GURU KAUNSELING CEDERA DITIKAM MURID ANGKARA DENDAM

GURU KAUNSELING CEDERA DITIKAM MURID ANGKARA DENDAM
Advertisements
Advertisements

GURU lelaki di sebuah sekolah menengah agama di Kuala Langat cedera ditikam pelajar tingkatan lima sekolah itu semalam.

Advertisements

Kesan tikaman. Pisau yang digunakan oleh saspek masih tertanam di bahu kiri mamgsa.
Difahamkan, mangsa yang juga guru kaunseling sekolah itu masih dirawat di Hospital Banting akibat insiden berkenaan.

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di sebuah bilik di asrama sekolah itu.

“Motif kejadian dipercayai pelajar lelaki itu tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan buang sekolah.

“Pelajar itu dipercayai menikam mangsa di tangannya tiga kali,” katanya.

Menurutnya, insiden itu turut tular di aplikasi Whatsapp Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang mengesahkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Siasatan lanjut yg dijalankan mendapati mangsa adalah merupakan guru kaunserling dan juga penolong warden asrama di Sekolah berasrama penuh berkenaan.

Motif kejadian adalah dendam. Saspek berdendam dengan guru berkenaan berikutan guru berkenaan dikatakan telah menetapkan peraturan yang terlalu ketat di sekolah dan asama dan ini telah membuatkan saspek menjadi sangat stress. Saspek juga telah gagal beberapa sabjek dalam peperiksaan yg diadakan sebelum cuti sekolah bulan lepas.

Akibat tidak berpuashati dan rasa tertekan yang melampau, saspek telah menunggu mangsa di luar pejabat guru tersebut yang terletak di tingkat bawah asrama dan telah menyerang serta menikam mangsa sebaik mangsa hendak masuk ke pejabatnya.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai insiden berkenaan dan enggan mengulas lanjut.

“Polis masih menunggu keadaan mangsa stabil untuk direkodkan keterangan.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *