News!!

Benarkah Rakyat Malaysia Tak Gemar Sayur Dan Buah?

Kita sedia maklum melalui pemakanan yang seimbang, mampu melahirkan generasi yang sihat. Namun dari apa yang berlaku pada rakyat Malaysia ini agak membimbangkan dan mungkinkah ianya menjadi antara faktor Rakyat Malaysia mengalami Obesiti?

KLANG
: Lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayuran dan buah-buahan yang mencukupi untuk kesihatan diri dan tubuh badan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata trend itu menunjukkan gaya pemakanan yang tidak sihat dan membimbangkan.

“Perubahan mesti dilakukan kerana sekiranya tidak, ia akan meningkatkan risiko kita mendapat penyakit dan memberi kesan kepada sistem kesihatan secara keseluruhan,” katanya selepas merasmikan program Kem Nak Sihat Bersama Komuniti Kekal Sihat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima, di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya menerusi Bahagian Nutrisi akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memperluaskan program meningkatkan pemahaman khususnya ibu pelajar mengenai amalan penyediaan makanan sihat.

“Kita nak beri bimbingan kepada ibu mengenai amalan pemakanan sihat kerana mereka adalah pengaruh yang cukup kuat dalam membawa perubahan yang kita harapkan. Program ini bermula awal tahun ini dan berharap dapat diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang,” katanya.

Kem Nak Sihat merupakan program outreach yang dirangka khas untuk komuniti bertujuan menyampaikan mesej berkaitan cara hidup sihat.

Sumber: Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: