News!!

Ipoh Bakal Jadi Bandaraya Kasut “Handmade” Terbesar Negara

Siapa sangka, Ipoh bakal mengalami perubahan yang besar dan berubah wajah menjelang tahun 2026. Tak mustahil, Ipoh akan setanding seperti kota fesyen, Milan sekiranya projek ini berjaya.

IPOH: Bandaraya Ipoh bakal menjadi pusat pengeluar kasut terbesar di negara ini menjelang tahun 2026 selepas kerajaan negeri membangunkan bandar kasut di negeri itu.

Bandar tersebut bakal menempatkan sekitar 200 pembuat kasut di Perak yang ketika ini mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan di kediaman masing-masing.

“Kita mengharapkan kawasan ini akan mejadi satu lagi tarikan pelancong bagi untuk mendapatkan kasut yang dibuat secara ‘handmade’ ini,

Projek bernilai RM100 juta di kawasan seluas 26.7 ekar di kawasan perindustrian Ringan Pengkalan itu dijangka mentransformasikan industri pembuatan kasut.

Ia melibatkan pembinaan 128 buah kilang, 18 buah kedai, satu hotel dan satu dewan konvensyen.

Selain itu ia turut dilengkapi dengan dewan pameran kasut, muzium kasut, restoran, kedai borong kasut dan sebuah pusat akademi kasut yang merupakan satu-satunya akademi kasut di Malaysia.

Projek berkenaan merupakan kerjasama di antara kerajaan negeri dan Persatuan Industri Kasut Perak (PIKP).

Sumber : Astro Awani

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: