News!!

Bagaimana Si Bapa Boleh Menilai Tahap Ketaqwaan Isteri dan Anak-Anak?

Ibarat seorang nakhoda yang menerajui sebuah kapal bersama awak-awaknya. Bapa bertanggung jawab  untuk memastikan pelayaran rumahtangga tidak tenggelam separuh jalan. Bagi memastikan ianya lancar, isteri dan anak-anak perlu jelas mengenai peranan mereka. Bacalah perkongsian ini untuk mengetahui cara pembentukan ketakwaan isteri dan juga anak-anak.

TIPS MEMBENTUK KETAKWAAN ANAK ISTERI

Bapa adalah ibarat utusan atau wali Allah dalam rumahtangganya. Itulah murobbi atau pengatur rumahtangga untuk isteri dan anak-anaknya.

Selaku UTUSAN, bapa harus tahu asas-asas risalah Allah dan Sunnah Rasulullah SAW yang harus disampaikan kepada ahli keluarganya.

Tugas WALI pula adalah memimpin atau mewakili urusan anak isteri dalam segala hal. Tujuannya ialah untuk melindungi kepentingan dan keselamatan mereka.

Sebagai PENGATUR/MUROBBI pula, bapa harus menetapkan ATURAN/RUBUBIAH untuk anak isteri, sesuai dengan fitrah mereka mengikut jantina dan batas usia.

Sebagai umat Islam, bapa seharusnya tahu akan asas aturan yang telah disyariatkan Islam melalui sumber alQuran dan Sunnah.

Amat penting menetapkan ‘rules & regulation, boundary and limitation’ dalam rumahtangga sejak awal pembentukannya. Aturan dan batasan dalam rumah sendiri amat perlu untuk mendidik anak isteri.

Ibarat pokok dan haiwan liar yang terbiar liar di hutan, punca anak isteri jadi liar ialah apabila mereka sentiasa dalam keadaan terbiar. Apabila anak isteri tidak terdidik dengan aturan dan batas kebebasan di dalam rumah sendiri, maka lebih sukar lagi untuk mereka mengawal diri ketika berada di luar.
BAGAIMANA MEMBENTUK TAKWA?

Insan yang baik adalah yang BERTAKWA terhadap TAKWIM yang baik (QS.95:4) Jika kita tidak sediakan takwim yang baik, anak isteri akan berkeliaran membuat kerosakan dengan mencipta takwim mereka sendiri.

Oleh itu sediakan takwim yang baik jika ingin anak isteri jadi baik. Selain dari takwim wajib seorang muslim seperti solat, puasa dan sebagainya, ibubapa boleh sediakan takwim khusus yang sesuai dengan kehidupan anak isteri mereka.

Contoh takwim mudah yang boleh diaturkan sebagai platfom pendidikan akhlak adalah seperti;

takwim memasak,
takwim membasuh,
takwim beri makan ikan,
takwim siram pokok bunga,
takwim cuci kereta,
takwim sapu sampah dan membersih rumah,
takwim belajar,
takwim syuro dan muzakarah,

ATAU apa sahaja TAKWIM yang munasabah untuk melatih dan menguji KETAKWAAN mereka.

Dari PERLAKSANAAN TAKWIM itulah kita boleh mengukur sejauh mana TAHAP KETAKWAAN mereka sudah terbentuk.
.

Tips santai Baiti Jannati,

Dr Hj. Masjuki Mohd

Sumber: https://www.facebook.com/DrMasjuki/posts/1379270842177262

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: