News!!

Guasa, Teknik Rawatan Kuno Yang Efektif

Apa itu Guasa?

Mungkin anda tidak pernah atau jarang-jarang sekali mendengar mengenai guasa. Pelik dan aneh bunyinya bukan? Namun sebenarnya, guasa merupakan salah satu teknik rawatan alternatif yang telah dipraktikkan sejak dari zaman kuno Cina1. Teknik rawatan alternatif ini juga sangat sinonim dalam kalangan rakyat Cina. Terdapat kajian mendapati bahawa kabanyakan rakyat Hong Kong yang berusia mengamalkan rawatan guasa dan mereka merasakan kualiti hidup mereka lebih baik 9. Sebenarnya, rawatan ini juga sudah lama diperluaskan sehingga ke kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia2.

Teknik guasa ini melibatkan kaedah menggosok bahagian tertentu pada kulit anggota badan menggunakan tanduk kerbau dan minyak sebagai pelincir. Selain tanduk kerbau, terdapat juga medium lain yang digunakan seperti duit syiling, sudu sup, batu jade dan juga tulang rusuk kerbau 3. Teknik ini dinamakan sebagai gua. Teknik gua ini akan menghasilkan bintik-bintik merah di kawasan yang bermasalah yang dipanggil sebagai sa 2, 4. Mungkin anda yang mempunyai bibik atau pembantu rumah pernah terlihat mereka menggunakan duit syiling digosokkan di atas kulit untuk mengurangkan rasa sengal-sengal badan. Ya, itu juga merupakan satu teknik guasa. Tetapi, teknik guasa yang sebenar perlu dipelajari dan menggunakan kaedah yang betul. Ianya juga perlu mencapai tahap betul-betul bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Jangan khuatir dengan warna-warna kemerah-merahan yang terhasil kerana ianya bersifat sementara sahaja.

Guasa dan Manfaatnya dalam Bidang Kesihatan

Kini, terdapat peningkatan jumlah kajian klinikal dan saintifik yang telah dilakukan pada tahap antarabangsa terutamanya di negara China, Taiwan dan Hong Kong. Ini menunjukkan perkembangan rawatan guasa ini mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Teknik dan kaedah guasa yang betul mampu memberikan manfaat-manfaat di bawah:

  1. Secara umumnya, rawatan guasa mampu menyihatkan seseorang melalui peningkatan peredaran darah seseorang selepas sesi guasa 1,2,3 Kajian mendapati guasa dapat meningkatkan bukaan salur darah dan dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan jumlah bekalan oksigen dalam badan 5.
  2. Guasa biasa digunakan untuk mengurangkan demam, selsema, batuk, masalah pernafasan dan juga penyakit yang berkaitan dengan bahagian musculoskeletal (otot dan kerangka tubuh badan) 3.
  3. Satu kajian klinikal telah dilakukan ke atas pesakit kronik Hepatitis B menunjukkan bahawa guasa sedikit sebanyak membantu mengurangkan kecederaan dan keradangan hati pesakit tersebut. Ini dibuktikan melalui bacaan ujian fungsi hati iaitu ujian darah khas untuk mengetahui keadaan hati pesakit  (liver function test) 6.
  4. Kajian klinikal ke atas ahli sukan dan orang awam yang sihat menunjukkan bahawa guasa mampu mengurangkan tahap stress dan merangsang sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik seseorang 7.
  5. Kajian klinikal terhadap pesakit yang menghadapi masalah sakit tengkuk yang kronik menunjukkan tahap kesakitan pesakit berkurang sebanyak 50%. Guasa telah terbukti sebagai rawatan alternatif yang selamat, mudah dan kos efektif 8.
  6. Rawatan guasa telah diperakui secara klinikal mengurangkan masalah kebengkakan payudara atau dikenali sebagai bengkak susu untuk wanita selepas bersalin malahan ianya lebih efektif daripada kaedah urutan dan tuam 10.
  7. Guasa merupakan rawatan alternatif yang sangat efektif bagi merawat masalah sakit kepala yang berlarutan. Terdapat satu kajian kes kepada pesakit yang mengalami sakit kepala yang teruk mulai sembuh selepas menjalani sesi guasa 11.
  8. Guasa juga telah dikenalpasti sebagai salah satu rawatan alternatif yang baik setanding dengan rawatan hipnoterapi, kiropraktik dan akupuntur bagi pesakit Parkinson. Guasa dapat membantu meningkatkan keseimbangan badan dan turut membantu peningkatan pergerakan pesakit 12.

Banyak bukan kajian-kajian klinikal yang sudah terbukti untuk merawat pelbagai penyakit melalui guasa? Oleh itu, rawatan guasa ini seharusnya diperkenalkan dan diperluaskan lagi di Malaysia, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat kita yang semakin hari semakin terdedah kepada risiko pelbagai penyakit berbahaya disebabkan oleh aliran arus kemodenan yang semakin rancak. Namun harus diingatkan, amalan cara hidup yang sihat seperti bersenam dan pemakanan seimbang itu juga penting bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum.

Rujukan

  1. https://www.healthline.com/health/gua-sha#overview1
  2. https://www.chinesemedicineliving.com/medicine/gua-sha/
  3. https://cmjournal.biomedcentral.com/articles/10.1186/1749-8546-5-5
  4. https://search.proquest.com/openview/cf287af8b24495ad0dd4af95662cc8d6/1?pq-origsite=gscholar&cbl=18750&diss=y
  5. https://www.hindawi.com/journals/ecam/2012/490292/
  6. http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0009898111002658
  7. https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/268471/
  8. https://academic.oup.com/painmedicine/article/12/3/362/1829149
  9. http://www.journals.elsevierhealth.com/article/S0965-2299(14)00189-7/pdf
  10. https://pdfs.semanticscholar.org/ceca/49dd66e486c3e22d8d6bb02a6b93c42956af.pdf
  11. http://europepmc.org/abstract/med/17971671
  12. http://www.idpublications.org/wp-content/uploads/2016/01/Full-Paper-THE-EFFECTS-OF-THE-GUA-SHA-TECHNIQUE-WESTERN-VIEW-ON-THE-RECUPERATION-OF-FLEXIBILITY-.pdf

Sumber:

PANITIA KESIHATAN & PERUBATAN RPWP

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: