News!!

Cerita Kassim Baba Sudah Lama, Tapi Watak Sepertinya Masih Wujud

Mungkin peristiwa pembaziran yang berlaku di AEON Tebrau Johor sudah berstatus suam kuku. Namun apa yang menarik ingin kami kongsikan adalah pelajaran yang patut kita ambil dari peristiwa ini. Ikutilah pandangan dan luahan dari penulis ini agar kita sedar dan segera membuat perubahan.

PERISTIWA AEON JB SEPERTI ALI BABA DAPAT SATU GUA HARTA DIAMBIL 1 PETI YG DIPERLU TAPI KASSIM BABA AMBIL SATU GUA KECUALI MENTOL. KITA BANYAK JADI KASSIM BABA.

Related image
.
Kita dalam kategori mana satu? Bila diberikan offer, adakah kita jadi orang seperti Ali Baba yang ambil hanya apa yang diperlu ataupun kita pulun sakan habis selagi tak kosong gua…tayar buruk pun kita kutip.
.
Adab orang offer belanja makan, janganlah kita buka menu terus ambil yang paling mahal. Hari ini dalam newsfeed nampak banyak gambar troli penuh dengan barangan nak mencukupkan RM3000 yang TMJ nak belanja. Bila tak sempat nak bayar, ditinggalkan sahaja begitu.
.
Kita masih bangsa tak bermaruah. Kita masih bangsa yang tamak.
.
Kes yang sama bila orang kita dengan barang percuma. Sampai tanpa malu berebut baju dalam sambil dirakam lagi dengan video tersebar satu negara.
.
Soalnya bila orang dah beri, kita mengambil tanpa berkira-kira ADAKAH KITA PERLU ATAU KITA MAHU?
.
Akhirnya, kita cuba juga pastikan belanja kita itu mencapai nilai RM3000 itu. Tapi tak juga saya nak salahkan rakyat kerana dalam pentadbiran kerajaan juga, memang biasa dengar hujung-hujung tahun banyak jabatan KENA HABISKAN BAJET TAHUN INI. Kalau tidak, tahun depan bajet kena potong. Persoalan sering saya utarakan, BAGUSLAH KALAU TAK HABIS BAJET, ITU TANDA PERBELANJAAN BERHEMAH. Peruntukan baki itu bukan untuk kita habiskan tapi untuk dipulang kembali kepada perbendaharaan supaya tahun hadapan boleh guna lagi. Lagi elok potong bajet tahun depannya, bila tak cukup kita request baru daripada semua jabatan kerajaan dan didakyahkan untuk perlu habiskan.
.
Kalau dalam company saya, unit-unit yang ada allocation boleh cakap “nak habiskan bajet” memang dengan lajunya akan dapat surat merah.
.
Ini bukan lagi fantasi zaman filem jutawan Mr. Os yang dapat RM500k untuk dihabiskan dalam 1 minggu untuk dapat tambahan harga berjuta-juta lagi. Secara typical, orang Melayu akan habiskan RM500k untuk dapatkan yg berjuta-juta lagi. Tapi pada saya, RM500k sudah ada di tangan, yg juta-juta belum pasti dapat. Baik ambil sahaja 500k dan buat niaga sampai kita sendiri boleh bina 20 juta lagi tiap-tiap tahun. Sebab itu juga, bangsa kita ialah BANGSA SASARAN SCAMMER NOMBOR 1 DUNIA.

No automatic alt text available.
.
Mungkin juga mereka miskin. Bila dapat peluang, terus diharung segala stok susu bayi, pampers, dan makanan-makanan perlu itu wajarlah. Tetapi yang ambil berkarton-karton ice cream dan masa nak beratur sahaja dah cair semuanya. Ironinya, bangsa ini juga yang selalu memperjuangkan untuk menumbangkan pemimpin yang korup sedangkan perangai yang sama kalau diberi dia jadi pemimpin, habis lagi korup. Wajib.
.
Sebenarnya, adakah kita akan jadi ORANG BODOH kalau TMJ kata 1 orang RM3000 tapi kita cuma belanja RM1000. Lagi RM2000 tu nanti orang lain yang lebih perlu boleh guna. Dan masyarakat ini juga yang sampai sanggup beratur berebut bila Baskin Robin bagi ice cream free dan Fareeda nak bagi tudung free kepada yang terawal. Orang yang sama juga sampai tak kisah bergesel berasak dengan orang asalkan dapat kutip HUJAN DUIT Mood Republik pada setiap kali opening.
.
Arwah emak saya pernah ajar, walaupun dia Jawa tapi dia tak suka anak-anak dia berebut ambil lemparan ambo-ambo semasa kenduri kahwin. Pesan arwah emak, biar lapar bermaruah, jangan kenyang terhina.
.
Masa saya kahwin dulu, adalah campurtangan makcik makcik sampai ada juga ambo-ambo…saya buat syarat baling lah sikit untuk ambil gambar, yang lebihnya kita bagi elok-elok. Siap sebelum baling tu, cakap jangan rebut, semua dapat. Tapi itupun dah rasa menyesal tak habis.
.
Dalam soal ni, saya langsung tak menyalahkan TMJ. Dia telah beri sesuai dengan kemampuannya. Soal apakah motif pemberian itu langsung saya tak mahu ambil tahu. Ada pilihan untuk fikir yang elok-elok, kita fikir sahaja yang baik-baik.
.
Berubahlah ye rakyat Malaysia. Kita ini bangsa bermaruah.
.
SAIFUL NANG
Bangsa J*
Akhirnya Kassim Baba mati dicincang penyamun
.
.
*Jawa

Sumber: https://www.facebook.com/snfanclub/posts/10155732327925958

Kredit foto: AinieHaziqah & Star2.com

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: