News!!

Jeddah banjir, Mekah dan Madinah Dijangka hujan lebat, Jemaah Umrah Dinasihat Berhati-Hati

HUJAN lebat dijangka di Mekah dan Madinah minggu ini selepas beberapa wilayah di barat Arab Saudi dilanda hujan termasuk Jeddah yang dilanda banjir kilat, lapor media.

“Hujan akan berterusan di Jeddah manakala hujan lebat dijangka di Mekah dan Taif,” kata jabatan kajicuaca Arab Saudi, seperti dipetik oleh Arab News.

Laporan media lain menyebut hujan lebat itu dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya esok.

Hujan lebat semalam menyebabkan sekolah dan universiti di beberapa daerah termasuk Taif dan Jeddah diarah tutup demi keselamatan pelajar.

Mereka yang menyaksikan banjir kilat itu kemudian memuat naik foto dan video ke media sosial, yang antara lain menunjukkan kereta tenggelam.

Banjir di Jeddah semalam mengimbau ingatan kepada banjir kilat pada 2009 yang mengorbankan lebih 100 orang, sesetengahnya kerana terperangkap dalam kenderaan.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan Saudi Airlines turut mengumumkan beberapa penerbangan semalam tergendala akibat hujan lebat.

Dalam satu kenyataan, ia mengumumkan pengecualian penalti kepada semua penumpang yang mahu mengubah jadual perjalanan atau membatalkan tempahan penerbangan.).

Sumber: AFP

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: