News!!

Kerana Perbalahan Sesama Sendiri, Kerajaan Islam Granada Kecundang

Meneruskan siri perkongsian sejarah mengenai kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia, terkini kami paparkan bagaimana kelemahan dalam institusi pemerintahan serta campur tangan dari pihak luar telah menyebabkan Emiriah Granada tersungkur. Bacalah perkongsian ini agar kita sama-sama mengambil pelajaran.

RECONQUISTA – SIRI 9: PEREBUTAN TAKHTA SULTAN DI GRANADA DAN PEMBENTUKAN SEPANYOL
Emiriah Granada di Andalusia semakin lemah selepas kehilangan sokongan dari Kerajaan Islam Al-Mariniyyun di Maghribi, Afrika Utara. Amir Granada hanya mampu bertahan di kawasannya melalui pembayaran Jizyah atau cukai kepada kerajaan Kristian di sekelilingnya.
Selepas peperangan besar antara Granada dan pihak Kristian dari Castille, Portugal serta Tentera Salib, Amir Granada telah meminta perlindungan dari Kerajaan Kristian Aragon. Cukai yang sebelum ini dibayar kepada Raja Castille telah dihentikan, dan dibayar pula kepada Raja Aragon.
PERGOLAKAN DALAMAN ISTANA GRANADA
Kerajaan Castille mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dari kerajaan Granada yang sangat kaya pada ketika itu tetapi dalam keadaan yang lemah dari segi ketenteraan dan pengaruh. Melalui perebutan kuasa di dalam Istana, bertambah mudahlah untuk mereka mempermainkan dan melagakan keluarga bangsawan di Granada.

No automatic alt text available.
Sultan Muhammad IX menjadi Sultan ke-15 di Granada menggantikan Sultan Muhammad VIII pada tahun 1419. Raja John II dari Castille telah membantu menaikkan Muhammad IX sebagai Sultan. Muhammad VIII telah menyerah diri pada 1429, kemudian dibunuh pada 1430.

.
Namun begitu, Muhammad IX telah menolak permintaan Raja John II untuk menaikkan cukai Granada kepada Castille. Raja John II Setelah mendapat sokongan dari seorang Menteri di Granada bernama Ridwan Banuegas yang memusuhi Muhammad IX, Raja John II telah menyerang lalu mengalahkan Muhammad IX di Granada dalam Perang La Higueruela, 1431.

.
Sultan Muhammad IX melarikan diri atas kekalahan tersebut. Atas nasihat Ridwan Banuegas, Yusuf ibn Al-Mawl (Yusuf IV) telah dinaikkan sebagai sultan boneka di Granada yang taat kepada Raja John II. Melalui Yusuf IV, cukai dari kerajaan Granada dibayar semula kepada kerajaan Kristian Castille.

.
Sultan Yusuf IV tidak mendapat sokongan rakyat dan hanya memerintah selama beberapa bulan. Yusuf IV mati dibunuh oleh pembunuh upahan pada tahun yang sama dia menaiki takhta.
PEPERANGAN MENENTANG KERAJAAN CASTILLE
Kedudukan Sultan Granada bertukar beberapa kali selepas kematian Yusuf IV akibat dari perbalahan keluarga. Sultan Muhammad IX akhirnya menaiki takhta semula pada tahun 1447 menggantikan sepupunya, Muhammad X.

Image may contain: 4 people, text
Muhammad IX menyambung peperangannya dengan kerajaan Castille dengan kerjasama kerajaan Aragon. Muhammad IX telah berjaya menguasai beberapa kota di wilayah Murcia di bawah kekuasaan kerajaan Castille.
Raja John II bukan sahaja diserang oleh tentera dari Granada, tetapi turut menghadapi ancaman dari musuh-musuh di kalangan orang Kristian. Raja John II telah mencadangkan satu perjanjian damai dengan Muhammad IX lalu ditolak.
Pada 17 Mac 1452, satu perang besar di antara Muhammad IX dan Raja John II tercetus dalam Perang Los Alporchones. Tentera Murcia telah bergabung dengan Tentera Castille untuk menentang Tentera Granada. Tentera Granada akhirnya dikalahkan melalui gabungan tentera Kristian yang besar.
Melalui perang ini, sekali lagi Emiriah Granada terpaksa menandatangani perjanjian keamanan dan membayar cukai kepada kerajaan Castille. Kerajaan Castille juga telah mengukuhkan sempadan kekuasaannya dan menghalang kemasukan tentera Granada. Sempadan ini terus kekal sehingga kejatuhan kerajaan Granada.
PENYATUAN KERAJAAN KRISTIAN CASTILLA DAN ARAGON – ASAS PEMBENTUKAN SEPANYOL
Kerajaan Castille pada kurun ke-15 merupakan kerajaan yang luas setelah menggabungkan beberapa kerajaan Kristian dan wilayah-wilayah di Andalusia terutamanya selepas kejatuhan Khalifah Qurtubah (Cordoba). Kerajaan Castille menggabungkan kerajaan Kristian Leon, Galicia dan Navarre selain wilayah-wilayah Islam yang dirampas seperti Toledo, Sevilla, Murcia, Cordoba dan Jaen.
Kerajaan Aragon juga turut menggabungkan kerajaan Kristian dan wilayah Islam yang ditawan di sebelah Timur semenanjung Iberia. Kerajaan Aragon telah bergabung dengan wilayah Kristian Barcelona (Catalonia), Valencia, Majorca serta kepulauan Sicily, Malta dan Sardinia. Kerajaan Castille dan Aragon merupakan dua kerajaan besar selain Portugal di Semenanjung Iberia.

Image may contain: 4 people
Kedua-kedua kerajaan besar Castille dan Aragon ini akhirnya disatukan pada tahun 1469 melalui perkahwinan antara Ratu Isabella I dari Castille dan Raja Ferdinand II dari Aragon. Peristiwa ini menjadi permulaan bagi pembentukan Kerajaan Sepanyol.
Pergabungan ini disebut awalnya sebagai ‘Katolik Monarki’. Kedua-dua kerajaan Castille dan Aragon masing-masing masih diperintah secara berasingan tetapi semua keputusan di buat secara bersama oleh Raja Ferdinand II dan Ratu Isabella I. Tiga Majlis Penasihat dibentuk iaitu Majlis Castille, Majlis Aragon dan Majlis Perang Salib.
Penyatuan ini merupakan suatu usaha untuk menguatkan dan mempertahankan agama Kristian Katolik di Semenanjung Iberia. Satu undang-undang di bentuk pada 1478 untuk menghalang orang Yahudi dan Islam yang memeluk Kristian kembali murtad ke agama mereka. Majlis Perang Salib pula giat mengumpulkan dana untuk peperangan.
PENUTUP

Kerajaan Emiriah Granada mengambil kesempatan atas perbalahan di antara Kerajaan Castille dan Aragon untuk mencari sokongan dan perlindungan.
Penyatuan Kerajaan Castille dan Aragon menyebabkan Emiriah Granada hilang punca untuk mendapat perlindungan dari Kerajaan Kristian. Penyatuan ini turut menguatkan dan memberikan kestabilan kepada kerajaan Kristian.

Image may contain: text
Tiada lagi kerajaan Islam dari Afrika Utara yang mahu memberikan pertolongan kepada kerajaan Islam di Granada. Kerajaan Islam ketika itu turut berperang sesama sendiri iaitu antara Kerajaan Fez di Maghribi, Kerajaan Mamluk di Mesir dan Kerajaan Turki Uthmaniyyah di Anatolia.
Kerajaan Castille turut mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam pergolakan dalaman Istana Granada. Perebutan kuasa dan takhta terus berlaku dalam kerajaan Islam sehingga kejatuhannya.

Semoga bermanfaat.

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah 
AKADEMI INSAN PRIHATIN

.
****** DIREKTORI******
.
Bagi anda yang baru bersama siri RECONQUISTA, boleh ikuti siri kajian sejarah kami melalui pautan berikut;

SIRI 1: KEBANGKITAN NEGARA-NEGARA KRISTIAN MENENTANG PEMERINTAHAN ISLAM DI EROPAH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1581332511961221

SIRI 2: KEBANGKITAN KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA MENCAPAI KEGEMILANGANNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1588486094579196

SIRI 3: KEJATUHAN KHALIFAH QURTUBAH DAN KEMUNCULAN KERAJAAN ISLAM AL-MUWAHIDUN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1594677723960033

SIRI 4: PERALIHAN KUASA ISLAM DI ANDALUSIA AKIBAT PEPERANGAN SAUDARA DALAM KERAJAAN ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1623730887721383

SIRI 5: PERKEMBANGAN BANGSA TURK DAN TERCETUSNYA PERANG SALIB

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1630576040370201

SIRI 6: PEMBENTUKAN PORTUGAL DAN PEMBEBASANNYA DARI KEKUASAAN ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1658880190873119

SIRI 7: KEMEROSOTAN KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1671916736236131

SIRI 8: KONFLIK PEPERANGAN ISLAM-KRISTIAN DI ANDALUSIA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1684440468317091

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: