News!!

Lumpuhnya Empayar Turki Uthmaniyah Bila Pemimpin Lena Diulit Kemewahan

Meneruskan misi penggalian mengenai keruntuhan Empayar Agung Turki Uthmaniyah, kali ini kami kongsikan bagaiman kepincangan ekonomi telah menjadi antara faktor kejatuhannya. Kegagalan pengurusan ekonomi secara menyeluruh serta keborosan kepala negara telah merobek kesejahteraan negara. Ikuti sepenuhnya penulisan ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.

KERUNTUHAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH – MANIPULASI EKONOMI DARI ORANG YAHUDI DAN KEBODOHAN PEMIMPIN ISLAM DI ZAMAN ITU

Sebelum ini di dalam SIRI 1, telah kami kupas berkaitan kelemahan kepimpinan dan politik antara faktor utama DI SEBALIK KERUNTUHAN EMPAYAR UTHMANIYYAH dan kali ini kita hidangkan kepada kalian beberapa faktor penting yang menyumbang kepada keruntuhan empayar terakhir Islam ini.

Sila baca artikel sebelum ini berkenaan dengan faktor kepimpinan dan politik

SIRI 1: KERUNTUHAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH – SIAPA DAJJAL DI SEBALIK KEJATUHAN ISLAM?
https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1568104569950682

************ SIRI 2 *************

Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Osman Gazi yang mengisytihar kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299M.

Dalam sejarahnya selama lebih 600 tahun iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengalami pasang surut di era pemerintahan mereka. Pada satu sudut pandang, dapat dilihat sebuah sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk yang mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan.

Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566, telah berlaku kemerosotan dalam kewibawaan empayar Turki Uthmaniyah.

Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dari pelbagai sudut sehingga membawa bukan sekadar kepada kejatuhan empayar uthmaniyyah, malah sistem kekhalifahan secara total.

KELEMAHAN KERAJAAN UTHMANIYAH DARI SUDUT EKONOMI 

Ekonomi merupakan faktor yang sangat penting bagi sesuatu kerajaan di dunia. Bangsa yang kuat adalah bangsa yang merajai ekonomi dunia. Oleh kerana itu amat penting buat umat Islam untuk memperkasakan kedudukan mereka dalam sudut ekonomi.

Elemen zakat, sedekah dan infaq antara instrumen yang telah Allah ajarkan kepada kita bagaimana untuk menjaga kestabilan dan memperkukuhkan ekonomi ummat Islam. Kerana itu, kemerosotan ekonomi merupakan salah satu faktor dalaman yang telah menyebabkan keruntuhan kerajaan empayar Uthmaniyah.

Sebagai contoh, perbelanjaan istana yang agak tinggi dan sifat sultan yang boros telah menyebabkan kemerosotan ekonomi berlaku.

Pada zaman Sultan Abdul al-Aziz (1861M – 1876M), hutang negara Turki Uthmaniyah berjumlah 6,225 juta franc dan ini antara yang menyebabkan negaranya muflis. Apabila perbelanjaan melebihi dari pendapatan, ia memberi kesan yang ketara dalam sistem ekonomi empayar Uthmaniyyah.

Antara lain adalah ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah. Misalnya projek jaringan keretapi “Orient Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana Topkapi.

Akibatnya jerat hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan Kerajaan Uthmaniyah hampir bankrap.

Selain itu, perang yang tidak henti-henti yang terpaksa dihadapi oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah menjadikan kos perbelanjaan perang semakin tinggi. Kos perbelanjaan untuk peperangan yang merangkumi ubat-ubatan, senjata serta makanan juga meningkat dan lebih teruk apabila wang yang ingin dibelanjakan tidak mencukupi kesan dari sikap boros pentadbiran.

Ketika ini juga keadaan di wilayah Uthmaniyah mengalami kesan inflasi yang amat teruk menjadikan nilai mata wang Uthmaniyah hampir tidak bernilai.

Ekoran daripada masalah tersebut, pihak pentadbir terpaksa mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat. Peningkatan cukai yang tinggi telah menyebabkan rakyat tertekan dan cuba bertindak untuk memberontak. Dan ketika inilah, Yahudi sudah mula meninjau peluang untuk memasuki jarum-jarum di setiap titik lemah Kerajaan Islam Uthmaniyyah.

Lihatlah bagaimana Yahudi menguasai dunia melalui ekonomi. Bermula dari penjaga emas ataupun dipanggil ‘Gold Smith’ yang dipandang rendah dan tukang simpan emas tuan-tuan tanah dan bangsawan, akhirnya mereka mampu menguasai dunia apabila para bangsawan dan para raja mula terdesak memerlukan dana untuk membiayai tentera dan membayar gaji pegawainya.

Golongan-golongan ini akhirnya tidak dapat mengelakkan diri untuk menjadi mangsa para ‘Gold Smith’, kemudian berganti istilah menjadi ‘Banker’. Setiap pinjaman yang bernilai jutaan ringgit diberikan kepada individu-individu tersebut. Begitu juga pulangan keuntungan yang diperolehi.

Sistem perbankan yang wujud bermula dari pengumpul emas, memberi sijil dan akhirnya sijil itu bertukar menjadi wang kertas. Selain itu, barang keperluan seperti makanan juga semakin meningkat harganya lalu menyebabkan keperluan penduduk tidak mencukupi.

Uthmaniyyah ketika itu lebih banyak mengimport berbanding mengeksport barang keluar. Tambahan pula kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.

Kelemahannya juga adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh KEBOLEHAN, tetapi melalui konsep MENJUAL JAWATAN kepada mereka yang mampu untuk membeli jawatan tersebut.

Sama-sama kita zikirkan adakah ia juga berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin kita yang menjawat jawatan dibahagian pentadbiran pada hari ini? Jika benar, bagaimana mahu kita hentikan budaya ini semua supaya kita tidak dihukum dengan sejarah yang berulang.

Seterusnya, perdagangan yang lembab juga menjadi penyumbang kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan.

Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. Pada ketika itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan telah menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki.

Selain itu, ekonomi negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

KESIMPULAN

Sultan-sultan Uthmaniyyah pada sisa-sisa akhir pemerintahan sudah tergelincir jauh daripada landasan perjuangan Islam yang sebenar. Kebanyakkan sultan ini lupa bagaimana bermulanya kerajaan Uthmaniyyah dibina atas dasar iman dan taqwa para sultan-sultannya.

Berbanding pada zaman keagungan empayar Turki Uthmaniyyah, para sultannya terkenal sebagai ‘Ruhbanun Fillail wa fursanun binnahar’ atau dikenali sebagai “beribadat kepada Allah umpama rahib di malam hari dan siangnya berjuang laksana singa”.

Sifat-sifat ini tidak ada lagi pada sultan-sultan bani Uthmaniyyah yang akhir. Pengasas kerajaan Uthmanyyah iaitu Sultan Uthman I terkenal sebagai seorang yang warak, zuhud dan taat kepada perintah Allah. Begitu juga dengan Sultan Murad yang sering berulang-alik ke istana. Sultan Muhammad al-Fateh pula begitu tinggi akhlaknya.

Image may contain: 1 person, text

Apabila sultan tidak bertaqwa, Allah swt berlepas tangan daripada mereka. Pada masa inilah mereka menjadi lemah sehingga mampu mencipta seorang manusia seumpama Mustafa Kamal Ataturk. Apabila pemimpin leka dengan kemewahan dunia sedikit demi sedikit Allah tarik nikmat yang diberikan kepada hamba yang bertakwa.

Hukum Allah S.W.T. dilanggar secara sembunyi dalam lingkungan istana. Arak-arak, wanita dan budaya mungkar berleluasa di istana-istana. Seorang sultan mempunyai gundik berpuluh-puluh orang ramainya. Malah ada tempat khas digunakan untuk menjaga gundik-gundik ini yang dijaga oleh hamba-hamba lelaki yang telah dikasi.

Kekurangan nilai Islam dalam diri sultan-sultan inilah menyebabkan kepada kelemahan mereka dalam mentadbir dan menguruskan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Uthmaniyyah yang akhirnya telah berjaya diracik sedikit demi sedikit oleh ummat Islam sendiri.

Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti “liberation”, “freedom”, dan sebagainya, musuh Islam sudah mula meniup fitnah dengan menghasut bahawa pemerintahan Abdul Hamid II sebagai “Hamidian Absolutism” dan sebagainya.

Sehinggakan hanya pada satu malam, Sultan Abdul Hamid II berjaya digulingkan dan dihalau dari istana Yildiz yang menjadi pilihan Sultan Abdul Hamid II berbanding menginap di Istana Dolmabahce yang dihiasai dengan segala bentuk kemewahan kaum keluarganya sebelum ini.

Paling menyedihkan, ketika penggulingan khalifah terakhir ini, Yahudi berada di dalam lingkungan mereka dan turut bersama-sama meraikan kejatuhan Turki bersama rakyat Turki sendiri.

Semoga bermanfaat.

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: