News!!

Kereta Tersasar Sampai Nak Langgar Bontot Lori, Rupanya Bunga Tayar Dah Nampak Besi

Pastinya di antara kita pernah mengalamai situasi hampir mencium bontot kenderaan hadapan gara-gara berhenti mengejut, walaupun kaki sudah menekan brek sampai kelantai. Disangkakan kerana keadaan jalan yang basah, rupa-rupanya tak sedar tayar dah botak sehingga nampak dawai besi??. Seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini, tayar merupakan antara komponen terpenting operasi sebuah kenderaan.

Menyedari akan perkara ini, di dalam Segmen “POMEN BAWAH POKOK & RAKAN-RAKAN”,  Abg Idham akan membawa anda menziarahi “Bomoh Tayar” yang berlokasi di Jalan Reko, Kajang berdekatan dengan Stesyen Komuter UKM. Berpengalaman selama 9 tahun, En. Hairul Anuar bersama isteri tercinta telah membuka Kedai Tayar TERANG BENDERANG SDN BHD (TBSB) yang menyediakan perkhidmatan menjual tayar baru dan terpakai serta servis yang berkaitan dengan tayar samada kenderaan ringan mahupun berat.

Kongsikan video yang mengandungi tips berguna ini pada orang yang tersayang dan sahabat anda, kerana tindakan menukar tayar adalah lebih jimat dari membayar kos kerosakan kereta hadapan yang kita langgar.

Untuk maklumat lanjut TERANG BENDERANG SDN BHD (TBSB), sila layari: https://www.facebook.com/Kedai-Tayar-Terang-Benderang-Sdn-Bhd-1407380852836213/ atau hubungi En. Hairul Anuar di talian : 017-631 5361

Akhir kata dari kami…KERETA SIHAT, DUIT PUN JIMAT!

Produksi: CandidSyndrome.com

Terbitan: Warna Asia

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: