News!!

Empayar 800 Tahun Islam Eropah Lenyap Angkara Harta, Takhta Dan Wanita

Lengkaplah sudah perkongsian mengenai kebangkitan dan kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di mana ianya berakhir dengan penuh kesedihahan bagi umat Islam. Mengapa takhta yang dikuasai sebelum ini begitu kuat dan jitu tetapi tidak mampu dikekalkan. Ikutilah artikel ini untuk mendapatkan jawapannya.

RECONQUISTA – SIRI 10: PERANG GRANADA – PERANG TERAKHIR KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA
Abu Al-Hassan Ali merupakan Sultan ke-21 di Granada. Beliau telah menaiki takhta pada Tahun 1464 dan enggan membayar cukai kepada Kerajaan Castille. Abu Al-Hassan telah menghantar sekumpulan tentera untuk menyerang Zahara De La Sierra, sebuah kubu di bukit Cadiz.
Kerajaan Castille kini telah bersaudara dengan Kerajaan Aragon melalui perkahwinan antara Raja Fedinand II dan Ratu Isabella I. Ratu Isabella I sebagai pemerintah Kerajaan Castille telah menjadikan kejadian ini sebagai alasan untuk menyerang Emiriah Granada.
Kerajaan Castille merupakan penyumbang dana dan ketenteraan terbesar dalam peperangan ini. Pada February 1482, Ratu Isabella I telah mengerahkan kumpulan tentera pertama untuk menyerang tentera Granada di Alhambra.
Pada tahun 1483, Sultan Abu Al-Hassan ditentang oleh anaknya sendiri, Abu Abdullah Boabdil yang telah memisahkan Kota Albayzin dari pemerintahan Granada. Dalam satu peperangan di Lacena, Boabdil telah berjaya ditawan oleh tentera Kristian. Boabdil telah dipengaruhi oleh Raja Ferdinand II untuk memerangi Granada.
Abu Al-Hassan yang sudah tua digantikan oleh adiknya, Al-Zagal pada 1485. Sultan Al-Zagal telah menghalau Boabdil dari Albayzin lalu mencari perlindungan daripada Ferdinand II dan Isabella I. Boabdil telah bergabung dengan kerajaan Kristian untuk memerangi Granada dan merampas takhta dari Al-Zagal.
SERANGAN KE ATAS MALAGA
Malaga menjadi tujuan utama kerajaan Kristian kerana memiliki pelabuhan terbesar di Granada ketika itu. Sultan Al-Zagal bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kerajaan Kristian Castille dan Aragon, malah turut ditentang oleh Boabdil, anak saudaranya sendiri.

Image may contain: 1 person, text
Peperangan Malaga bermula pada 7 May 1487 dan bertahan sehinggalah kekalahannya pada 18 Ogos 1487. Raja Ferdinand II menolak permintaan penduduk Malaga untuk menyerah kalah kerana tawaran Fedinand II untuk Malaga menyerah telah ditolak sebelumnya.
Semua penduduk Islam Malaga yang menentang dibunuh, manakala yang selebihnya ditangkap menjadi hamba. Tetapi orang-orang Yahudi Malaga telah diselamatkan setelah orang-orang Yahudi yang tinggal di Castille membayar wang tebusan.
Selepas kejatuhan Malaga, sumber ekonomi utama bagi Granada telah dikuasai musuh dan melumpuhkan seluruh kekuasaan Granada. Boabdil telah mengambil kesempatan untuk menguasai wilayah-wilayah di Malaga.
Sultan Al-Zagal bertahan di beberapa wilayah di Granada. Pada tahun 1489, akhirnya Al-Zagal menyerah kalah setelah melihat tentera Kristian terus menerus menyerang kubunya di Baza selama enam bulan. Al-Zagal tidak mahu kezaliman yang berlaku di Malaga berulang, dan memastikan keselamatan penduduk Islam di Baza.
PERTAHANAN TERAKHIR TENTERA ISLAM DI GRANADA
Setelah kejatuhan kubu Baza dan penyerahan Sultan Al-Zagal, peperangan dianggap sudah selesai oleh Ferdinand dan Isabella. Tetapi Boabdil bersama tenteranya bangkit untuk menyerang Ferdinand dan Isabella. Boabdil merasakan dirinya tertipu kerana tidak mendapat wilayah kekuasaan yang dijanjikan.
Boabdil turut menghantar utusan ke Kerajaan Mamluk di Mesir dan Kerajaan Fez di Maghribi untuk meminta pertolongan. Kerajaan Mamluk telah bekerjasama dengan Castille dan Aragon untuk menentang Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Fez pula tidak memberikan sebarang jawapan. Tiada sebarang pertolongan yang datang ke Granada.

Image may contain: 2 people, text
Boabdil dan tenteranya telah berkubu di Alhambra dan kerajaan Kristian memulakan serangan pada April 1491. Tentera Boabdil sudah tidak memiliki kekuatan dan bilangan yang cukup untuk bertahan. Beberapa pegawai Boabdil juga turut dirasuah untuk menyampaikan maklumat. Dengan mudah, Boabdil dan tenteranya dikalahkan.
PERJANJIAN GRANADA – 1491
Selepas kekalahan Boabdil di Granada, Boabdil telah menandatangani satu perjanjian dengan Raja Ferdinand II dan Ratu Isabella I dinamakan Perjanjian Granada pada 25 November, 1491. Melalui perjanjian ini berakhirlah peperangan Granada yang telah berlangsung selama hampir 10 tahun.
Perjanjian tersebut meletakkan wilayah Granada di bawah kekuasaan kerajaan Kristian Monarki Castille dan Aragon. Orang Islam Granada juga diberikan kebebasan beragama dan keamanan sebagai balasan untuk kesediaan mereka menyerah diri. Sebanyak 67 lagi syarat-syarat lain telah tertulis untuk dipatuhi oleh pemerintah Islam ketika itu.

Image may contain: 1 person, text
Pada 2 January 1492, Boabdil telah menyerahkan seluruh kekuasaan Islam di Granada kepada Ferdinand dan Isabella dengan menyerahkan kunci Kota Granada kepada raja dan ratu Sepanyol itu. Kejadian ini direkodkan oleh Christopher Columbus yang turut menyaksikan kejadian tersebut seperti berikut:

.
“Selepas Raja yang Mulia menamatkan perang orang-orang Moor (Muslim Iberia) yang berkuasa di Eropah, dan menamatkan perang di kota besar Granada, di mana kejadian ini berlaku pada Tahun 1492 dan 2 Januari, aku melihat bendera Diraja yang Mulia dikibarkan oleh para askar di menara Alhambra”.
PENUTUP
Kejatuhan Granada menamatkan kekuasaan Kerajaan Islam di Eropah yang telah berdiri selama hampir 800 tahun lamanya. Eropah terus bangkit selepas kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia dan menjadi kuasa besar dunia 500 tahun kemudian. Jika dibandingkan dengan kejatuhan Islam ini, Eropah sebenarnya masih belum lama memerintah dunia.

Image may contain: one or more people and text
Di sebalik kegemilangan kerajaan Islam Andalusia, sejarahnya dicemari oleh pelbagai kerosakan yang lakukan oleh orang Islam sendiri sehingga kejatuhannya. Kuasa dan takhta sememangnya menjadi bahan rebutan terutamanya di kalangan pemerintah. Harta dan wanita sentiasa menjadi cubaan besar bagi manusia. Sama ada Islam atau tidak, manusia terus bersengketa dan berperang kerananya.
Al-Quran dan Islam mengajarkan manusia untuk mengelakkan semua bahaya-bahaya dunia yang merosakkan. Namun, manusia akan terus mengikuti hawa nafsu apabila melupakan Allah dan Al-Quran. Biarpun Al-Quran dibaca mendayu-dayu, tanpa mengerti dan mengingati peringatan di dalam nya, orang-orang Islam akan menuju kehancuran.
Semoga generasi baru Islam mengambil pelajaran.

Sumber:
Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

.
****** DIREKTORI******
.
Bagi anda yang baru bersama siri RECONQUISTA, boleh ikuti siri kajian sejarah kami melalui pautan berikut;

SIRI 1: KEBANGKITAN NEGARA-NEGARA KRISTIAN MENENTANG PEMERINTAHAN ISLAM DI EROPAH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1581332511961221

SIRI 2: KEBANGKITAN KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA MENCAPAI KEGEMILANGANNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1588486094579196

SIRI 3: KEJATUHAN KHALIFAH QURTUBAH DAN KEMUNCULAN KERAJAAN ISLAM AL-MUWAHIDUN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1594677723960033

SIRI 4: PERALIHAN KUASA ISLAM DI ANDALUSIA AKIBAT PEPERANGAN SAUDARA DALAM KERAJAAN ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1623730887721383

SIRI 5: PERKEMBANGAN BANGSA TURK DAN TERCETUSNYA PERANG SALIB

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1630576040370201

SIRI 6: PEMBENTUKAN PORTUGAL DAN PEMBEBASANNYA DARI KEKUASAAN ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1658880190873119

SIRI 7: KEMEROSOTAN KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1671916736236131

SIRI 8: KONFLIK PEPERANGAN ISLAM-KRISTIAN DI ANDALUSIA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1684440468317091

SIRI 9: PEREBUTAN TAKHTA SULTAN DI GRANADA DAN PEMBENTUKAN SEPANYOL

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1700745566686581

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: