News!!

Gerakan Pembentukan Portugal, Umat Islam Bermandi Darah

crusader-1920-1080-wallpaper

“Mandi darah”, itulah yang berlaku kepada umat Islam apabila gerakan pembebasan Portugal dijalankan. Gerakan ini semakin mudah apabila umat Islam sendiri berpecah belah sehingga tidak mampu menahan serangan demi serangan.  Semoga perkongsian ini mampu memberi sedikit kesedaran agar kita tidak menjadi sebahagian dari mereka yang sedang rancak dengan kobaran “Perpecahan”.

RECONQUISTA – SIRI 6: PEMBENTUKAN PORTUGAL DAN PEMBEBASANNYA DARI KEKUASAAN ISLAM

Kerajaan Portugal merupakan kerajaan Eropah pertama yang memulakan penjelajahan dan penjajahan negara-negara di luar Eropah. Portugal adalah kerajaan pertama sebelum Sepanyol yang berjaya membebaskan diri dari kekuasaan Islam di Andalusia.

Portugal telah mencetuskan zaman penjelajahan dan penjajahan negara-negara Eropah di seluruh dunia.

Bagaimana kerajaan Portugal ini lahir dan terbentuk?

PEMBUKAAN BANDAR PORTO

Bandar Porto ialah sebuah bandar pelabuhan di bahagian barat Semenanjung Iberia. Nama sebenar bandar ini ialah Portu Cale (Port of Cale) dan kemudian disebut sebagai Portugal. Semasa kekuasaan Khalifah Qurtubah di Andalusia, bandar Porto telah dikuasai oleh orang Islam.

Raja Alfonso III dari kerajaan Asturia telah mengalahkan orang Islam di Porto dan kawasan sekitarnya pada tahun 866 Masihi. Melalui kemenangan ini, bandar Porto dan beberapa wilayah sekitarnya iaitu Coimbra, Viseu, dan Lamego telah diduduki semula oleh orang-orang Kristian.

Image may contain: one or more people and text

Pada tahun 868 Masihi, wilayah kekuasaan Portugal (County of Portugal) telah diisytiharkan dan Vimara Peres telah dilantik sebagai penguasa pertama Portugal (County of Portugal). County of Portugal ketika itu berada di bawah Kerajaan Kristian Asturia.

PERLUASAN KUASA OLEH RAJA AFONSO I, COUNT OF PORTUGAL

Wilayah Portugal dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Kristian yang bersilih ganti dari awal penubuhannya sehinggalah Portugal berkembang menjadi sebuah kerajaan sendiri.

Raja Afonso I merupakan tokoh penting yang berjaya membentuk Portugal sebagai sebuah kerajaan. Nama asalnya Afonso Henriques telah menjadi Ksatria di Gereja Zamora sejak berusia 14 tahun (1122). Pada ketika itu, Portugal dipimpin oleh ibunya, Theresa, Countess of Portugal.

Afonso Henriques telah menjatuhkan ibunya dalam peperangan Sao Memede untuk menjadi pemerintah (1128). Dia kemudiannya mengambil gelaran Pince of Portugal dan mengisytiharkan pemerintahan sendiri kepada wilayah Portugal.

Afonso I kemudiannya melakukan perluasan kuasa wilayah Portugal. Afonso I menguasai wilayah kekuasaan ibunya di Galicia (1130) . Afonso I turut mengalahkan orang Islam di Leira, kawasan selatan Portugal.

Pada tahun 1139, Afonso I telah mengadakan perkumpulan umum di Lamego untuk merasmikan kebebasan Portugal. Afonso I dilantik menjadi Raja Portugal dengan nama Raja Afonso I.

Pada tahun 1143, Kerajaan Kristian Leon dan Castila mengiktiraf Portugal sebagai sebuah kerajaan yang bernaung di bawahnya. Perjanjian damai dimeterai antara kedua kerajaan ini.

PENAWANAN LISBON DAN PENGKHIANATAN TENTERA KRISTIAN

Pada tahun 1147, Tentera Raja Afonso I dibantu oleh Tentera Salib melakukan serangan ke atas Lisbon. Lisbon merupakan sebuah bandar pelabuhan penting yang dikuasai oleh orang Islam. Setelah kejatuhan Khalifah Qurtubah, Lisbon terletak di bawah kekuasaan Taifah Badajoz.

Image may contain: one or more people and text

Selepas orang-orang Islam Lisbon terperangkap di dalam kubu pertahanan dan mengalami kelaparan, akhirnya pemimpin Islam Lisbon menyerah diri kepada Raja Afonso I dengan syarat mereka dibebaskan.

Sebaik sahaja pintu kubu Lisbon dibuka, Tentera Raja Afonso I dan Tentera Salib telah melanggar perjanjian yang ditetapkan lalu membunuh orang-orang Islam Lisbon tanpa belas kasihan.

Selepas peperangan ini, Portugis terus menguasai Lisbon dan tidak dapat ditawan kembali oleh tentera Islam. Pada 1255, Lisbon menjadi ibu kota kerajaan Portugal menggantikan Port of Cale (Porto).

PEPERANGAN LAS NAVAS DE TOLOSA

Peperangan Las Navas De La Tosa berlaku pada Tahun 1212. Perang ini merupakan peperangan penting bagi pihak Kristian kerana berjaya mengalahkan tentera Islam Al-Muwahhidun dan meluaskan wilayah kekuasaan mereka.

Dalam perang ini, kerajaan-kerajaan Kristian telah bersatu dan dibantu oleh Tentera Salib sehingga mengakibatkan kekalahan teruk kepada Tentera Islam Al-Muwahhidun yang besar.

Empat buah kerajaan besar Kristian iaitu Kerajaan Castilla, Kerajaan Navarre, Kerajaan Aragon, dan Kerajaan Portugal menentang Tentera Islam di Las Navas De Tolosa, Andalusia. Mereka turut dibantu oleh Tentera Salib dari Order of Santiago, Order of Calatrava dan Knights Templar.

No automatic alt text available.

Tentera Islam Al-Muwahhidun yang tidak bersedia ketika itu menerima serangan mengejut dari tentera-tentera Kristian. Tentera Kristian turut bertambah ramai secara mendadak akibat bantuan dari tentera-tentera sukarela dari Perancis dan Leon.

Jumlah kematian orang Islam dari kalangan tentera Islam dan orang awam dianggarkan melebihi 60,000 orang. Muhammad Al-Nasir, Khalifah al-Muwahhidun ketika itu melarikan diri ke Maghribi dan meninggal tidak lama kemudian akibat kecederaannya.

Kelemahan tentera Islam selepas itu membuka peluang kepada kerajaan-kerajaan Kristian ini untuk menakluk wilayah-wilayah Islam di Andalusia.

PENAKLUKAN KOTA FARO DAN PEMBEBASAN PORTUGAL DARI KEKUASAAN ISLAM.

Perluasan kuasa kerajaan Portugal ke atas wilayah Islam berterusan sehingga tahun 1272. Wilayah Islam terakhir dikuasai oleh kerajaan Portugal ialah Kota Faro di Algarve, wilayah paling selatan dalam Negara Portugal pada hari ini.

Image may contain: text

Melalui penguasaan Kota Faro, kerajaan Portugal mengisytiharkan tamatnya kekuasaan orang Islam ke atas Portugal. Semua orang Islam di Portugal dipaksa untuk memasuki Kristian atau meninggalkan wilayah-wilayah dalam kerajaan Portugal.

Puluhan ribu orang-orang Islam turut terbunuh dalam setiap penaklukan wilayah oleh Tentera Portugal. Orang-orang Islam terpaksa berpindah ke wilayah Islam yang lain di Andalusia ataupun ke Afrika Utara.

RUMUSAN SIRI-6: 

– Kerajaan Portugal menjalankan penghapusan penduduk Islam secara total dari wilayahnya dengan membunuh dan menghalau seluruh orang Islam sekiraya tidak bertukar agama.

– Tentera Kristian dan Tentera Salib menjalankan dasar yang kejam dan di luar batasan sifat kemanusiaan kepada orang Islam Andalusia untuk membawa misi kuasa dan agama.

– Wilayah Islam yang berpecah dan populasi Islam yang semakin kecil di Semenanjung Iberia menyukarkan mereka mempertahankan diri.

– Kerajaan Portugal menjadi perintis dalam penjelajahan dan penjajahan di kawasan luar Eropah selepas pembebasannya dari kekuasaan Islam.

Semoga bermanfaat,

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: