Satu kajian oleh iPrice Group melaporkan, peningkatan itu memberikan jurang antara Lazada dengan pesaing terdekatnya iaitu 11street (peningkatan 5.9 juta pelawat purata) dan Shopee (peningkatan 5.3 juta pelawat purata).

Shopee pula, melihat pertumbuhan mengagumkan memandangkan ia menggantikan Lelong sebagai e-dagang ketiga yang paling banyak dilawati pada suku keempat 2017.

Ini tidak lama selepas syarikat induknya Sea Limited (Sea) memperoleh pembiayaan AS$550 juta (RM2.1 bilion) pada September 2017 dan menggunakan kebanyakan dananya untuk membangunkan Shopee.

Sejak pelancarannya pada tahun 2015, Shopee menjadi platform mudah alih pertama dengan diikuti oleh Lazada, 11street, Zalora dan Lelong.

Kedudukan aplikasi beli-belah mudah alih itu berdasarkan bilangan muat turun tertinggi, aktiviti penggunaan aplikasi terbanyak, jumlah belian melalui aplikasi serta penilaian pengguna.

Sebanyak 50 e-degang teratas di Malaysia juga mengalami peningkatan trafik 30 peratus dalam talian disebabkan jualan akhir tahun.

“Antara tempoh jualan dalam talian yang paling popular ialah #MYCyberSale (9-13 Oktober), 11.11 Sale (juga dikenali sebagai ‘Singles Day’ pada 11 November), Black Friday (24 November) dan 12.12 Sale (12 Disember),” katanya.

iPrice juga berkata, lima platform e-dagang teratas di Malaysia Lazada, 11street, Shopee, Lelong dan Zalora mencipta lebih 1,000 pekerjaan.

Sumber: Bernama
Foto Kredit: Digital News Asia