News!!

Main Tekan Dada, Gurauan Yang Boleh Membunuh?

Main “tekan dada” ini sudah menjadi antara aktiviti gurauan sekian lama dikalangan pelajar sekolah. Siapa yang pernah melalui zaman persekolahan dan menjalani kehidupan di asrama penuh, aktivit maut ini bukan lah satu perkara yang baru. Mungkin belum pernah terdengar berita mengenai kematian angkara tekan dada, maka “permainan maut ini” terus dijadikan bahan guruan dari generasi ke generasi.


GEORGE TOWN: Permainan menekan dada adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian otak, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau mengingatkan pelajar tidak menjadikan permainan berkenaan sebagai gurauan terhadap rakan kerana ia mampu mengundang maut dalam tempoh hanya 5 minit.

“Jangan, jangan tekan dada kawan-kawan. Jika dia ada penyakit jantung, dia boleh mati. Bila tekan dada kita tidak boleh bernafas. Saluran oksigen akan terputus.

“Dalam masa 5 minit, jika oksigen terputus daripada otak, boleh mati otak. Jangan sesekali buat kerja begitu,” katanya selepas merasmikan Persatuan Rakan Niaga Strategik Negeri Pulau Pinang hari ini.

Beliau mengulas video selama 25 saat yang memperlihatkan 3 remaja melakukan aksi menekan dada.
Sumber: Bernama Video: FrontDesk

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: