News!!

Harga Minyak Berubah, Mekanisme Penentuan Harga Tetap Kekal

Dengan perlaksanaan mekanisme harga minyak yang ditetapkan oleh KPDNKK, harga minyak sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Walaupun ada yang mengeluh harga minyak lebih banyak naik daripada turun, selaku pengguna kita perlu menerima kenyataan . Mungkinkah akan wujud mekanisme baru pengiraan minyak selepas ini?


KEMENTERIAN
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan membuat sebarang perubahan dalam penentuan mekanisme harga minyak petrol dan diesel, kata menteri berkenaan Hamzah Zainudin.

Beliau berkata ini kerana mekanisme mingguan yang ditetapkan kerajaan sudah pun diterima rakyat.

Hamzah berkata walaupun harga minyak turun naik antara 7 hingga 8 sen setiap minggu namun, rakyat sudah pun faham dan bersedia dengan perubahan itu.

Image result for nozzle pam minyak

“Turun naik harga minyak adalah mengikut harga pasaran dunia dan apabila rakyat faham, mereka yang berniaga boleh mengkaji kos perniagaan mereka.

Projek Arena Pekan Selasa milik Koperasi Pasar dan Perniagaan Batu Kurau Berhad itu membabitkan kos bernilai RM250,000 siap dibina awal tahun ini.

Sementara itu, Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut menyarankan koperasi di negara ini supaya membangunkan projek untuk membantu anggota menikmati dividen dan bantuan kerajaan kepada koperasi.

“Bagi koperasi yang mempunyai hartanah, kita  akan bantu untuk melaksanakan sebarang projek yang memberi impak ekonomi dan mereka boleh membayar balik pinjaman tersebut bagi membolehkan pinjaman diberikan pula kepada koperasi yang lain.

“Kita beri pinjaman sebanyak RM150,000 dan sebanyak RM150,000 lagi dalam bentuk geran bantuan kepada koperasi untuk  memajukan projek di setiap kawasan Parlimen di negara ini,” katanya.

Hamzah berkata terdapat lebih 13,000 koperasi di negara ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 31 koperasi dibantu tahun lepas manakala 66 akan dibantu pada tahun ini.

Sumber: Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: