News!!

Juruterbang Yang Dituduh Menembak Jatuh MH17, Mati Bunuh Diri

Tidak mengetahui samada sumber yang dikongsikan ini sahih ataupun sebaliknya. Sekiranya benar, mungkin ini balasan dari Tuhan atas jenayah yang dilakukan sehingga menyebabkan ramai yang tidak berdosa terkorban.

GLOBAL | Tentera yang dianggap Ukraine sebagai wira perang atas pembabitannya dalam puluhan perang – dan dituduh menembak pesawat udara MH17 – membunuh diri di rumahnya semalam.

Capt Vladyslav Voloshyn was blamed for the crash by Russian media and officials 

Menurut polis sepucuk pistol turut ditemui berhampiran mayat Kapten Vladyslav Voloshyn itu.

BBC yang memetik laporan media Ukraine berkata Voloshyn membunuh diri di rumahnya di Mykolaiv yang terletak berhampiran Laut Hitam.

Semasa hidupnya Voloshyn melaksanakan 33 misi menggunakan jet tempur Su-25 bagi menyerang pemberontak yang disokong Rusia di timur Ukraine.

Bagaimanapun Voloshyn menafikan dia bertanggungjawab menyebabkan pesawat Malaysia yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu berkecai di udara sebelum terhempas dalam kejadian pada 17 Julai 2014 itu.

Dia juga menganggap tudingan Moscow ke arahnya atas tragedi menimpa pesawat MAS berkenaan sebagai satu penipuan.

Voloshyn, 29, sudah meninggalkan pasukan tentera dan diberi tanggungjawab menguuruskan sebuah lapangan terbang di Mykolaiv.

Anggota keluarga dipetik media Ukraine berkata, Voloshyn sebelum ini mengalami kemurungan.

Ketika kejadian keluarga Voloshyn dilaporkan berada di rumah berkenaan. Mereka mengejarkan Voloshyn ke hospital tetapi disahkan dia kemudian disahkan sudah mati.

Pesawat udara MH17 itu ditembak ketika ia dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.

Sumber: MalaysiaKini
Foto Kredit: Telegraph

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: