News!!

Bercadang Untuk Ke France? Baca Dulu 5 Tips Penting

Perancis, secara rasmi dipanggil Republik Perancis , ialah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya (dipanggil Perancis Metropolitan) terletak di Eropah Barat. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil Wilayah Luar Negeri Perancis.

Dengan mempunyai budaya yang unik serta Kota Paris yang mendapat jolokan “Kota Romantis”, adalah sangat berbaloi sekiranya anda berhasrat untuk melancong atau berbulan madu di sana.

Namun sebelum itu, kami kongsikan tips dari pakar kembara “Rarecation” untuk anda baca sebagai persediaan. Semoga bermanfaat.

5 TIPS PERSIAPAN SEBELUM KE FRANCE. YANG NO 3 KENA PRACTICE AWAL.

Image may contain: sky and outdoor
.
Ramai yang mengidam nak pergi ke France terutama couple dan keluarga untuk menikmati feeling macam orang baru bercinta. Namun tak ramai yang tahu apa yang perlu dipersiapkan sebelum berangkat kesana. Elok juga kita buat sedikit persiapan supaya tak CULTURE SHOCK kat sana nanti.
.

Image may contain: one or more people, shoes and text

1. SABAR MENANTI
.
Orang Perancis tidak suka tergesa gesa. Mereka suka menghargai sesuatu perkara. Yang paling obvious bila waktu makan. Kena menunggu juga bila nak order secawan kopi. Selain itu mereka juga suka appreciate moment dan juga seni seperti karya agung Leonardo Da Vincci, Mona Lisa. Jika kita dah terbiasa semuanya cepat, kena ambil satu langkah kebelakang untuk relaks dan sabar menanti. Tak semua perkara kita kena cepat.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

2. ELAKKAN BERCAKAP ISU SENSITIF
.
Bila travel ni kita nak belajar perkara yang baru tentang budaya dan cara hidup. Jadi tak perlulah kita nak all the time cerita tentang isu sensitif seperti politik, agama dan tentera. Nanti mereka ingat kita ni nak lawan mereka pula.

Image may contain: shoes and text

3. KUATKAN STAMINA
.
Di Europe memang menjadi satu budaya berjalan kaki dan kurangkan naik kenderaan bila kita travel dalam kawasan yang berhampiran. Jadi pada yang tak biasa berjalan jauh tu siapkanlah diri anda. Excercise seminggu atau dua minggu sebelum nak travel.

Image may contain: food

4. MINUM AIR TANPA AIS
.
Isu ni selalu dibangkitkan dikalangan pengembara yang membezakan antara France dan US tapi ia hanyalah isu kecil. Ada juga yang kaitkan soal keuntungan bila hidangkan air tapi letak ais banyak banyak sampai penuh gelas dengan ais. Ada baiknya juga bila kita kurangkan minum ais ni untuk elakkan stamina makin berkurang.

Image may contain: outdoor and text

5. EXPLORE CERUK KAMPUNG
.
Bila kita dah selalu travel kat kawasan bandar, take a break, pergi pula ke kawasan ceruk ceruk kampung. Mingle dengan orang kampung share story sikit dengan mereka. Itulah yang Rarecation buat dalam setiap trip kita. Banyak perkara perkara best yang Rarecation jumpa sebelum ni seperti air terjun belakang rumah Auntie Mona, fruit picking dekat Kebun Pakcik Jucker dan banyak lagi.

Sumber: https://www.facebook.com/rarecation/posts/944577869043863
Kredit Foto: www.rarecation.com

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: