News!!

Elakkan 7 Kesilapan Ini Semasa Di Madinah

Bersyukur kepada mereka yang diberikan kemampuan dari segi dana dan kesihatan untuk melaksanakan ibadah umrah. Dinasihatkan kepada semua untuk membaca artikel ini agar perlaksanaan ibadah umrah anda tidak terganggu akibat dari kesilapan dan kurangnya pendedahan mengenai situasi tempat yang bakal dilawati.

7 KESILAPAN YANG BOLEH JEMAAH ELAKKAN SEMASA DI MADINAH

Kebiasaannya sebaik rombongan tiba di Madinah, mereka akan berehat di hotel seketika, makan minum di tempat yang disediakan, berwudhuk dan terus dibawa oleh ketua rombongan atau pembimbing untuk menziarahi Makam Rasulullah saw dan Masjid Nabawi.

Bagi jemaah wanita, akan dibawa ke Raudah mengikut jadual waktu ziarah yang ditetapkan. Kebiasaannya akan dibantu oleh ustazah yang bertugas membawa dan membimbing jemaah sehingga selesai program ziarah.

Di sini ada beberapa perkara penting yang perlu kita fahami dan pelihara agar ziarah kita di Madinah benar-benar bermanfaat dan meninggalkan kesan kepada diri kita.

Makam Nabi saw adalah di antara tempat yang paling hendak diziarahi oleh jemaah Haji atau Umrah ketika berada di Madinah. Ziarah Makam dan Masjid Nabi itu sendiri mempunyai adab-adabnya yang perlu dipelajari dan dilaksanakan seperti tertib doa di pintu, solat tahiyyat, doa, beri salam kepada Rasulullah saw, merendahkan suara dan sebagainya.

Image may contain: one or more people

7 PERKARA PENTING YANG PERLU JEMAAH BERI PERHATIAN

1. TIDAK BERNIAT untuk menziarah Masjidil Nabawi, solat di dalamnya dan menziarahi makan Rasulullah SAW.

2. Masuk dan keluar dari Masjidil Nabawi tanpa adab dan doa.

3. Menyapu tiang masjid, dinding pagar makan Rasulullah saw dan berebut-rebut sampai berlarian ketika mengejar untuk solat fardu di dalam Raudhah.

4. Meninggikan suara semasa memberi salam ketika menziarahi Makam Rasulullah saw.

5. Berdoa dengan mengadap makam Rasulullah bukan dengan mengadap kiblat. Jika kita nak berdoa, wajib doa menghadap kiblat , itu adalah ADAB untuk berdoa, memberi salam boleh menghadap makam nabi dan sahabat tapi kalau nak berdoa kita wajib menghadap kiblat.

6. Membuat solat Jamak Taqdim di Masjid Nabawi sedangkan telah melebihi waktu bermukim di Madinah.

7. Tidak berniat iktikaf dan tidak mengambil peluang berselawat, berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya kerana datang ke Masjid lewat atau keluar awal. Cuba cari jalan untuk belajar sejarah dan sirah bersama mutawif melalui kelas atau kuliah sepanjang berada di sana.

TIPS MUDAH KETIKA BERADA DI KOTA MADINAH

Bila kita berada di Masjid Nabawi, benda asas yang kena ingat ialah nombor gate yang kita masuk. Pastikan waktu keluar nanti ikut nombor gate yang sama. Ini tips terutamanya bagi mereka yang duduk hotel jauh dari masjid.

Image may contain: one or more people, shoes and outdoor

Kalau di Masjidil Haram kita kena ingat nombor pintu masuk tapi di Masjid Nabawi kita kena ingat nombor gate. Nombor pintu masjid di Madinah lebih mudah berbanding Mekah.

Untuk jemaah lelaki anda boleh solat bila-bila masa sahaja di raudah tapi untuk jemaah perempuan ada waktu-waktu yang tertentu, jadi tips yg boleh saya share supaya mudah untuk kita solat di raudah adalah pergi ketika waktu malam selepas pukul 11 malam. Masih ramai orang tetapi tidak terlalu padat.

Bagi jemaah wanita, pakai pakaian serba hitam. Pilih masuk ketika waktu malam berbanding pagi atau siang. Selepas Isyak ke atas adalah watu terbaik. Pergi dalam kumpulan kecil sekurang-kurangnya berdua sebagai teman.

Semoga segala urusan ziarah kita di Tanah Suci dimudahkan. Sentiasa berusaha untuk tambah baik amal kita di bumi Haramain. Bersangka baik dan istigfarlah atas segala dosa silam kita sepuasnya. Supaya kita mampu pulang sebagai insan yang baru.

Jika mesej ini bermanfaat, kongsikan kepada saudara mara kita yang akan berangkat menunaikan ibadah umrah. Agar ibadah kita di sana terpelihara dari kesilapan yang sengaja mahupun tidak. Mencegah lebih baik dari merawat.

Yang Benar,

Shauqi Hasan
Mutawif Rarecation Umrah 17-29 Mac 2018
www.rarecation.com/umrah

Sumber: https://www.facebook.com/rarecation/posts/923647614470222
Foto kredit: www.rarecation.com/umrah

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: