News!!

Ingin Rumah Tangga Anda Berkekalan?, Bacalah Tips Ini

Mungkin apa yang dikongsikan oleh penyumbang artikel ini begitu ringkas. Namun mesej yang hendak diketengahkan sangatlah “Padu” dan mendalam. Tidak silap sekiranya  masalah ini dikatakan antara faktor penyebab berlaku penceraian dikalangan masyarakat kita. Sama-sama kita ambil pelajaran

 

Image may contain: one or more people and text

WAJARKAH?

Tertarik dengan kapsyen ringkas yang padu isinya ini. Ia boleh saja berlaku baik bagi pihak lelaki mahupun wanita.

Ada betulnya juga kenyataan ini jika pasangan ditinggalkan tanpa sebarang cubaan untuk memperbetulkan keadaan. Banyak pasangan yang ditinggalkan begitu sahaja kerana banyak tabiat buruk yang tidak disukai pasangannya.

Untuk lelaki terhadap isteri khususnya, telah Allah perintahkan dengan jelas untuk memulakan pembetulan melalui nasihat (AN-NISA’ 34).

Jika nasihat secara peribadi masih tidak diperduli, Allah sarankan agar kita libatkan abalhakam dari kedua-dua belah pihak (AN-NISA’ 35). itulah peranan wali dan saksi pernikahan yang seharusnya amat kenal dengan kita. Malangnya kita sering ke mahkamah yang tidak kenal pun peribadi kita dan pasangan kita.

Mengikut pengalaman kami, kebanyakan kes perceraian memang telah melalui usaha pembetulan yang berulang-ulang. Perceraian berlaku juga kerana biasanya pasangan bermasalah ini enggan menerima nasihat kerana terlalu keras untuk meneruskan tabiat yang dibenci pasangannya.

Ini antara habit buruk manusia yang hanya suka menyalahkan pasangannya, atau pihak ketiga. Tidak langsung terbit sedikit rasa bersalah di dalam diri sendiri untuk bermuhasabah dan membuat islah.

Sama-samalah kita renungkan. Menasihati dan membetulkan kesalahan yang sama berulang-ulang adalah amat menyakitkan hati. Akhirnya perpisahan juga yang menjadi pilihannya…

Sekadar renungan,
Warga Rpwp

Kredit : Meski hati terluka,aku akan tetap tersenyum

Sumber: https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10157117614692786

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: