News!!

Kelemahan Umat Menjadi Asas Penaklukan Aceh Oleh Belanda

Pengkajian teliti oleh Snouck Hurgronje telah dijadikan sebagai sandaran oleh Pihak Belanda dalam merangka strategi menawan Aceh. Kehebatan Snouck dalam mendekati masyarakat pelbagai lapisan telah menjadikan dirinya umpama musuh di dalam selimut. Sila baca hasil penulisan ini untuk kita menilai kondisi Aceh dan sekarang yang seolah-olah tiada bezanya.

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA 

Snouck Hurgronje memasuki Aceh pada tahun 1891 setelah mendapat arahan dari Pemerintah Belanda di Betawi untuk memulakan kajian terhadap kondisi agama dan politik orang-orang Aceh. Dengan memahami kefahaman dan pemikiran orang Aceh dapat membantunya memahami punca fanatik dan penentangan keras mereka terhadap Penjajah Belanda.

Pengkajian ini akan mendedahkan kelemahan masyarakat Islam ketika itu dan seterusnya menjadi asas dalam perancangan strategi Belanda menjajah Indonesia.

PEMERHATIAN POLITIK DAN KESULTANAN

Snouck Hurgronje melihat bahawa Kesultanan Acheh mempunyai kelemahan dalam mengawal rakyatnya yang bertebaran di wilayah yang luas. Pengurusan Istana banyak tertumpu di ibu kota iaitu Banda Aceh, bandar pelabuhan dan perdagangan utama.

Perundangan Kesultanan Aceh merangkumi banyak perkara berkaitan urusan di pelabuhan, perdagangan, hubungan pembesar dan Sultan, hal-ehwal upacara istana dan perayaan di Ibu Kota. Urusan agama dan hal-ehwal pengaturan masyarakat diserahkan semuanya kepada ulama dan pemimpin agama.

Melalui sistem ini, Sultan hanya menumpukan penguasaanya terhadap pelabuhan dan hal-ehwal perdagangan untuk mengaut keuntungan dari cukai yang dikenakan.

Image may contain: one or more people and text

Hubungan dijalin dengan penghulu-penghulu dan ketua kampung melalui majlis-majlis perayaan dan adat-istiadat istana. Melalui hubungan ini, Sultan juga menerima hadiah dan ufti dari para pembesar, penghulu dan ketua-ketua kampung.

Ulama dan pemimpin agama mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat. Sultan menjalin hubungan yang baik dengan Ulama untuk mengelakkan konflik dan pertikaian dengan rakyat. Ulama diberi kedudukan yang tinggi di Istana dan turut dijemput dalam perbincangan di Istana.

Namun begitu, Snouck menampakkan jemputan ini hanyalah untuk berbaik dengan golongan Ulama sedangkan Sultan bersifat berhati-hati dalam melaksanakan pendapat-pendapat Ulama.

Sultan lebih bersifat terbuka dan longgar dalam perlaksanaan hukum kerana peraturan yang ketat dikhuatiri akan menimbulkan tentangan dan membahayakan Istana.
.

URUSAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Snouck Hurgronje memerhatikan bahawa rakyat Aceh terdidik untuk sentiasa memperingati kehidupan selepas akhirat. Melalui alasan ini, masyarakat menjadi mudah untuk mengeluarkan sumbangan untuk pembinaan Masjid dan urusan agama lainnya. Ancaman-ancama turut diberikan oleh ulama dan pemimpin agama mengenai hukuman terhadap orang yang lalai dalam urusan agama.

Namun begitu, tidak kelihatan usaha yang serius dalam melaksanakan peraturan dan kehakiman yang belandaskan Islam sebenar.

Mereka hanya menghormati ajaran yang disampaikan secara teori tetapi tidak dijalankan secara praktikal dalam kehidupan sebenar. Kehidupan masyarakat bercampur dengan segala aktiviti yang menyalahi hukum-hakam Islam berdasarkan adat turun-temurun.

Sultan diangkat setinggi langit oleh para Ulama atas jasa Sultan terhadap mereka terutama dalam memperingati sultan-sultan yang telah mangkat. Penulisan dan risalah yang dikeluarkan oleh Ulama berbentuk formal semata yang menepati kehendak Sultan pemerintah.

Pengaruh agama dalam pemerintahan adalah sangat kecil dari apa yang digambarkan dalam risalah yang ditulis.

Image may contain: 2 people, people standing and text

Snouck menampakkan banyak buku-buku tentang hukum Islam telah disusun oleh orang Aceh, tetapi amat menyedihkan apabila Teuku Kali Malikul Adil, yang buta huruf, dilantik menjadi hakim agung kerajaan Aceh ketika itu.

Snouck sekaligus merumuskan bahawa penguasa-penguasa di kebanyakan negara Islam sama sekali tidak mengetahui hukum Islam.
.

PENULISAN, HUKUM ADAT DAN KEPERCAYAAN TURUN-TEMURUN

Sumber penulisan perundangan utama aceh yang dipanggil ‘Sarakata’ dikatakan mula ditulis oleh Sultan Iskandar Muda (1607 – 1656) atau dikenali juga sebagai Makota Alam. Penulisan ini yang lebih dikenali sebagai Adat Makota Alam memuatkan hukum-hukum dan peraturan berdasarkan hukum Islam.

Ramai di kalangan rakyat biasa hanya berbangga dengan wujudnya sarakata Adat Makota Alam ini, tetapi tidak ramai yang membacanya terus dari penulisan. Mereka hanya mengetahui melalui apa yang disampaikan dan diajarkan oleh ulama atau secara turun temurun oleh nenek moyang. Kebenaran maklumat diterima tidak dapat disahkan dengan penulisan sebenar.

Menurut Snouck, hukum adat menjadi budaya penduduk Aceh yang dianggap sebagai adat turun-temurun yang wajar dikekalkan. Adat ini kadang bertentangan dengan apa yang tertulis dalam perintah Sultan mahupun risalah agama, tetap ditegakkan.

Adat dianggap tidak berubah walaupun realitinya, hukum adat boleh berubah dari semasa ke semasa dalam satu tempoh yang panjang.

Snouck membuat kesimpulan bahawa yang paling berkuasa pada waktu itu di kalangan rakyat ialah hukum adat dan bukannya hukum bertulis mengenai agama ataupun dari Istana.

Snouck juga menyalahkan kajian pengkaji Belanda sebelum ini yang mengatakan hukum adat Aceh adalah bertepatan dengan agama.

Image may contain: 2 people, text

Para pembesar dan penghulu yang kurang pengetahuan tentang agama pastinya sukar menentukan jika suatu adat menyalahi hukum agama. Sesuatu adat diamalkan oleh orang ‘Islam’ dan dianggap datangnya dari ‘Islam’. Sedangkan hukum adat diamalkan lebih banyak dari hukum Islam.

Ulama yang cuba menegakkan ajaran dari Al-Quran dan lunas Islam sebenar akan menerima tentangan hebat daripada pembesar dan penghulu ini.

KESIMPULAN

Sedarkah kita bahawa fenomena itu tidak jauh dengan apa yang berlaku pada masa kini?

Pemimpin tertinggi negara berbaik dengan ulama, guru agama dan pegawai-pegawai bawahan untuk mendapat sokongan mereka dan rakyat di bawah pimpinan mereka. Dalam pada masa yang sama, mereka yang tidak sehaluan akan ditekan dan dipinggirkan.

Kerajaan mempunyai agenda sendiri yang dirasakan perlu untuk disuapkan kepada rakyat melalui penulisan dalam media dan bahan pendidikan. Rakyat tidak digalakkan untuk mengetahui perkara-perkara sensitif yang boleh mencetuskan rasa tidak puas hati kepada kerajaan.

Image may contain: 3 people, text

Agama Islam menjadi bahan sampingan dalam dasar pemerintahan negara dan bukannya menjadi panduan utama dan rujukan utama dalam setiap aspek.

Rakyat dibiarkan untuk mendengar suara pelbagai sumber bahan agama dalam mendapatkan kefahaman agama tanpa usaha untuk menyatukan pemikiran dan mensucikan kefahaman rakyat. Ketua pemerintah pula tidak berminat dengan mendalami dan menegakkan Islam dengan sempurna. Islam dilaksanakan hanya sekadar nya.

Situasi yang berlaku di Aceh pada zaman itu diterangkan secara teliti dan menyeluruh dalam buku Snouck Hurgrounje dalam The Achehnese – Edisi Bahasa Inggeris (1906) dalam dua jilid. Pemerhatian di zaman itu masih lagi relevan dan berlaku di zaman ini yang perlu kita kaji dan cari jalan penyelesaiannya.

Kami akan membincangkan lebih mendalam tentang pendidikan keagamaan dan konflik dalam pengajiannya pada siri akan datang.
.

Semoga bermanfaat.

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN
.

********** DIREKTORI **********

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: