News!!

Gara-Gara Nak Elak SPAD, Penumpang Jadi Mangsa

Pelbagai isu melibatkan pengangkutan awam sering kita dengar di dada akhbar. Kali ini gara-gara ingin mengelak dari ditahan SPAD telah menyebabkan penumpang terpaksa menunggu berjam-jam untuk menaiki bas yang ditempah. Sewajarnya pengusaha bas patuhilah undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan dan bukannya sekadar ingin mengaut keuntungan.

LEBIH 300 penumpang bas yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Tahun Baharu Cina terkandas beberapa jam malam ini apabila bas yang ingin mereka naiki tidak muncul di Hentian Duta seperti yang dijadualkan.

Ini dipercayai gara-gara pemandunya cuba mengelak daripada diperiksa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Penguatkuasaan SPAD Che Hasni Che Ahmad berkata pemeriksaan di bawah Op Serkap mendapati kira-kira 10 bas tidak tiba pada  waktu yang ditetapkan sejak 8 malam.

“Mereka mungkin ingin mengelak daripada diperiksa SPAD kerana dipercayai tidak mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) atau kesalahan lain,” katanya pada sidang media mengenai operasi itu di hentian berkenaan.

Katanya, setakat ini, SPAD telah mengeluarkan 146 saman bagi pelbagai kesalahan, selain menyita lima kenderaan, termasuk bas dan teksi.

Ketika dihubungi kemudian, Che Hasni berkata enam bas muncul selepas 11 malam.

Pembantu di sebuah klinik pergigian di Jinjang, Suffi Liyana Subian, 24, berkata bas yang dijadual tiba pada 8.30 malam tidak muncul untuk membawanya pulang ke Sungai Petani, Kedah.

Penumpang itu berkata beliau membeli tiket bas berkenaan secara dalam talian dua hari lepas pada harga RM60 dan ini pertama kali beliau mengalami kejadian sedemikian. –

Sumber : Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: