News!!

Jangan Biarkan Tikus Menjahanamkan Kereta Anda Kerana Ianya Bukanlah Labu!!!

 

Pastinya di antara kita pernah mengalamai situasi dimana kerosakan kecil pada kereta kita digambarkan seolah-olah seperti satu kereta nak dibaikinya dengan caj separuh dari gaji anda??. Ibaratnya seperti berjumpa dengan Dr Mata dan menyarankan anda makan Viagra untuk merawat sakit mata kerana dimasuki habuk??

Menyedari akan perkara ini, di dalam Segmen “POMEN BAWAH POKOK & RAKAN-RAKAN”,  Abang Idham akan membawa anda menziarahi “Bomoh SsangYong” yang berlokasi di Kawasan Industri Batu Caves, Selangor. Berpengalaman selama 11 tahun, En. Mohd Farhan Ibrahim bekas tenaga pakar Pusat Servis SsangYong Malaysia telah membuka Bengkel Ace Autoworks yang menyediakan perkhidmatan baik pulih pada pemilik kenderaan seperti Rexton, Stavic, Kyron dan Musso pada harga yang sangat berpatutan.

Kepada anda dan seluruh pengguna jentera SsangYong tanah air, kongsikanlah video ini dan jangan biarkan diri anda serta rakan-rakan diselubungi MISTERI setiap kali jentera kesayangan anda mogok.

Kepada pengguna-pengguna jentera yang lain, jangan terkilan, terus ikuti rancangan “Pomen Bawah Pokok” untuk episod seterusnya pada hari Isnin minggu hadapan yang akan menyentuh isu “Tayar”.

Untuk maklumat lanjut ACE Autoworks (M) Sdn Bhd, sila layari: http://ultimategarageaceautoworks.blogspot.my

Akhir kata dari kami…KERETA SIHAT, DUIT PUN JIMAT!

 

 

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: