News!!

Mahkamah Agung Arab Saudi Putuskan Tiada Ganti Rugi Dari Insiden Kren Runtuh 2015

KERAJAAN melalui Lembaga Tabung Haji akan mendapatkan kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi lanjutan daripada keputusan Mahkamah Agung Arab Saudi berhubung insiden kren runtuh di Masjidil Haram pada 2015, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom.

“Kerajaan akan memaklumkan kepada waris-waris jemaah apabila menerima kenyataan (kerajaan Arab Saudi) itu,” katanya.

Menurut Jamil Khir, Lembaga Tabung Haji dimaklumkan melalui laporan media Arab Saudi (Saudi Gazette) bahawa  Mahkamah Agung Arab Saudi telah memutuskan insiden kren runtuh itu bukan disebabkan kecuaian manusia.

Dengan keputusan sedemikian, syarikat pembinaan yang terlibat tidak perlu membayar sebarang bayaran diyyah (ganti rugi) kepada waris atau mangsa insiden tersebut.

Daripada jumlah itu, tujuh jemaah haji Malaysia meninggal dunia manakala 12 lagi cedera.

Sumber: Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: