News!!

Ingin Memiliki Kamera Terpakai? Ikuti 9 Tips Wajib Tahu Ini Agar Anda Tidak Dikecewakan

Sudah menjadi trend sekarang, memiliki kamera sama ada “Compact” atau “DSLR” adalah satu kemestian dan terutama sekali bagi mereka yang mahu menceburi bidang foto atau video secara professional. Namun begitu, tidak ramai yang mampu memilikinya kerana harga unit “Baru” adalah mahal.

Jangan risau, bacalah perkongsian ini kerana anda punya pilihan lain dengan membeli kamera terpakai pada harga yang lebih murah. Bacalah perkongsian dari SARC untuk mengetahuinya.

Semoga bermanfaat dan kongsikanlah pada sahabat seangkatan anda.

9 TIPS WAJIB TAHU SEBELUM MEMBELI KAMERA TERPAKAI. YG NO 9 SELALU ORANG TERLEPAS PANDANG.
.
Ramai yang menganggap membeli kamera “brand new” adalah pilihan yang terbaik. Namun jika anda sudah berpengalaman dalam dunia fotografi, memiliki kamera DSLR yang baru bukanlah suatu keutamaan. Sebenarnya membeli kamera yang terpakai merupakan satu langkah yang bijak terutamanya bagi mereka yang baru ingin berjinak dengan kamera. Yang penting kena pada caranya dan teliti dalam pemilihan sebelum membuat pembelian.

Image may contain: one or more people and text
.
Jadi Abang Sar ingin kongsikan tips yang boleh kita guna sebelum melakukan pembelian kamera terpakai. Abang sarankan para ibu bapa juga wajib baca. Supaya penjimatan mampu dilakukan dan tidak tertipu dengan anak-anak.
.
Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat
.
www.sarc.my

No automatic alt text available.

1. Periksa Bilangan Shutter Count
.
Bahasa senangnya, shutter count ini boleh dianggap lebih kurang mileage kenderaan kita la. Lebih banyak jumlah shutter count, maka lebih kuranglah jangka hayat shutter count sesebuah kamera. Setiap kamera memiliki jangka hayat shutter count yang berbeza-beza. Berapa gambar yang mampu diambil sebeum ia perlu ditukar.
.
Sebagai contoh, Nikon D7000 mempunyai anggaran shutter count 100K sebelum ia perlu ditukar.
.
Jadi dengan mengetahui berapa shutter count yang telah dilalui oleh sesuatu kamera itu, ia kan membantu kita menganggar tempoh penggunaan kita dengan kamera tersebut.
.
Sebaik-sebaiknya apabila anda membeli kamera DSLR terpakai ini, seboleh-bolehnya cari kamera yang mempunyai shutter count yang kurang dari 10,000 shutter count.
.
Berapa lama sebelum shutter perlu diganti bergantung kepada penggunaan kita. Jika kita menggunakan dalam high-speed mode dan dalam burst shot dalam kebanyakkan masa, maka lagi cepat la mekanisma shutter itu akan fail, berbanding kita gunakan dalam single shot.
.
Bab shutter count ini memang sukar sedikit nak kesan kebanyakkan mereka akan cakap ‘condition mira filzah’, ‘like new’, ‘baru guna sekali’, padahal shutter sudah lepas lepas 100k!
.
Cara paling tepat untuk mengesan shutter adalah melalui laman www.camerashuttercount.com
.
Namun kalau kita beli online melalui mudah.my atau di facebook, mungkin agak sukar mengetahui shutter count sebenar melainkan seller itu benar-benar jujur.
.
Oleh itu, jika boleh, minta COD dengan seller, bawa laptop dan test sendiri shutter count tersebut.

No automatic alt text available.

2. Periksa Sensor
.
Ini antara bahagian penting untuk kita periksa sebelum membeli.
.
Cara yang bagus untuk mengesan masalah pada sensor adalah dengan shot menghala kepada langit yang cerah, atau dinding putih dengan cahaya yang cukup pada aperture paling minimum (contohnya f/22).
.
Selepas itu, periksa imej tersebut dengan zoom maximum disegenap penjuru. Ini bertujuan untuk mencari titik dust atau masalah lain seperti calar pada sensor.
.
Masalah yang berkaitan sensor akan dapat dikesan dan muncul pada imej yang diambil. Memang bagus kalau dapat kamera yang bebas dari dust, tetapi kalau ada dust sikit-sikit itu biasalah.
.
Kalau dust tu terlalu jelas dan besar, lebih baik lupakan kamera tersebut. Melainkan anda tiada masalah untuk menghantar kamera itu ke kedai untuk dibersihkan.�.
Atau mungkin anda boleh minta untuk pengurangan harga dari seller tersebut. Bergantung kepada masing-masing

No automatic alt text available.

3. Periksa fizikal kamera jika ada calar dan kemek
.
Kita tidak perlu terlalu risau risau jika calar skit (minor) sebab itu memang biasa bagi kamera terpakai. Jika terdapat kesan kemek dan calar yang besar dan jelas, mungkin kamera itu pernah terjatuh dan merosakkan bahagian dalaman kamera.
.
Sekali lagi ini mungkin memainkan peranan penting dalam penentuan harga.
.
Sila periksa dengan teliti bahagian memori kad – pastikan kad dapat masuk dan keluar dengan sempurna, serta tiada pin yang bengkok atau rosak dibahagian tersebut.
.
Jika tidak ia akan menyebabkan short-circuit dan merosakkan kad anda.

Image may contain: camera

4.Periksa Keadaan View Finder dan Keadaan LCD
.
Pastikan anda memeriksa keadaan kedua-dua bahagian ini jika terdapat sebarang calar, terutamanya view finder. Calar pada bahagian view finder akan menyebabkan ketidakselesaan dan sangat mengganggu.
.
Ia juga tidak mudah untuk dialihkan dan dibersihkan jika terdapat habuk.
.
Calar pada skrin LCD pula memerlukan belanja yang besar untuk diganti dengan baru, jadi pastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan masih memaparkan warna yang tepat.

Image may contain: text

5. Periksa keadaan Mount
.
Bahagian ini sepatutnya licin berkilau – tiada kemek dan calar, dan contact pin seharusnya bersih.
.
Jika terdapat kemek atau kesan bengkok, ia menandakan kamera tersebut mungkin pernah terjatuh atau pernah menggunakan lens yang berat tanpa hati-hati.
.
Pastikan lens anda dapat dipasang dengan selamat, sempurna, rapat dan tidak bergoyang.

No automatic alt text available.

6. Kelancaran Auto-Fokus.
.
Pasangkan lens pada kamera dan tengok jika ia boleh memfokus dengan baik atau tidak.
.
Fokus kepada subjek jauh menggunakan mode live view dan cara biasa melalui view finder, biasanya kita dengan mudah dapat mengesan sebarang perbezaan dan masalah auto fokus yang teruk ataupun tidak.
.
Jika masalah fokus terlalu jelas, baik lupakan sahaja hajat untuk membeli kamera tersebut dan cari kamera lain, kerana jelas ia memberikan impak yang besar kepada hasil foto anda.
.
Juga periksa prestasi operasi autofokus dalam fasa single dan continuous.

No automatic alt text available.

7. Beli daripada orang yang dipercayai.
.
Bagus untuk membawa teman yang arif dengan kamera bila ingin membeli kamera. Juga anda pasti berasa gementar untuk berjumpa orang yang tak kenal dengan membawa wang yang banyak. Untuk lebih selamat, boleh sahaja berurusan secara transfer online.
.
Membawa teman yang arif dan mahir dalam bidang ini boleh membantu korang memeriksa kamera terutamanya bahagian-bahagian yang anda mungkin terlepas pandang dan perlukan ketelitian dan kepakaran.
.
Pastikan ada bukti pembelian secara bertulis seperti resit ataupun email dan dapatkan butiran peribadi yang betul seperti kad pengenalan dan tidak lupa ambil gambar penjual.
.
Biarlah kita kelihatan fussy dan cerewet asalkan kita tidak menyesal di kemudian hari

No automatic alt text available.

8. Elak beli secara pos
.
Tips yang abang selalu guna tidak akan membeli kamera secara pos, kecuali barangan murah seperti strap. Ini untuk mengurangkan risiko korang ditipu.
.
Percayalah, tidak semua peniaga itu jujur (dan ramai kawan-kawan abang pernah terkena). Lebih baik berurusan menggunakan terms cash on delivery (COD).
.
Satu kelebihan kepada kita juga adalah ia mampu mengelakkan berlakunya kerosakan ketika penghantaran dilakukan. Lagi-lagi duit dah bank in, sekali hasilnya tidak seperti yang dijanjikan. Pastikan penjual tersebut memberi jaminan secara bertulis untuk mengembalikan wang jika barang yang dijual rosak. (biasanya dalam tempoh seminggu selepas pembelian)

No automatic alt text available.

9. Pastikan pembelian anda dilindungi oleh jaminan pemulangan wang atau sebarang jaminan yang setara bagi melindungi hak anda sebagai seorang pengguna. 
.
Selalunya abang akan beli di website-website yang terpilih, boleh dipercayai dan memiliki akaun bank syarikat yang sah. Ini untuk mengelakkan kita ditipu dan juga agar mendapat jaminan pulangan wang, atau kos baik pulih ditanggung sepenuhnya oleh penjual.
.
Penjual juga sekurang-kurangnya memiliki mempunyai reputasi yang baik. Jika and membeli di carousel, anda boleh lihat review yang dibeli oleh pembeli-pembeli terdahulu.
.
Antara yang abang boleh suggest seperti KLDSLR, Shashinki, Jepunniaga dan juga forum-forum yang ternama seperti MIR Forum/ Lowyat forum.
.
Beli kamera secondhand memang best kerana kita boleh dapat barang idaman pada harga mampu milik, namun pastikan perkara yang kita bincangkan diatas dititik beratkan.

Sumber: https://www.facebook.com/sarcmenswear/posts/2095274837383428
Kredit Foto: www.sarc.my & www.snap.my

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: