News!!

KITLV Gambarkan Orang Melayu Tidak Berkembang Dan Kebudak-budakan

Bukan satu perkara yang mudah untuk merubah corak kehidupan dan budaya satu bangsa yang sudah lama mereka amalkan. Namun hasil kebijaksanaan dan kesungguhan penjajah, Umat Islam sedikit demi sedikit diracuni daya pemikiran mereka melalui penyebaran doktrin yang  dikatakan membawa arus pemodenan. Bacalah perkongsian ini agar kita sedar adakah kita juga mengalami nasib yang sama.

SIRI 23: PERANAN SNOUCK HURGRONJE DI INSTITUT PENGKAJIAN BELANDA – KITLV

Sebagai profesor merangkap penasihat kepada Kolonial Belanda, Snouck Hurgronje turut terlibat di dalam merangka program pendidikan untuk penduduk-penduduk peribumi tanah jajahan Belanda seperti Indonesia.

Dalam pada masa yang sama, dia turut mencorakkan dan meyuburkan program-program pendidikan, pengkajian dan pengajaran berkenaan Islam dan perkembangannya di seluruh dunia terutamanya Indonesia dan Tanah Melayu.

INSTITUT PENGKAJIAN ASIA TENGGARA DAN CARIBBEAN DI RAJA BELANDA (KITLV)

Snouck Hurgronje menganggotai Institut Pengkajian Asia Tenggara dan Caribbean Di Raja Belanda (KITLV) dan menjadi Presidennya dari 1911 sehingga 1927. KITLV menjadi tumpuan orientalis di Belanda dan seluruh dunia dalam pengkajian di Nusantara terutama orang Melayu Aceh dan Indonesia.

Image may contain: night and text

KITLV telah ditubuhkan di Leiden pada tahun 1851. Objektif utamanya adalah untuk menjalankan pengkajian mendalam terhadap penduduk dan masyarakat, bahasa, sains sosial, dan sejarah di Asia Tenggara, Asia Pasifik dan kepulauan Caribbean. .

KITLV ialah badan penggerak dan penyumbang dana kepada pengkaji-pengkaji Belanda serta orientalis untuk membuat kajian mereka. Snouck Hurgronje mendapat 4,000 guilder (matawang Belanda lama) dari KITLV untuk kajiannya di Mekah dan tambahan sebanyak 15,000 guilder dari Kementerian Tanah Jajahan Belanda.

Seorang ahli KITLV, J. Pijnappel pernah menyatakan “Jika orang Melayu mempunyai kemahuan untuk kemajuan pembangunan, buktinya pasti jelas,”.

Image may contain: 3 people, text

Menurutnya, walaupun orang Melayu telah berhubung dengan kuasa besar seperti Turki, tetapi tiada kemajuan dapat dilihat. “Orang-orangnya adalah seperti budak-budak, dan takdir mereka untuk menjadi budak-budak. Mereka tidak akan menjadi lelaki,” tambahnya lagi.

Demikian adalah pandangan-pandangan yang merendahkan orang Melayu di Belanda ketika itu. Namun begitu, Snouck Hurgronje berpendapat bahawa orang-orang Melayu dan Jawa di Nusantara wajar untuk dimajukan melalui sistem pendidikan Belanda dan berasimilasi dengan barat.

PENGLIBATAN ORANG TEMPATAN MELAYU (ACHEH) DAN JAWA DI KITLV.

Melalui pusat pendidikan Belanda yang ditubuhkan di Indonesia, Jakarta terutamanya, pelajar-pelajar Indonesia telah didedahkan dengan pendidikan Belanda.

Mereka turut diajak untuk mengkaji budaya mereka sendiri tetapi mengikut perspektif barat. Mereka mula menulis dan diterbitkan semula oleh KITLV dalam majalah Belanda. Penulisan mereka dianggap sebagai luahan langsung dari penduduk peribumi tentang kondisi masyarakat setempat.

Antara penulisan yang menjadi kontroversi ialah penulisan seorang wanita muda dari Jepara, Jawa Tengah bernama Raden Adjen Kartini. Kartini menyatakan kekecewaannya tentang sistem perkahwinan adat yang memaksa wanita berkahwin mengikut kehendak ibu bapa. Kartini juga menentang poligami kepada lelaki yang mereka tidak kenali. Kartini sehingga kini diangkat menjadi tokoh kemajuan wanita di Indonesia.

Melalui proses asimilasi, kumpulan elit Indonesia dikumpulkan untuk membentuk mereka secara keseluruhan dalam sistem barat supaya dapat berkhidmat semula untuk penjajah di tanah air mereka semula. Snouck telah menyusun semula supaya nilai-nilai Islam dan adat tidak dipisahkan dari pendidikan barat, tetapi diolah sesuai dengan keperluan masyarakat.

Snouck Hurgronje bersama rakannya C. van Vollenhoven telah merangka Indology – satu program untuk pembentukan penjawat awam kepada penjajah. Program ini membolehkan orang-orang Indonesia yang dilatih mendapat pensijilan sebagai penjawat awam yang memenuhi kehendak Belanda. Program Indology yang disusun oleh Snouck turut menggantikan sistem sebelumnya iaitu Program Delft.

Sebelum ini, pensijilan ini dilakukan melalui satu jabatan di Betawi dikenali sebagai Gimansium William III. Usaha pembentukan di William III dikatakan tidak efektif kerana pelajarnya walaupun boleh bekerja untuk penjajah, tetapi tidak cukup untuk menjadi golongan elit dalam kepimpinan.

Melalui penutupan Gimnasium William III di Betawi, orang-orang Indonesia akan ditaja untuk menjalankan program pendidikan sebagai penjawat awam di Belanda. Antara nama-nama besar yang dilatih di sana ialah Raden Hassan Djajadiningrat dan Haji Agus Salim.

Pada Tahun 1969, Jabatan KITLV telah ditubuhkan oleh seorang profesor dari Universiti Leiden di Jakarta iaitu Johannes Jacobus Hans Ras. Di sini, bahan-bahan penerbitan dari Indonesia, Malaysia dan Singapura dibeli dan dikumpulkan di perpustakaan KITLV.

Bahan-bahan penerbitan dari KILTV juga dijual. Penerbitan-penerbitan asal dalam bahasa Belanda turut diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Sehingga 1 Julai 2014, Pejabat KITLV Jakarta adalah sebahagian dari Perpustakaan Universiti Leiden.

PERKEMBANGAN PENGKAJIAN DI KITLV

Image may contain: 1 person, text

Fokus pengkajian di KITLV berubah mengikut halatuju yang dibawa oleh Presidennya dan keperluan misi penjajahan pada waktu itu. Johan Hendrik Casper Kern (1833-1917) merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat di KITLV iaitu selama 18 Tahun bermula dari 1882 sehingga 1911. Kern ialah seorang ahli dalam bidang Bahasa Sanskrit dan kemanusiaan.

J.H.C. Kern telah mengusahakan penguasaan tanah jajahan Belanda melalui pendidikan penduduk peribumi dalam bidang bahasa, geografi dan kemanusiaan. Dia telah mencadangkan agar Bahasa Belanda dijadikan bahasa pendidikan di Tanah Jajahan Belanda sepertimana Bahasa Inggeris diterapkan oleh British di tanah jajahannya.

Melalui penerapan bahasa Belanda ke dalam masyarakat Indonesia, rakyat Indonesia akan terikat dengan kerajaan Belanda dan pengaruh penjajah dapat ditanam serta dikekalkan dengan lebih lama. Kerajaan British yang menjalankan dasar yang sama ke tanah jajahannya seperti di India dan Tanah Melayu juga telah membawa penduduk jajahannya sentiasa terikat dengan penjajahnya melalui sistem bahasa, penulisan dan pendidikan.

Kern telah mewujudkan Persatuan untuk Kebaikan Orang Jawa pada tahun 1866. Sehingga 1870, persatuan ini telah dianggotai lebih 2000 orang dari kalangan pegawai liberal, ahli KITLV, profesor Nasionalis dan pendakwah Kristian. Mereka menjadi golongan penggerak dan pemikir sekular bagi pihak Penjajah Belanda untuk tanah jajahannya terutama Hindia Timur.

Di KTLV, bahasa Melayu menjadi fokus utama dalam proses pengkajian dan penghasilan buku-buku pendidikan serta dakwah Kristian. Sasarannya ialah orang melayu Acheh terutamanya, serta ditempat-tempat lain di luar Indonesia seperti Tanah Melayu, dan Surinam.

George Alexander Wilken (1847–1891), seorang pendakwah Kristian dan profesor di Leiden pula telah mengembangkan pengkajian dan perbandingan antara kaum. Wilken menghadiri kelas-kelas dari Kern, M.J. De Goeje dan C. Snouck Hurgronje lalu menyumbang banyak penulisan berkaitan perkembangan suku bangsa orang Indonesia.

Wilken telah membahasakan orang-orang Hindia Timur sebagai orang liar atau orang asli. Wilken membawa idea bahawa orang Hindia Timur bukannya mundur ke belakang, tetapi mereka tidak berkembang sehingga mereka ketinggalan ke belakang. Melalui konsep ini, dia banyak membandingkan sistem hidup di Hindia Timur dengan sistem Barat yang lebih baik.

Wilken ialah orang yang banyak menggunakan istilah Indonesia dan Indonesian menggantikan perkataan ‘Indies’ atau Hindia.

Seorang lagi profesor di KITLV, A.W. Nieuwenhuis yang menyambung pengkajian suku bangsa atau ethnologi dari Wilken telah banyak mengkaji dan menjalankan program untuk orang Dayak. Nieuwenhuis telah terlibat dalam kerajaan penjajah di Borneo yang cuba menghalang pengaruh orang Melayu Islam terhadap penduduk Dayak.

Orang Melayu Islam Sambas (bersempadan dengan Sarawak) memainkan peranan utama dalam penyebaran agama dan budaya Islam di Borneo. Nieuwenhuis sentiasa memandang negatif terhadap budaya Melayu Islam dan memandang penjajahan merupakan satu rahmat kepada penduduk peribumi yang membawa kemajuan.

KESIMPULAN

Image may contain: text

KITLV merupakan pusat pengkajian, pendidikan dan penyebaran doktrin Belanda untuk tanah jajahannya sejak zaman penjajahan sehingga ke hari ini. Bahan-bahannya juga menjadi rujukan seluruh dunia terutama kepada penjajah-penjajah lain.

Aktivitinya banyak mempengaruhi masyarakat Islam terutamanya di kalangan Melayu dan Jawa di Indonesia dan bangsa-bangsa lain. Malah, pengkajian Belanda turut menjadi rujukan kepada penjajah British untuk diaplikasi di tanah jajahannya di Malaysia, Singapura dan Borneo.

Budaya dan corak masyarakat di Indonesia adalah sangat rapat dengan Malaysia sama ada di Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau mahupun di Borneo. Pengkajian yang mendalam terhadap agama Islam, budaya Melayu dan suku-suku lain oleh Belanda sangat berguna untuk penjajah British yang mentadbir suku kaum dan agama yang sama di kawasannya.

Melalui pemecahan sempadan di antara British dan Belanda, Indonesia dan Malaysia berkembang mengikut corak pentadbiran penjajah masing-masing yang membawa kepada perbezaan yang ketara sehingga hari ini.

Islam telah jauh dipisahkan sehingga saudara tidak mengenali sesama mereka sendiri..

Semoga bermanfaat,

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN
** DIREKTORI **

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI KE 12: KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MASYARAKAT ACEH DI MATA SNOUCK

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571012949659844

SIRI KE 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1572834986144307

SIRI KE 15: KENAPA PENJAJAH TAKUT PADA GERAKAN PAN-ISLAMISM DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN IBADAH HAJI?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1574077099353429

SIRI KE 16: BAGAIMANA SNOUCK MELIHAT PELAKSANAAN AL-QURAN DALAM MASYARAKAT ISLAM NUSANTARA.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1576291249132014

SIRI KE 17: SAYID USMAN – MUFTI DI BETAWI DAN SENJATA BELANDA MELAWAN GERAKAN JIHAD.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1583931228368016

SIRI 18: PENGLIBATAN SNOUCK HURGRONJE DALAM GERAKAN KETENTERAAN DI ACEH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1590068861087586

SIRI 19: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN I) – NIKAH KAHWIN DAN PENGAWALAN MASJID

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1615880345173104

SIRI 20: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN II) – PENGGANTIAN SISTEM WARISAN ISLAM DENGAN WARISAN ADAT DAN PENCELAAN TERHADAP POLIGAMI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1627965183964620

SIRI 21: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN III) – ASOSIASI PENDIDIKAN DAN PENGATURAN GURU ISLAM.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1640248992736239

SIRI 22: SNOUCK HURGRONJE KEMBALI KE LEIDEN DAN PERANANNYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1663387847089020

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: