News!!

Dengan Berperwatakan “Alim”, Snouck Hurgronje Berjaya Mengaburi Mata Umat Nusantara

Kita masih lagi meneruskan perkongsian mengenai kelicikan Snouck Hurgronje dan kali ini penulis berkongsi mengenai gerakan Snouck memperdaya penduduk Betawi. Dengan berpawatakan alim, Snouck sangat dikagumi dan disanjungi sehingga menjadi “IDOLA” golongan pemimpin tempatan untuk dijadikan menantu. Teruskan pembacaan anda untuk menilai sendiri bagaimana penduduk tempatan tertipu dengan “Mufti” ini.

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN

Setelah menyiapkan penulisannya tentang Mekah, menteri hal-ehwal penjajahan di Belanda bernama Levinus Wilhelmus Christiaan Keuchenius telah bersetuju menghantar Snouck Hurgronje untuk menyambung misinya di Nusantara.

Pada tahun 1889, Snouck belayar ke Hindia Timur Belanda (kini disebut Indonesia) dengan menaiki kapal Massilia milik syarikat perkapalan P&O Line. Dia telah dilantik menjadi penasihat kepada kerajaan penjajah dalam hal-ehwal tempatan, Arab dan Islam di Betawi (panggilan bagi Jakarta ketika itu).

Snouck Hurgronje mengambil masa 3 bulan untuk sampai ke Betawi dan tiba pada 11 May 1889. Beberapa bulan sebelumnya telah berlaku satu peperangan besar di Pulau Jawa dikenali sebagai Geger Cilegon.

Geger Cilegon merupakan satu peperangan besar di antara penduduk Banten dengan Belanda kerana Belanda telah mencampuri urusan agama di Banten. Belanda yang telah mengisytiharkan pemerintahan ke atas Banten telah melaksanakan undang-undang Belanda dan menarik pesalah ke mahkamah Belanda.

Walaupun tentera Belanda menang dalam peperangan itu, namun kerugian yang dihadapi adalah sangat besar dan permusuhan masih berterusan antara penduduk Banten dan penjajah. Kedatangan Snouck Hurgronje memberi nafas baru dalam kaedah interaksi Belanda dengan penduduk tempatan. Dia mengambil alih tugas penasihat Belanda sebelum itu iaitu Karel Frederik Holle (1829-1896).

Image may contain: 1 person, text

KAREL FREDERIK HOLLE – PENASIHAT KEAGAMAAN BELANDA SEBELUM SNOUCK

Karel Federik Holle lahir di Amsterdam pada tahun 1829 dan mengikuti bapanya, Pieter Holler ke Betawi untuk mengusahakan perladangan teh pada tahun 1843. Pendidikan awalnya hanyalah melalui pembelajaran di rumah bersama anak-anak belanda yang lain di bawah kelolaan Gobenor Jeneral Jan Jaacob Rochussen.

Holle bekhidmat kepada pemerintahan Belanda di Indonesia ketika umurnya 17 tahun sebagai seorang kerani di Cianjur, Jawa Barat. Dia kemudiannya menjadi pengurus ladang di Cikajang, Jawa Barat.

Holle juga MEMELUK ISLAM setelah berkahwin dengan seorang wanita sunda dan menggunakan nama Said Mohamad Ben Holle. Perkahwinannya adalah dengan adik kepada Raden Haji Moehamad Moesa (1822-1886) setelah berkawan lama dengannya.

Raden Moesa adalah Penghulu dan Bupati di Garut sebelum menjadi Ketua Penghulu di Limbangan. Selepas itu Holle hidup di kalangan masyarakat Sunda dan fasih berbahasa Sunda dan Jawa.

Holle banyak mengeluarkan penulisan berbahasa Sunda dan turut menggalakkan penggunaan penulisan Sunda menggantikan buku-buku Arab. Ini adalah suatu usaha untuk mengelakkan pembacaan buku-buku Islam dari Arab yang dikhuatiri membawa doktrin Jihad dan fanatik agama.

Pada tahun 1871, Holle dilantik menjadi Penasihat Kehormat Hal-Ehwal Tempatan kepada Pemerintahan Belanda. Dia bertindak menjauhkan masyarakat Islam tempatan Sunda dari puak Arab dan Hadramawt. Ini bertujuan untuk mengelakkan ancaman budaya tempatan terhadap kerajaan Belanda. Dia turut menasihati agar pegawai atasan dari kalangan orang tempatan tidak mengadakan hubungan dengan orang-orang Islam di Mekah dan Tanah Arab.

Holle adalah orang yang bertanggungjawab menghubungi pegawai Belanda di Jeddah iaitu J.A. Kruijt (Rujuk Siri 1 melalui link di bahagian direktori) tentang kebimbangannya terhadap penyebaran doktrin dan pemikiran radikal Islam berkenaan jihad dan pan-Islamism. Dia turut menghubungi Residen di Singapura, William Henry Macleod Read yang juga wakil kedutaan Belanda di sana bagi memberi amaran yang sama berkenaan bahaya pengaruh orang Arab serta penulisan-penulisan dari Arab.

HAJI HASAN MUSTAFA – RAKAN SEKUTU SNOUCK HURGRONJE DARI MEKKAH

Semasa di Mekah Snouck Hurgronje telah mengenali Haji Hasan Mustafa, berketurunan Sunda dan berasal dari Garut, Jawa Barat. Haji Hassan telah kembali ke Indonesia pada tahun 1886 selepas bapanya memberhentikan pengajiannya di Tanah Suci.

Holle pula telah mengenali Hj. Hasan sejak dia remaja, sekitar tahun 1870-an. Holle cuba menghalang Hj. Hasan untuk ke Mekah kerana dikhuatiri akan membawa idea-idea Jihad dan radikal dari sana.

Sekembalinya Hj. Hassan dari Mekah, dia masih mengekalkan hubungan baiknya dengan kerajaan Belanda dan masih kuat berpegang dengan adat tempatan.

Image may contain: 2 people, people standing, suit and text

Snouck juga pernah berhubung dengan Holle pada tahun 1885 berkenaan perkembangan di Mekah dan pertemuannya dengan Hj. Hasan. Atas cadangan Holle, Hj. Hasan dilantik menjadi ketua di sebuah pesantren di kota Garut.

Snouck tinggal bersama rakan Belandanya J.L.A. Brandes, seorang penasihat dalam bidang bahasa, selama beberapa bulan di Betawi. Setelah Hj. Hasan dimaklumkan dengan kehadiran Snouck, dia menyambut kedatangannya di Garut pada 18 Julai 1889. Hj. Hassan menemani Snouck untuk melawat tempat-tempat di Sunda dan Jawa Barat.

Image may contain: 1 person, text

Hj. Hassan terlalu mempromosi Snouck sebagai seorang Islam terpelajar dari Mekah lalu dengan cepat Snouck mendapat pujian dari ramai penduduk tempatan. Dia kemudiannya semakin terkenal dan mendapat banyak jemputan dari pelbagai tempat dan digelarkan “Al-Hajj”, “Mufti” dan juga “Syeikhul Islam di Betawi”.

Dalam tempoh 3 bulan sahaja, Snouck telah melawati 26 tempat di Jawa Barat dan mengenali ramai ulama-ulama serta tokoh agama tempatan. Hj. Hassan sendiri telah memberikan SENARAI LENGKAP para ulama dan guru pesantren yang dia kenal kepada Snouck.

Snouck mula mengumpul maklumat terperinci tentang kehidupan serta budaya hidup masyarakat Islam di Jawa Barat untuk mengkaji corak ‘pemikiran’ mereka. Dia telah menghabiskan masanya di Pulau Jawa pada tahun 1889 sehingga 1891 untuk mengkaji dan mendalami keadaan masyarakat Islam khususnya suku Sunda dan Jawa di Jawa Barat.

Pada bulan Julai 1891, Snouck telah mengunjungi Banda Aceh dan menetap pula di sana selama 7 bulan sebelum pulang semula ke Betawi. Dia kemudian kembali lagi ke Aceh dari tahun 1893 sehingga 1903.

Atas cadangan Snouck kepada pemerintah Belanda, Hj. Hasan Mustafa telah dilantik sebagai Ketua Penghulu di Kota Raja, Aceh pada tahun 1892 untuk membantu agendanya di Aceh. Hj. Hasan menjawat jawatan tersebut sehingga tahun 1985 sebelum kembali ke Pulau Jawa untuk menjadi Penghulu di Bandung. Pangkat dan darjat yang diberikan kepadanya benar-benar telah menjadikan langkah beliau tersasar.

Image may contain: 5 people, text

SNOUCK HURGRONJE BERKAHWIN DENGAN ANAK PENGHULU

Semasa perjalanannya bersama Hj. Hasan Mustafa, Snouck Hurgronje telah ditemukan dengan seorang wanita bernama Sangkana di kota Ciamis pada Tahun 1889. Melalui cadangan Hasan Mustafa, ibu Sangkana bernama Lasmitakusuma telah mendesak Sangkana untuk mengahwini Snouck yang dilihat sebagai seorang ALIM DALAM BIDANG AGAMA.

Sangkana yeng berumur 17 tahun ketika itu yang mulanya menolak akhirnya terpaksa menerima Snouck yang berumur 32 tahun.

Majlis perkahwinan mereka diraikan dengan besar-besaran di Masjid Ciamis. Ayah Sangkana iaitu Raden Hadji Muhammad Taib iaitu Penghulu Besar di Ciamis. Sebuah majalah terbitan Belanda di Surabaya bertajuk “Soerabaja Courant” telah melaporkan tentang perkahwinan Snouck dan sampai ke pengetahuan Kerajaan Belanda di Eropah.

Snouck dianggap melanggar undang-undang Belanda di perantauan yang melarang perkahwinan dengan orang tempatan tetapi Gobenor Belanda di Betawi ketika itu telah membela Snouck dengan menafikan berita tersebut.

Perkahwinan Snouck dengan Sangkana berkekalan sehingga Tahun 1895 apabila Sangkana meninggal kerana keguguran anaknya yang kelima. Kematian Sangkana meninggalkan empat orang anak-anaknya bersama Souck yang bernama Salmah Emah, Aminah, Umar dan Ibrahim.

Pada tahun 1898, Snouck telah ditemukan pula dengan seorang wanita di bandung yang bernama Siti Sajidah, juga seorang wanita Sunda. Siti Sajidah yang ketika itu baru berumur 13 tahun dikahwinkan dengan Snouck oleh bapanya Raden Muhammad Su’eb (Kalipah Apo), Penghulu Bandung ketika itu. Melalui Siti Sadijah, Snouck telah mendapat seorang anak yang bernama Raden Yusuf.

KESIMPULAN

Pemerhatian dan hubungan setempat yang dibentuk ketika berada di Pulau Jawa adalah sebagai persediaan sebelum Snouck memasuki Aceh. Dengan bantuan Hj. Hasan Mustafa, dia mampu masuk ke dalam masyarakat Islam Sunda dan Jawa dengan sangat mudah.

Reputasi Snouck yang dibesar-besarkan oleh Hj. Hassan sebagai pelajar alim dari Mekah mendapat kedudukan yang tinggi di Jawa sehingga membawakan gelaran-gelaran yang masyhur. Dengan tiket itu juga, dia menjadi rebutan oleh golongan penghulu dan bangsawan untuk menjadikannya menantu.

Perkahwinan Snouck dengan isteri-isteri Sundanya menghubungkan dia dengan keluarga-keluarga terhormat. Dia diangkat sebagai seorang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat Sunda dan Indonesia umumnya.

Snouck dinampakkan oleh isterinya sendiri sebagai seorang yang rajin solat, berpuasa dan alim dalam agama. Ini menunjukkan Snouck sangat menjaga dirinya dalam hal-hal peribadatan Islam dan benar-benar menjaga status dirinya sebagai seorang yang alim.

Dengan mendapat status yang tinggi dalam masyarakat, mudahlah Snouck untuk mengeluarkan fatwa-fatwa agama dan membentuk pemikiran masyarakat Islam ketika itu.

Melalui penelitian dan kajiannya di Pulau Jawa, Snouck memahami banyak perkara tentang masyarakat Islam terutamanya tentang kebudayaan, kehakiman, kekuasaan, politik, pantang larang, cara hidup dan pemikiran umat Islam.

Dari situ Snouck mengeluarkan nasihat-naihatnya kepada kerajaan penjajah Belanda tentang kaedah menghadapi masyarakat Indonesia. Dia sangat menjaga imej dan perwatakannya dalam kalangan masyarakat Islam di Jawa dan Aceh tetapi dengan licik dia turut menasihati penjajah Belanda dalam peperangan serta pembunuhan tokoh-tokoh Ulama dan pemimpin Aceh.

Teruskan mengikuti penggalian sejarah seterusnya iaitu kupasan sejarah tentang kisah hidup Snouck yang diadun bersama peristiwa dan propaganda kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Ikuti kronologi bagaimana politik dan strategi orientalis ini saling terkait antara satu sama lain. Kenapa Nusantara begitu penting untuk dikuasai dan seluruh wilayahnya perlu dipecah belahkan? Nantikan dalam siri seterusnya.

Semoga bermanfaat.

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

 

********** DIREKTORI **********

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: