News!!

Islam Semakin Beku Bila Pendidikan Moden Jadi Sandaran Masyarakat

Meneruskan siri perkongsian mengenai gerak kerja Belanda memusnahkan peradaban Islam di Indonesia, kalini, Snouck meneruskan misinya dengan merubah sistem pendidikan Islam kepada sistem Belanda. Bacalah artikel ini untuk memahami tindakannya untuk melenyapkan pegangan masyarakat Indonesia terhadap Islam. Kita nilaikan sendiri adakah bangsa kita juga mengalami perkara yang sama?

SIRI 21: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN III) – ASOSIASI PENDIDIKAN DAN PENGATURAN GURU ISLAM. 

Pemikiran masyarakat dibina melalui pendidikan yang diberi. Pendidikan sememangnya menjadi aspek penting dalam sesebuah kerajaan dan negara bagi merealisasikan hala tuju mereka.

Snouck Hurgronje turut menjalankan perancangan mengubah sistem pendidikan di Hindia Belanda (Indonesia) ketika itu untuk mencapai matlamat kerajaan Belanda.

Snouck bertujuan menjalankan ‘asosiasi’ iaitu menyerapkan nilai-nilai barat sehingga rakyat Indonesia boleh menerima budaya dan fahaman dengan kerajaan Belanda.

Dengan asosiasi ini, rakyat Indonesia tidak diperlukan untuk meninggalkan budaya mereka sendiri. Snouck hanya mahukan pendidikan dan budaya Belanda menjadi sesuatu yang norma di pandangan mereka.

PENDIDIKAN SEBAGAI KEPERLUAN MASYARAKAT 

Snouck mengambil peluang atas keperluan masyarakat untuk memperbaiki kehidupan dan menjanjikan pendidikan moden yang maju kepada rakyat Indonesia.

Snouck menampakkan pendidikan Islam yang telah beku dan tidak seiring dengan perkembangan zaman. Pemerintah kolonial menawarkan pendidikan yang lebih meluas, liberal dan terbuka untuk membebaskan mereka dari pendidikan Islam yang dikatakan terkebelakang.

Sejak tahun 1900, Belanda telah menyusun silibus pendidikan untuk penduduk Hindia Belanda yang berorientasikan barat. Pendidikan barat dinampakkan sangat penting untuk kemajuan berbanding pendidikan Islam dan budaya asal Indonesia.

Revolusi pendidikan Indonesia berlaku untuk merubah silibus asal Belanda. Secara berperingkat sejak 1915, kebudayaan asli Indonesia diterapkan semula dan penggunaan bahasa Belanda dikurangkan sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, pendidikan barat terus menjadi dasar pendidikan utama negara.

Image may contain: 23 people, people smiling, text

Sehingga tahun 1930, hanya 7% rakyat Indonesia yang menerima sepenuhnya pendidikan Kolonial. Mereka adalah dari kalangan orang Kristian, orang bukan Islam seperti kaum cina, golongan bangsawan dan orang-orang kaya.

Matlamat pertama ialah untuk membentuk pegawai-pegawai kerajaan kolonial dari kalangan orang tempatan.

LIBERALISASI DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Liberalisasi dalam pendidikan Islam ialah satu proses penyusunan semula kaedah pendidikan Islam yang bersandarkan kepada kaedah orientalis.

Pendidikan Islam ditekankan melalui kaedah ‘Kritis’ iaitu mempersoalkan dengan tujuan untuk menimbulkan keraguan.

Orang-orang Islam bukan belajar agama untuk meyakini, mengimani, untuk diamalkan dan untuk membentuk akhlak, tetapi hanya sekadar untuk dibincangkan dan dikritik.
Secara ringkas, matlamat Snouck ialah:

1) Memutuskan orang Muslim daripada ilmu pengetahuan Islam melalui sistem pendidikan kolonial

2) Memasukkan unsur-unsur halus fahaman-fahaman, nilai-nilai serta konsep-konsep kebudayaan barat sehingga secara perlahan menggantikan kefahaman Islam sehingga Islam terputus dari orang Islam keseluruhannya.

Pembentukan sistem pendidikan oleh kerajaan Kolonial sangat menjatuhkan pendidikan Islam. Benih-benih kecelaruan, keraguan dan kebingungan ditimbulkan untuk membentuk masyarakat yang lemah kefahamannya tentang agama.

PENGATURAN GURU-GURU ISLAM 

Pengaturan guru yang pertama kali dikeluarkan pada 1905 mewajibkan setiap guru agama Islam untuk meminta dan memperoleh izin terlebih dahulu, sebelum melaksanakan tugasnya sebagai guru agama.

Ini adalah satu usaha Snouck untuk mengatur sistem pendidikan di Indonesia dan mula diperkenalkan di Madura.

Antara kandungan pengaturan ini ialah keizinan perlu diberikan oleh pihak kerajaan sebelum boleh mula mengajar. Keizinan hanya diberikan kepada mereka yang dianggap pengajarannya dan tidak bertentangan dengan pendidikan penjajah kepada masyarakat umum.

Guru-guru juga perlu melaporkan setiap anak muridnya dan mata pelajaran yang diajarkan. Semua rekod ini dan urusan pendidikan lainnya perlu diserahkan kepada kerajaan apabila diminta bila-bila masa.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan guru-guru boleh didenda dengan jumlah wang yang besar. Keizinan tersebut boleh dicabut bila-bila masa atas kehendak kerajaan penjajah.

Perlaksanaan ini sedikit demi sedikit menyebabkan guru-guru takut untuk tidak diizinkan mengajar malah didenda dengan kesalahan tersebut.

Guru-guru sekolah pondok sememangnya sukar untuk menepati kehendak penjajah kerana silibus yang berlainan, sistem rekod yang tidak tersusun dan pengelolaan berdasarkan cara lama.

Sekolah-sekolah tajaan kolonial pastinya dengan mudah terselamat dari pelbagai peraturan kerajaan.

Image may contain: 1 person, text

Guru-guru agama direndah-rendahkan sebagai pengajar yang tidak layak dan tidak teratur. Mereka turut dituduh mengejar keuntungan dengan mengambil anak murid yang ramai.

KESAN PERLAKSANAAN DAN REAKSI RAKYAT

Pendidikan Barat ala Belanda dirancang untuk menghancurkan pengaruh Islam di Indonesia. Pada akhir abad ke-19 Snouck begitu optimis bahawa Islam tidak akan sanggup bersaing menghadapi pendidikan Barat.

Image may contain: 26 people, text

Islam dinilai sebagai beku dan penghalang kemajuan sehingga harus diimbangi dengan pendidikan Barat untuk meningkatkan tahap kemajuan penduduk peribumi.

Kerajaan Belanda telah membangunkan sekolah-sekolah Kristian. Setiap program sekolah ini pastinya disokong oleh kerajaan.

Pelajaran Kristian diwajibkan untuk pelajar-pelajar Islam. Aktiviti-aktiviti gereja giat dijalankan di sekolah-sekolah ini.

Namun begitu, sekolah Pondok Pesantren terus bangkit untuk menentang penjajahan. Api perjuangan tidak mudah untuk dipadamkan. Tindakan Belanda yang begitu agresif dan menghinakan meninggalkan dendam yang tidak kesudahan. Pendidikan Islam tetap dipertahankan.

Image may contain: 9 people, text

Penubuhan kelompok seperti Serikat Dagang Islam (SDI) pula membentuk suatu lagi golongan Islam yang maju dalam perniagaan. SDI yang diasaskan oleh Hadji Samanhudi (1868-1956) bangkit untuk membentuk satu masyarakat Islam yang progresif dan mampu bersaing.

Hadji Samanhudi sendiri tidak menghabiskan pelajarannya di sekolah Belanda lalu menuntut di sekolah-sekolah Pondok Pesantren.

Dia telah membuktikan bahawa Islam boleh bangkit maju dengan pendidikan Islam yang murni. Malah SDI berkembang menjadi organisasi politik yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.

Isu-isu Kristianisasi dan perkembangan politik ini akan dibincangkan lagi dalam siri akan datang.

 

Semoga Bermanfaat,

Sumber:

AKADEMI INSAN PRIHATIN
Jabatan Siyasah Syar’iyyah

****** DIREKTORI ******
.

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI KE 12: KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MASYARAKAT ACEH DI MATA SNOUCK

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571012949659844

SIRI KE 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1572834986144307

SIRI KE 15: KENAPA PENJAJAH TAKUT PADA GERAKAN PAN-ISLAMISM DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN IBADAH HAJI?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1574077099353429

SIRI KE 16: BAGAIMANA SNOUCK MELIHAT PELAKSANAAN AL-QURAN DALAM MASYARAKAT ISLAM NUSANTARA.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1576291249132014

SIRI KE 17: SAYID USMAN – MUFTI DI BETAWI DAN SENJATA BELANDA MELAWAN GERAKAN JIHAD.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1583931228368016

SIRI 18: PENGLIBATAN SNOUCK HURGRONJE DALAM GERAKAN KETENTERAAN DI ACEH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1590068861087586

SIRI 19: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN I) – NIKAH KAHWIN DAN PENGAWALAN MASJID

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1615880345173104

SIRI 20: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN II) – PENGGANTIAN SISTEM WARISAN ISLAM DENGAN WARISAN ADAT DAN PENCELAAN TERHADAP POLIGAMI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1627965183964620

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: