News!!

Cara Hidup Siapa Yang Kita Ikuti, Islam, Yahudi Atau Nasrani?

Mencari dan menjadikan sesuatu sebagai sandaran dan rujukan adalah menjadi satu norma di dalam kehidupan. Cuma pada “siapa” harus kita sandarkan rujukan itu.  Rasulullah S.A.W adalah ikon yang terbaik untuk kita contohi. Lihat bagaimana uswah yang Baginda tunjukkan dalam menerima dan melaksanakan Al-Quran. Namun apa yang dikongsikan oleh penulis ini wajar kita renungi samada kita telah berada di landasan yang betul atau telah terjebak dan mengikuti “jejak langkah” mereka . Sama-sama kita nilaikan.

KITA SEDANG IKUT SIAPA DI DUNIA INI?

Orang-orang Yahudi dan Nasrani TIDAK akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” Albaqarah 120.

Daripada Abu Said Al-Khudri ra daripada Nabi saw sabda baginda:

“Kamu pasti akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun tentu kamu mengikutnya.

Kami berkata: Wahai Rasulullah, adakah maksudmu Yahudi dan Nasrani?

Kata baginda: SIAPA LAGI? (jika bukan mereka).”

Image may contain: 1 person

SEBENARNYA TAK PERLU KITA TEROPONG JAUH KE NEGARA ARAB. Tengok sahaja di dalam rumah kita sendiri, ada ke tidak anak isteri kita yang hidupnya sudah mengikut jejak langkah ‘mereka’.

1. Berpakaian seperti mereka
2. Berhibur sama macam mereka
3. Bersukan sebijik macam mereka
4. Berfesyen sebagaimana mereka
5. Gaya hidup sepertimana mereka

Banyak sangat perkara yang sudah kita ikuti tanpa ilmu, tanpa sedar tetapi hanya mengikut kebanyakan manusia yang akhirnya menjerat hidup kita dan ahli keluarga di dalam kesesatan yang nyata, jauh dari petunjuk al-quran.

Sebelum kita melihat orang jauh, tengok dulu di dalam masyarakat kita. Sejauh mana kita menjadi mangsa doktrin dakwah Yahudi dan Nasrani sehingga kita hidup mengikut ‘cara hidup’ mereka.

Bagaimana pula negara kita? Pemimpin kita?

 

Shauqi Hasan
Mutawif Rarecation

Sumber: https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1748777311883406

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: