakukan secara istiqomah.

Solat adalah doa dan solat juga adalah proses peningkatan darjat mukmin (As-solatu’do’a, As-solatul mi’raajul mukminiin).

Kerana itu jika ibubapa berjaya kumpulkan anak untuk solat bersama, maka di situ ada peluang untuk menyampaikan seruan dan hajat kita terhadap anak-anak melalui DOA.

Selamat mencuba.

Tips santai Baiti Jannati,

Dr Masjuki Mohd

Sumber: https://www.facebook.com/DrMasjuki/posts/1378494862254860

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: