News!!

Keruntuhan Kerajaan Islam Bila Nafsu Menjadi Raja

Meneruskan siri maklumat mengenai kejatuhan kerajaan Islam Eropah, bacalah sehingga habis agar kita jelas apakah diantara punca yang menyebabkan ianya berlaku. Mungkin sukar untuk kita telan tetapi itulah hakikat sebenar antara punca keruntuhan sebuah kerajaan Islam yang utuh.

RECONQUISTA – SIRI 3: KEJATUHAN KHALIFAH QURTUBAH DAN KEMUNCULAN KERAJAAN ISLAM AL-MUWAHHIDUN

Artikel sebelum ini telah menbincangkan kebangkitan kerajaan Islam Andalusia ke kemuncak kegemilangannya di bawah pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III dan Hakam II.

Kemudian kerajaan Andalusia diperkukuhkan lagi oleh Hajib Al-Mansur, penasihat kerajaan Andalusia ketika itu yang memerintah di sebalik Khalifah Hisham II yang muda dan lemah.

Al-Mansur meninggal dunia pada tahun 1002 M dan digantikan anaknya, Abdul Malik Al-Muzaffa, sebagai ‘Hajib’ di Cordoba.

Walaupun Khalifah Hisham II ketika itu sudah berumur 28 tahun, dia adalah seorang yang tidak berkemampuan menjadi khalifah dan hidup dalam dunianya sendiri di Madina Az-Zahra yang penuh dengan kemewahan.

PEREBUTAN KUASA DAN PERGOLAKAN DALAM ISTANA

Abdul Malik meneruskan polisi bapanya dengan menjalankan pemerintahan di balik tabir. Namun begitu, Abdul Malik dibunuh oleh adik tirinya Abdul Rahman Sanchuelo, pada tahun 1008 M.

Abdul Rahman Sanchuelo mempunyai pengaruh yang kuat dan telah memaksa Khalifah Hashim II untuk menamakan dirinya sebagai pewaris kekhalifahan seterusnya.

Melalui tindakan ini, pergolakan berlaku di Cordoba di kalangan Bani Umayyah yang menentang Abdul Rahman Sanchuelo. Muhammad II (Al-Mahdi) dari Bani Umayyah telah bertindak memenjarakan Khalifah Hisham II pada 1009 M dan menggelarkan dirinya pula sebagai Khalifah.

Abdul Rahman Sanchuelo ketika itu sedang keluar berperang dengan Kerajaan Leon. Mendengar khabar itu, dia pulang ke Cordoba tetapi Muhammad II menangkap lalu membunuhnya.

Pada tahun yang sama, Sulaiman bin Al-Hakam (Sulaiman II) telah memimpin kumpulan tentera untuk mengalahkan Muhammad II. Muhammad II melarikan diri ke Toledo sementara Sulaiman II naik menjadi khalifah di Cordoba.

Sulaiman II adalah seorang tentera yang datang dari Afrika Utara. Dia telah mengumpulkan tentera-tentera dari Afrika Utara dan bergabung dengan kerajaan Castile untuk merampas Cordoba. Dia juga telah membebaskan Hisham II tetapi melantik dirinya sendiri sebagai Khalifah.

Muhammad II menyusun semula ketenteraannya di Toledo dan dengan kerjasama Ramon Borrel dari Barcelona, dia menyerang semula Cordoba dan mengalahkan Sulaiman II pada tahun 1010 M. Satu kumpulan pemberontak dari kalangan tentera diketuai oleh Al-Wahdid menyerang Cordoba dan menjatuhkan Muhammad II. Hisham II dinaikkan semula menjadi khalifah sehingga tahun 1013 M.

Sulaiman II kembali menyerang Cordoba pada tahun 1013 M dan merampas semula kekhalifahan. Hisham II dikatakan terbunuh pada tahun itu. Sulaiman II memerintah Cordoba sehingga tahun 1016 M, tetapi wilayah-wilayah Islam telah berpecah menjalankan pemerintahan sendiri.

Image may contain: 1 person, text

Sepanjang tahun 1016 M sehingga 1031 M, pertukaran pemerintahan di Cordoba berlaku dengan sangat cepat. Pemerintah Bani Hammudiyah dari Afrika Utara telah menggantikan Sulaiman II sebagai Khalifah, tetapi perebutan kuasa terus berlaku oleh pewaris-pewaris dari Bani Umayyah.

Image may contain: one or more people

Hisham III adalah Khalifah terakhir bagi Khalifah Qurtubah di Cordoba memerintah dari tahun 1026 sehingga 1031. Hisham III dari Bani Umayyah menjadi khalifah selepas satu rundingan dengan Bani Hammudiyah. Yahya ibnu Ali ibnu Hammud, khalifah di Cordoba ketika itu menyerahkan Cordoba kepada Hisham III sementara dia menjadi pemerintah di Malaga.

Hisham III menerima tentangan dari golongan pembesar di Cordoba. Wazirnya dibunuh dan dia telah dipenjarakan sehingga tahun 1031 M. Dia berjaya melarikan diri tetapi kemudiannya meninggal pada tahun 1036 M di dalam buangan.

Khalifah Qurtubah telah dimansuhkan dan Cordoba menjalankan pemerintahan sendiri, dikenali sebagai Taifa Cordoba.

WILAYAH ISLAM ANDALUSIA DI BAWAH KERAJAAN ISLAM AL-MUROBBITUN

No automatic alt text available.

Melalui kejatuhan Kerajaan Umayyah di Cordoba pada tahun 1031 Masihi, pemerintahan Islam di Iberia berpecah menjadi wilayah-wilayah kecil dan bebas. Wilayah-wilayah ini dipanggil ‘Taifa’ yang diperintah oleh gabenor masing-masing secara terpisah. Lebih 20 wilayah kecil Taifa di semenanjung Iberia ketika itu dikuasai oleh kelompok bani-bani.

Kerajaan Kristian mula mengambil peluang untuk menakluk wilayah-wilayah Taifa yang sudah berpecah ini. Empat kerajaan Kristian yang utama di Iberia ialah Kerajaan Galicia (Portugal) di sebelah barat, Kerajaan Leon dan Castile di tengah dan Kerajaan Aragon di sebelah timur Iberia.

Tiga wilayah besar Islam iaitu Toledo, Sevilla dan Zaragoza dipaksa membayar cukai kepada kerajaan-kerajaan Kristian ini.

Satu perang besar telah berlaku pada Tahun 1085 M yang menyebabkan penawanan Wilayah Toledo oleh kerajaan Leon dan Castile. Pada tahun 1086 M, salah seorang pemerintah Andalusia meminta pertolongan kerajaan Islam di sebelah barat Afrika ketika itu iaitu Kerajaan Islam Al-Murabbitun.

Image may contain: text

Kerajaan Islam Al-Murabbitun bertapak di Maghribi dan diwujudkan sekitar tahun 1040 M selepas kejatuhan Khalifah Umayyah di utara Afrika. Kerajaan ini menggabungkan wilayah barat Afrika iaitu Mauritania, Nigeria, Maghribi dan Algeria dengan kerajaan Islam Andalusia.

Kerajaan Islam Al-Murabbitun ini bermazhab Maliki dan mendapat pengiktirafan dari Khalifah Abbasiyyah. Sultannya Yusuf ibnu Tashfin memakai gelaran ‘Amirul Muslimin’ pada tahun 1097 M dengan mengakui Sultan Abbasiyah sebagai ‘Amirul Mukminin’.

Kerajaan Kristian Iberia masih belum mampu mengalahkan orang Islam di Andalusia selepas pembentukan Kerajaan Islam Al-Murabbitun, tetapi mereka sudah mula bergabung untuk berhadapan dengan tentera Islam dan mengelakkan pergaduhan sesama sendiri.

RUMUSAN SIRI-3

* Kejatuhan kerajaan Islam berlaku apabila berlaku perebutan kuasa kerana tamakkan harta, kedudukan dan pangkat.

* Pengkhianatan berlaku dalam keluarga terdekat sehingga adik sanggup membunuh abangnya. Kerana itu, Islam menekankan pembinaan keluarga yang berakhlak. Ternyata kelemahan institusi keluarga dalam pemerintahan menjadi perosak dalam kerajaan-kerajaan Islam mahupun Kafir.

* Sistem peralihan kuasa melalui keturunan tidak menjanjikan kesenimbungan kejayaan dalam pemerintahan. Sistem syuro/musyawwarah sepatutnya diwujudkan untuk menetapkan khalifah/pemimpin. Hisham II yang tidak mampu menjadi khalifah sememangnya tidak perlu dinaikkan menjadi khalifah.

* Hisham II tidak dididik dengan baik untuk menjadi khalifah. Dia dibiarkan hidup dalam kemewahan dan terasing dalam ‘kandang’ yang dicipta untuknya.

* Ibu Hisham II tidak memainkan peranan dalam mendidiknya. Ibu sepatutnya memainkan peranan penting dalam memberi didikan dan kobarkan semangat kepada anaknya.

Sumber:

Semoga bermanfaat,

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

****** DIREKTORI******

Bagi anda yang baru bersama siri RECONQUISTA, boleh ikuti siri kajian sejarah kami melalui pautan berikut;

SIRI 1: KEBANGKITAN NEGARA-NEGARA KRISTIAN MENENTANG PEMERINTAHAN ISLAM DI EROPAH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1581332511961221

SIRI 2: KEBANGKITAN KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA MENCAPAI KEGEMILANGANNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1588486094579196

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: