News!!

Kebijaksanaan Pembuat Bom Remaja Mengingatkan Kita Kepada Pakar Bom Dr Azhari – PDRM

TIDAK seperti orang lain yang dipengaruhi kumpulan militan Islamic State (IS) sebagai punca tindakan mereka, pembuat bom remaja yang ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia didorong faktor sendiri yang menjadikannya lebih berbahaya, kata sumber.

Siasatan awal mendedahkan remaja berusia 19 tahun itu tidak mempunyai “idola” dan hubungan dengan mana-mana militan Malaysia atau asing IS.

“Dia hanya dipengaruhi oleh insiden yang memberi kesan kepada umat Islam dan memutuskan Malaysia telah menyimpang daripada peranannya sebagai negara Islam sebenar,”   kata sumber.

“Dia mahu mengajar Malaysia dan ini mendorongnya untuk belajar bagaimana membuat bom.”

Remaja dan dua rakannya – bekas anggota tentera dan pekerja pembinaan – merancang untuk meletupkan “Better Beer Festival” di Kuala Lumpur, tempat ibadat bukan Islam dan KLCC, tempat minuman keras dijual secara terbuka.

Mereka ditangkap di Pasir Puteh, Kelantan pada Rabu, hari yang sama mereka menguji dua alat peledak yang sudah diubah suai (IED).

Satu daripadanya berjaya meletup manakala satu lagi gagal berfungsi semasa “sesi ujian”.

Pada sidang akhbar semalam, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata IED remaja itu dengan mudah boleh membunuh mereka yang berada dalam lingkungan radius 20m hingga 30m.

Sumber berkata remaja, yang merupakan pelajar Tingkatan Enam di Pasir Puteh yang sepatutnya menduduki peperiksaan STPM pada 6 November adalah dalang kepada perancangan itu.

Remaja berkenaan berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana dan merupakan anak bongsu daripada sembilan adik-beradik.

Ayahnya adalah muazin surau, sementara ibunya suri rumah.

“Dia bijak. Dia tahu apa yang perlu dicari (tutorial membuat bom),” kata sumber itu.

“Dia begitu pintar sehingga mampu membina IED sendiri. Dia teliti. Cara peranti dihasilkan menunjukkan dia tahu fungsi peranti itu dengan baik.”

Remaja itu juga menghabiskan masa membuat nota dan melukis segala apa yang dipelajarinya.

Polis juga merampas beberapa IED, paip PVC, penyumpit rekat (glue gun), mercun dan beberapa telefon bimbit.

Difahamkan selain serbuk karbida yang menjadi bahan utama IED, remaja itu juga menggunakan galas bebola (ball bearing) bagi memberi lebih kesan kepada letupan.

Keupayaan remaja untuk memahami butiran rumit dan kerja-kerja mekanikal dalam membina bahan letupan mengingatkan penyiasat kepada pakar bom Dr Azahari Husin yang menjadi dalang kejadian pengeboman Bali pada 2002.

Azahari, bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, terbunuh pada 2005 semasa pihak polis melakukan serbuan di tempat persembunyiannya di Kota Batu, Indonesia.

“Ini adalah kebimbangan paling besar. Melihat bagaimana terperinci lukisan dan IED yang dibuatnya, ia mengingatkan kami kepada Dr Azahari,” kata sumber itu. – 18 Oktober, 2017.

Sumber: The Malaysian Insight

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: