News!!

Benarkah Golongan Muda Kita Lebih Meminati Hedonisme Berbanding Ilmu?

Satu pernyataan yang agak berat apabila golongan muda kita lebih cenderung kepada budaya mengejar keseronokan hidup (Hedonisme) berbanding menimba ilmu ke arah kehidupan yang lebih baik. Kita sedia maklum ilmu adalah khazanah yang amat penting dalam membentuk generasi dan membina negara.

Bacalah artikel ini agar kita sedar di mana letaknya anak muda kita samada semakin hebat membina nama di persada dunia atau sebaliknya.

Sumber Sejarah Negara

Wacana kepentingan buku dalam mencorak hala tuju intelektual dan identiti sesebuah masyarakat tentu sekali berkait rapat dengan usaha merekod khazanah sejarah dan karya para sarjana tempatan.

Malang sekali, periwayatan sejarah Melayu bermula dari zaman ketibaan Parameswara ke persisiran Melaka, sehinggalah dasar-dasar pentadbiran ekonomi berasaskan perdagangan Melaka, strategi pertempuran Tun Perak dan kesahihan hikayat Hang Tuah, begitu daif dan corot.

Jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun dunia yang lain, kualiti dan kesemestaan perekodan sejarah Melayu jauh tercicir.

Kesinambungan warisan ilmu dan budaya ilmiah para cendekiawan, ahli akademik dan pemikir asing mahupun tanah air juga rontok.

Jarang sekali kerja-kerja pemikir intelektual dan para filasuf diketengahkan dalam sistem pendidikan dan diskusi arus perdana seharian.

Ujian litmusnya mudah sekali, tanyakan sahaja orang awam kini sekiranya mereka mengenali personaliti ilmuan dan juga nama-nama pencipta sejarah mahupun fakta dan pengetahuan umum.

Jangan terkejut jika yang dikenali hanyalah artis-artis dan ahli perniagaan semata-mata.

Kaji selidik oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 dan 2005 menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun secara purata.

Rakyat Jepun dan Perancis membaca 10 buku, manakala Rakyat Amerika dan Kanada paling hadapan dengan 17 buku.

Kurangnya tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya membimbangkan. Golongan belia dan dewasa kini lebih menjerumus ke arah hedonisme dan hiburan berasaskan digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang, jauh pula sebagai sumber hiburan.

Akibatnya, hujah dan perbualan harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi yang kurang berasas dengan kesahihan yang berpaksikan maklumat picisan daripada Facebook dan Twitter. Persoalannya sampai bila? Adakah kita mahu berada di hadapan atau sekadar selesa di tampuk yang lama.

Sumber: Olahan semula Astro Awani

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: