MailOnline melaporkan, syarikat yang disifatkan dalam keadaan ‘nyawa-nyawa’ ikan itu dijangka mengumumkan keputusan mengenai masa depan syarikat tersebut esok.

Januari lalu, syarikat berkenaan mendedahkan rancangan untuk menutup perniagaannya di 184 lokasi di AS.

Keputusan berkenaan bakal menyaksikan beberapa gudang perniagaan syarikat itu dibubarkan berikutan pendengaran perbicaraan muflis di Richmond, Virgina, kata sumber kepada Wall Street Journal.

Toys ‘R’ Us diisytiharkan muflis pada September lalu, menerima pinjaman baharu bernilai AS$3.1 bilion (RM12.1 bilion) sebagai langkah memulihkan potensi perniagaannya.

Bagaimanapun sepanjang musim cuti panjang lalu, syarikat itu masih gagal memberi keyakinan terhadap masa depan syarikat permainan tersebut.

Syarikat itu di Britain telah dikenakan tindakan pentadbiran pada Februari lalu, tetapi di Asia, Toy ‘R’ Us dilaporkan masih mampu meraih keuntungan di kebanyakan kawasan.

Sementara di Kanada, syarikat tersebut turut berdepan diisytiharkan muflis, namun syarikat Pemasaran VP memberitahu CBC: “Perniagaan kami di Kanada berjalan seperti biasa”.

Sumber: KosmoOnline