News!!

ATM Bersiap Sedia Hadapi PRU14

Bahang Pilihanraya Umum Ke-14 semakin terasa apabila Angkatan Tentera Malaysia sudah diarahkan untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Semoga PRU14 nanti akan berjalan dengan lancar dan bebas dari ancaman anasir luar.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan ketenteraman awam semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim.

Beliau berkata semua anggota tentera sudah bersedia untuk dikerahkan bagi menjaga keharmonian serta kelancaran proses PRU14 dan akan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa yang lain.

“Pihak kami mempunyai segala perancangan bagi menghadapi apa jua keadaan semasa PRU14 menerusi latihan selalu dijalankan supaya ketenteraman awam dapat dikawal,” katanya dalam sidang media selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 184/17 di Port Dickson hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihak ATM telah membuat persediaan bagi menjalankan undi awal untuk PRU14 yang akan datang dan mengenal pasti beberapa kem yang akan dijadikan pusat mengundi.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, sebanyak 1,697 perajurit muda lelaki telah menamatkan latihan enam bulan bermula Ogos tahun lepas dan kesemua mereka akan diserap ke pelbagai kor Tentera Darat Malaysia selepas ini.

Sumber:  Bernama

Comments

comments

1 Comment on ATM Bersiap Sedia Hadapi PRU14

Leave a Reply

%d bloggers like this: