News!!

Bahana Berpakaian Ala Pengebom Berani Mati

Image result for berpakaian ala pengebom berani mati

LELAKI berpakaian ala pengebom berani mati ketika menghadiri parti Halloween di Damansara Perdana, Kuala Lumpur, pada 28 Oktober lalu ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki warga Yemen berusia 35 tahun itu hadir menyerah diri pada 6 petang hari ini.

 Menurutnya, lelaki berkenaan bekerja sebagai eksekutif teknologi maklumat (IT) tinggal di kondominium berkenaan.

“Permohonan reman lelaki itu akan dibuat esok,” katanya.

Pada 28 Oktober lalu, penduduk sebuah kondominium membuat laporan polis selepas melihat seorang lelaki berpakaian seperti pengebom berani mati ketika menaiki lif untuk menghadiri parti Halloween, pada 7.40 malam.

Mohd Zani berkata, tindakan suspek berpakaian sedemikian di khalayak ramai sesuatu yang sensitif terutama kewujudan pelbagai insiden dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: HM Online

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: