Pertuduhan itu dibacakan oleh dua jurubahasa lelaki dan perempuan secara bergilir-gilir.

Pertuduhan yang banyak itu telah menyebabkan jurubahasa terbatuk-batuk dan Hakim Mohamad Kamil turut menyuruh jurubahasa itu duduk.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga ke 334, tertuduh didakwa telah melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya, seorang perempuan yang tidak boleh dikahwini, sejak mangsa berusia lima tahun dan mangsa kini berusia 13 tahun.

Tertuduh yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak itu dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah rumah flat di Ampang, di sini antara Januari 2010 sehingga Januari 2018, pada waktu pagi dan petang.

Sumber: Bernama