News!!

Bersedia Untuk Kongsi Maklumat Peribadi Apabila “Sign Up” Laman Sosial

Pernah dikongsikan sebelum ini bagaimana FB telah didakwa kerana membocorkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga. Namun, adakah kita sedar bahawa bukan saja FB, malahan laman sosial lain juga melakukan perkara yang sama tanpa kita sedari. Ikuti perkongsian ini untuk pencerahan

Kecoh seketika dengan kempen #deletefacebook berikutan dakwaan laman sosial terbabit menjual data pengguna kepada pihak ketiga.

Jika anda sedar, bukan saja Facebook tetapi kebanyakan laman sosial bergantung kepada taktik terbabit untuk tujuan ‘monetize’.

Data terbabit memang ditawarkan kepada pihak lain atas tujuan iklan meskipun laman sosial berkeras tidak ‘menjualnya’.

Facebook boleh dikatakan syarikat yang menyediakan data kepada pihak ketiga yang mahu menjual produk mereka.

Ia menjadi saluran yang khusus berdasarkan umur, jantina, lokasi, minat dan status perkahwinan kita.

Sudah pasti, ia menjadi ‘port’ paling menarik kepada pengiklan untuk memperoleh maklumat terbabit walau mahal sekalipun koleksi data itu.

Ia perkakasan yang terbaik kepada pengiklan.

Sebenarnya bukan setakat Facebook saja, anda mungkin sedang membaca mengenai selebriti di Internet dan satu persatu perincian terpapar di skrin telefon atau komputer.

Dalam dunia Internet sekarang yang dikatakan semua maklumat di hujung jari, apa saja boleh berlaku.

Image result for facebook


FACEBOOK didakwa jual data pengguna.

Apabila dikatakan apa saja boleh berlaku, ia bermaksud kemungkinan besar maklumat yang anda lihat di Internet bukan saja mengenai orang lain tetapi secara tidak sedar semua data berkaitan anda jelas terpampang di sana.

Misalnya, apabila anda menaip nama sendiri di Google, ia akan memaparkan maklumat paling asas iaitu akaun laman sosial seperti Facebook, Instagram atau Twitter.

Jadi, apa maklumat mengenai anda yang tersimpan dalam Internet tanpa anda sendiri tahu mengenai kewujudannya?

Jika anda sudah mendaftar di laman sosial seperti yang dinyatakan awal tadi, secara automatik nama anda sudah dicap dan akan ‘tertanam’ di Internet.

Bukan itu saja, maklumat mengenai jaringan rakan juga turut sama diperoleh dengan mudah kerana buat masa ini kebanyakan tetapannya diset kepada ‘default’ yang secara umumnya terbuka melainkan anda sendiri mengubahnya.

Lebih membimbangkan, kemungkinan bukan saja nama atau akaun laman sosial anda saja yang bersepah di Internet, tetapi maklumat peribadi lain seperti nombor kad pengenalan, telefon dan kad kredit boleh tersebar jika tidak berhati-hati.


Image result for social web

LAMAN sosial simpan data berdasarkan penggunaan.

Salah guna maklumat peribadi bukan membabitkan individu popular saja tapi kebanyakan penggodam siber lebih gemar menyasarkan orang biasa kerana ia lebih mudah dan boleh dikatakan kebanyakan modus operandi bermotifkan keuntungan.

Kita perlu tahu kebanyakan laman web mengesan penggunaan berdasarkan ‘cookies’ jadi lebih mudah bagi mereka untuk menyasarkan iklan tertentu mengikut profil.

Namun, sepatutnya maklumat berkaitan tidak keluar dari lingkup tujuan pengiklanan semata-mata, tetapi ia boleh disambungkan ke pelbagai laman ‘affiliate’ lain yang mengetahui siapa diri anda secara ‘online’.

Namun, ada juga sesetengah yang mempamerkan maklumat anda secara online sehingga maklumat asas terpampang.

Dalam laman yang mengumpul data ini, sesiapa saja boleh menaip nama, e-mel, nombor telefon atau maklumat peribadi anda seterusnya mengetahui tarikh lahir, alamat rumah, sejarah tempat tinggal, nilai rumah, jumlah saudara mara, agama, bangsa, hobi, sejarah pekerjaan mahupun laman sosial yang anda ada akaunnya.

Maklumat ini boleh diperoleh secara percuma di Internet dan kadang-kadang ada yang menawarkan maklumat tambahan pada harga yang rendah.

Image result for phone internet
KERAP menggunakan laman sosial membolehkan lebih banyak data disalurkan.

Sesiapa saja termasuk kawan, musuh, bakal bos atau peguam yang mengendalikan kes boleh mencari maklumat mengenai anda, cuma sama ada ia maklumat tepat atau tidak saja menjadi persoalan.

Kalau anda tidak percaya, cuba taip mana-mana e-mel yang berdaftar di Google dan ia akan terpampang di skrin. Jarang pula keluar ayat ‘No results found for’.

Maklumat yang keluar nanti mungkin bukan berkenaan e-mel saja, tetapi sejarah perbualan di laman sosial, status yang dikongsi orang lain malah jika individu lain berbual mengenai anda pun akan turut dipaparkan.

Bagi enjin carian, maklumat terbabit mungkin berguna untuk memeriksa reputasi online anda saja tetapi laman pengumpulan data mempunyai maklumat lain tanpa disedari.

WWW memang dunia yang sangat luas tapi ada satu lagi dunia yang dipanggil ‘Deep Web’ mengandungi muka web dan pusat data boleh cari ‘underground’ kebanyakannya tidak berindeks dengan enjin carian.

Kemungkinan ada individu yang ‘suka-suka’ saja menggali maklumat anda dan memaparkan di Deep Web.

Image result for snap photo using phone


LAMAN sosial jadi trend hidup manusia.

Anda boleh lihat laman carian individu seperti Pipl yang memungkinkan anda mencari berdasarkan nama, e-mel, nama pengguna, nombor telefon atau lokasi dan dikhabarkan jika anda menaip, ia akan memaparkan maklumat paling relevan berkaitan individu terbabit seperti laman linkedin atau akaun Facebook.

Kemudian, anda boleh membayar harga premium untuk memperoleh maklumat tambahan mengenai individu terbabit.

Kita bernasib baik kerana pengguna data yang mendedahkan maklumat peribadi individu kepada orang ketiga tanpa persetujuan pemilik untuk tujuan komersial kerana mereka boleh berdepan tindakan tegas berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Akta itu digunakan untuk menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan serta keutuhan rangkaian dalam perlindungan data di negara ini.

Menerusi akta berkenaan, mereka yang mempunyai data pengguna dari 11 sektor seperti komunikasi, insurans, perkhidmatan dan jualan langsung akan lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat peribadi individu kepada pihak luar.

Semua data peribadi yang dilindungi mengikut Akta 709 termasuk nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor pasport, maklumat kesihatan, e-mel, gambar, imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan maklumat dalam fail peribadi.

Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan penalti iaitu denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan memproses data peribadi tanpa perakuan pendaftaran atau selepas pendaftaran dibatalkan serta denda tidak lebih RM200,000 atau penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan tidak mematuhi notis penguatkuasaan atau kehendak pesuruhjaya.

Related image


ALGORITMA laman sosial baca tabiat pengguna.

Meskipun dengan akta terbabit, Internet tetap Internet. Sekali sudah melekat, sukar untuk dikeluarkan secara total.

Apa yang boleh anda lakukan? Semak semula tetapan laman sosial terutama Facebook, sekurang-kurangnya jika tak secara keseluruhan, anda masih boleh melindungi maklumat penting daripada bocor.

Kemudian apabila melayari atau mendaftar sesuatu, bersihkan ‘cookies’ anda atau jangan terlalu berharap untuk menyimpan kata laluan.

Jika nama anda berada di laman carian, mungkin boleh memohon kepada laman carian terbabit untuk menghilangkannya dengan membuat permohonan rasmi melalui e-mel dan melampirkan bukti pengenalan.

Sumber: Hmetro

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: