News!!

Cetusan Sistem Pendidikan Luar Kotak Yang Wajib Anda Baca!

Keterbukaan dalam mencetus idea baru mengenai sistem pendidikan agak terbatas kerana kadangkala ianya terkeluar dari praktis yang biasa. Namun apa yang dikongsikan oleh penulis ini wajar untuk dipertimbangkan kerana ianya adalah satu cetusan yang diluar kotak dan praktikal. Ibu bapa diluar sana, wajib hayati penulisan ini.

PENDIDIKAN MASA DEPAN BUKAN LAGI DENGAN KELAS DAN BUKU SAHAJA. BACA JIKA ANDA ADA ANAK YANG LEMBAB DAN BAGUS JUGA BACA JIKA ANAK ANDA SCORER. 

Ramai dah melompat baca tajuk sahaja ni. Rileks dahulu jangan komen apa-apa. Biar saya jelaskan apa maksudnya. Semua manusia dilahirkan genius apda satu spesifikasi tertentu. Kita kadang-kadang frust dengan anak-anak tak score dalam exam tapi selalu keluarkan statement “Anak I tu, suruh belajar liattt sangat, tapi bila main dia yang ligat”. Itu tandanya, anak telah membina satu kecenderungan tertentu yang memacu diri mereka untuk menguasai bidang itu secara sangat serius tanpa mudah putus asa.

Ramai dalam spesis begitu. Orang yang berjaya bukan kerana mereka pandai sangat, tapi kerana mereka tidak mengalah.

KENAPA BUDAK LARI DARI SEKOLAH? KENAPA BUDAK JADI PENYANGAK DI SEKOLAH?

Pertama, of course lah mak ayah tak pernah ajar adab dan akhlak kepada anak semenjak dari kecil. Semua yang anak buat hanya ditegur dengan cara yang sangat tak berkesan. Contohnya, semasa anak panjat almari rumah yang kita bertandang dan sedang mencapai sebuah balang kristal yang mahal, anak itu hanya ditegur “Aimannnnnn sayanggg….janganlahhhhh” (sambil teruskan menyembang). Anak begini, cenderung membesar tanpa aturan dan tegahan yang menjadikan mereka sebagai calon-calon penyangak dalam sekolah.

Satu golongan lagi, ialah golongan yang tak tahu objektif apa dia pergi sekolah. Saya teringat masa zaman saya di Sekolah Rendah, ada seorang senior dari Felda Sebertak buat pameran semasa open day sekolah. Kagum saya tengok dia buat nametag dan engrave nama atas pen dan juga kebolehan dia melukis key chain pada potongan kayu-kayu yang dulu popular kalau pergi ke Bandar Hilir Melaka.

Bila saya masuk sekolah menengah, saya jumpa abang ni. Saya dekati dia dan mula kenal dia. Macammana boleh kenal? Kerana dia selalu ponteng sekolah dan menyorok sebelah stor sukan. Satu hari tu, saya pun ambil keputusan untuk ponteng kelas juga kerana nak menyembang dengan dia. Masa tu dia katakan, result sekolah dia tak bagus kerana tak minat nak belajar langsung. Tapi kalau tak ke sekolah, nanti emak ayah hamput dan marah kerana nanti tak ada masa depan.

Selalulah dia menghabiskan masa di beberapa port untuk buang masa sementara tunggu sekolah habis. Dia memang tak minat langsung masuk kelas kecuali kelas Kemahiran Hidup pertukangan kayu. Saya juga antara orang yang menasihati dia supaya tumpukan pada pelajaran kerana itu yang menjamin masa depan dan bukan bisnes dia buat keychain dan ukir nama pada nametag dan pen.
.
Saya silap. Saya patut cakap, kalau abg dah tahu nak buat apa…go ahead and do it sampai jadi. Akhirnya, terkabul hajat dia untuk berhenti sekolah apabila dia diberhentikan sekolah kerana ponteng sekolah yang sangat banyak. Dari ponteng itu, dia nak penuhi masa lapang sementara tunggu waktu sekolah balik, itu yang dia dan geng-geng senasib dia buat benda-benda yang tak berapa nak sihat. Tapi pada peringkat itu cuma sekadar hisap rokok sahaja lah. Dan sebahagian dari kaki ponteng lelaki ini jumpa port kaki ponteng perempuan pula. Kat situ mula berlaku aksi-aksi terlarang. Umur 13-14 tahun dah menyembang “Tadi aku kongkek budak Rentam 2 orang budak kelas 2G tu kat belakang kantin….padu beb!” (sembang nak hebat jer) dan juga perbualan-perbualan seumpamanya.

Mereka bukan bodoh tapi mereka ini genius kerana telah menemui matlamat hidup lebih awal dan mereka rasa laluan ke sekolah itu bukan laluan terbaik. Cuma, pada ketika itu kita telah didoktrinisasikan oleh mak ayah dan atuk nenek yang mengatakan sekolah itu satu-satunya jalan untuk membina masa depan yang cemerlang.

10 tahun lalu, pada umur saya 30 tahun, saya jumpa semula abang yang kena buang sekolah yang pernah sekali saya join ponteng sekolah kerana kagum dengan artwork kayu dia dari sekolah rendah lagi. Ketika itu, saya bangga juga kerana dia sudah punyai kerjaya perniagaan yang baik. Bukanlah nak kata menjadi sangat, tapi cukuplah pada umur dia ketika itu dalam 33 tahun, dia dah memiliki 3 buah minimarket dan 15 buah kedai yang disewakan. Selepas kena buang sekolah, dia terus buka kedai kecil-kecilan buat cenderahati.

Saya bukan nak galakkan orang ponteng sekolah, tapi saya mahu ajak parents semua berfikir bahawa masa hadapan anak tidak semata-mata ditentukan oleh keputusan peperiksaan mereka.

Pada zaman ini, pendidikan yang perlu ialah AKHLAK dan ASAS BELAJAR UNTUK BELAJAR. Pada umur 7 tahun pertama, tanamkan anak dengan akhlak. 7 tahun pertama ialah tempoh penting. Kalau awal 7 tahun dah anda load dengan matematik, maka pakar matematiklah dia menjadi nanti. Kalau dah load dengan sains, akan jadi pakar sainslah nanti. Tapi tak tentu lagi pakar matematik itu dan juga pakar sains itu berakhlak. Masukkan akhlak dahulu sebagai foundation penting pada 7 tahun pertama.

Masuk sahaja 7 tahun kedua, AJAR SKILL BELAJAR. Apa itu skill asas belajar? Ajarkan dia membaca, menulis dan mengira. Tak perlulah ajar mengira sampai boleh selesaikan quadratic equation yang tak tentu lagi mereka perlu guna. Jika nanti mereka ambil engineering, dengan skill belajar asas itu mereka sendiri boleh gali bagaimana nak memahami quadratic equation tu sendiri melalui YouTube, Google, Internet dll.

Yang perlu kita beri ialah FURQAN supaya mereka mampu belajar dan membezakan antara rujukan yang legit dan tidak legit. Mudahnya, dalam kebanjiran pelbagai rujukan yang bukan semata-mata buku, mereka boleh mencuba dalam perlaksanaan. Yang mana perlaksanaan lebih baik, itulah rujukan yang legit.

Ini ialah haluan kiri pendidikan. Lalu kanan pun jadi orang, lalu kiri juga jadi orang. Cuma ramai yang memandang rendah haluan kiri pendidikan hanya kerana mereka ini bukan dalam arus utama.

Jika anda rasa anak anda lembab. Fikir semula. TERMASUK ANAK-ANAK YANG TELAH DIBERIKAN PENARAFAN LEMBAM oleh JKM (siap ada kad OKU lagi). Apabila monyet disuruh berenang, maka monyet itu jadi LEMBAM dalam berenang. Tapi jika letakkan monyet memetik kelapa, dia akan jadi genius. Resmi manusia juga Allah jadikan pelbagai. Sebab itu Nabi berpesan “Tiada Islam TANPA JEMAAH”. Allah jadikan kita berbeza-beza dan tidak ada satupun manusia yang sempurna (kamil) sehingga semuanya membentuk satu jemaah yang saling lengkap melengkapi, maka barulah Islam itu dipandang KAMIL (sempurna).

Jangan frust dan jangan beri tekanan sangat pada anak-anak kita. Fikirkan yang mereka itu semua genius, cuma tempatnya tak kena. Jangan frust jika akan tak score SPM kerana telah ramai mereka yang tidak ada SPM sekalipun, mampu jadi orang. Masalahnya hanya satu, masyarakat memandang mereka sebagai 2nd class citizen.

Tahukah anda, juruteknik aircond yang bawa van ke hulu hilir service dan pasang aircond di rumah dan ofis anda mampu beli rumah RM250k TUNAI? Mekanik kereta yang muka berminyak hitam ada income yang boleh pergi Rarecation berkali-kali setahun dan mereka yang hebat SPM kemudian masuk universiti dan grad dengan keputusan warna-warna berterbangan (flying color) nak beli apartment RM150k pun hutang 35 tahun ZERO downpayment termasuk yuran guaman. Itupun, dalam masyarakat mereka masih dipandang lekeh kerana pakaian mereka yang comot dalam membuat kerja-kerja kemahiran yang kotor tangan dan bukan berkemeja dan bertali leher dengan rambut sikat belah tepi.

Pendidikan telah berevolusi. Hari ini, budak umur 8 tahun dah boleh faham calculus dengan mudah hanya kerana akses kepada bantuan pengajaran yang sangat luas dalam Youtube. Yang mereka perlu ialah akhlak belajar dan cara belajar. Selebihnya, pasangkan missi apa yang mereka mahu jadi, dan kita pacu mereka ke arah itu.

Hari ini, kita sibuk belajar kalau sampai Ph.D umur dah 30 tahun (itu yang fast track). Lepas umur 30 tahun, kita baru nak praktis. Apa yang kita kumpul ilmu di dada itu baru nak praktis selepas umur 30-an. Bukan kita ingat semuapun. Pastinya, ilmu terkumpul dan lepas umur 30an baru nak praktis tidak boleh mengalahkan mereka yang hari ni belajar esok praktis dan hari ini praktis dan stuck, esoknya belajar untuk unstuck-kan apa yang mereka stuck. Setiap hari mereka selesaikan masalah dan menjadi ilmu yang mereka sukar nak lupa.

Hari ini kita boleh ingat PENGALAMAN yang kita sudah lalui, tapi kita susah nak ingat SOALAN EXAM yang pernah kita jawab. Itu realiti.

Jika rasa penulisan ini bermanafaat, sila share kepada mereka yang anda rasa ada anak-anak yang ditarafkan lembam atau parents yang punyai anak yang tidak minat bersekolah.

Kebetulan sangat, menguruskan anak yatim dan asnaf di RPWP memerlukan kita mengendalikan pendidikan mereka. Anak yatim kalau examnya bagus, A nya banyak orang tak akan hantar ke rumah kebajikan sekalipun akhlaknya buruk. Tapi yang biasa orang hantar kepada kami ialah jenis yang tak mahu sekolah. Orang begini, jika kita buat sekolah sama seperti yang lain-lain, pasti bakal lari juga mereka dari sini. Tapi sekolah yang kami jalankan ini, ialah sekolah yang memerhatikan kecenderungan anak-anak ini. Bermakna, INDEKS KEGEMBIRAAN MEREKA SANGAT TINGGI DAN MEREKA TIADA YANG TERCICIR dalam sekolah kami (Akademi Insan Prihatin). Jika mahu anak cenderung memilih apa yang ibu bapa mereka mahukan, rangsang kecenderungan anak dari awal lagi. Jika mahu anak jadi doktor, dari kecil mainan dan tayangan kepada mereka juga bersumber ke arah nak jadikan mereka ini doktor. Bila mereka sudah cenderung, susah bagaimanapun mereka akan harung dan buat sampai menjadi.

Mulakan dari awal kerana anak-anak membesar hanya sekali sahaja. Jika kita miss satu fasa pembesaran anak kita, ia tidak mungkin berulang semula. Jika anda lembam dan cerdas, sila komen dan share.

SAIFUL NANG
Prinsipal
Saiful Nang Academy

Sumber: https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1674083919352746

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: