News!!

CAP Cadang Tabung Haji Urus Lesen Ibadah Umrah Untuk Elak Penipuan

Kita sedia maklum bahawa Tabung Haji mempunyai pengalaman yang sangat mendalam dalam menguruskan ibadah haji. Namun begitu, adakah (TH) layak dan berkemampuan untuk menjadi badan penguatkuasa untuk menangani masalah penipuan. Sama-sama kita nilai saranan ini.

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menyarankan Lembaga Tabung Haji (TH) dijadikan badan menguruskan lesen bagi ibadah umrah dalam usaha mengekang kegiatan penipuan oleh ejen yang mengendalikan pakej ibadah itu.

Presiden CAP, S M Mohamed Idris berkata TH mempunyai keupayaan dan kecekapan dalam menguruskan hal berkaitan haji dan hanya memerlukan pendekatan terakhir untuk menggabungkan perkara berkaitan umrah dalam mekanisme sedia ada.

“Kami menggesa Akta Tabung Haji 1995 dipinda bagi memasukkan perkara ibadah umrah dalam akta tersebut.

Beliau berkata CAP percaya langkah TH menguruskan hal berkaitan ibadah umrah adalah cara terbaik menghapuskan isu penipuan pakej umrah.

Sumber: FMT

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: