News!!

Awas! Dadah Bentuk Serbuk Minuman Untuk Pasaran “Budak Sekolah”

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh pengusaha dadah untuk memastikan produk yang dijual sampai ke tangan penggemarnya. Waspada kepada ibu bapa kerana mereka ini tidak lagi menyasarkan kepada golongan dewasa sahaja. Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa dadah seterusnya!

AMPANG: Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita yang disyaki memproses dadah jenis ecstacy dalam bentuk serbuk minuman dalam serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Pandan Indah, Ampang dekat sini, tiga hari lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, seorang lelaki berusia 40-an yang bertindak sebagai ketua ditahan bersama dua pekerjanya iaifu dua wanita warga Vietnam berusia 20-an dan 60-an.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menemukan serbuk dadah seberat 5,116 gram, 21.4 gram ketamin dan dua ketulan mampat ganja yang keseluruhannya berjumlah RM514,330.

“Yang kita khuatiri ialah serbuk minuman ini akan mengelirukan pasukan penguatkuasa untuk mengenali ini adalah dadah ataupun minuman biasa.

“Kita meminta orang awam berwaspada dengan bahan-bahan yang baru ini supaya tidak terjebak dalam penagihan dadah dan kita juga khuatir sekiranya ada pasaran berbentuk begini akan menembusi kepada kanak kanak sekolah,”  katanya.

Polis percaya kumpulan ini menggunakan taktik baharu dengan mengedar dadah dalam bentuk serbuk minuman supaya kegiatan mereka sukar dikesan pihak berkuasa.

Paket minuman dadah ini juga dipercayai untuk dipasarkan kepada kanak-kanak sekolah di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur.

Tambah beliau, siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti pasaran kumpulan berkenaan kerana setakat ini penjualan serbuk minuman tersebut masih belum ditemukan di pusat-pusat hiburan di kawasan Ampang Jaya.

Sumber: Astro Awani

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: