News!!

Arent Jan Wensinck, Penerus Legasi Ejen Perosak Aqidah Umat Islam

1

“Patah tumbuh hilang berganti”, itulah pepatah Melayu yang sesuai untuk menggambarkan peranan individu ini dalam misinya meneruskan pemusnahan aqidah umat Islam. Walaupun tidak sehebat gurunya, namun anak buah didikan Snouck Hurgronje ini telah berjaya menawan hati pemerintah mesir sehingga beliau  dilantik untuk menjadi ahli dalam Akademi Bahasa Arab di Raja di Universiti Mesir, Kaherah.

SIRI 24 – ARENT JAN WENSINCK: PENYAMBUNG LIDAH SNOUCK HURGRONJE
Snouck Hurgronje telah meneruskan usaha pengajiannya terhadap agama Islam dan menyebarkan kefahamannya kepada institusi-institusi pendidikan barat lainnya.
Matlamatnya yang jelas adalah untuk menyedarkan bahawa agama Islam merupakan sebuah ‘rekaan Muhammad’ yang banyak dicedok dari Yahudi dan Kristian.
Dalam pada masa yang sama, Snouck Hurgronje meningkatkan usaha pengkajian tentang masyarakat Islam di Nusantara untuk lebih memahami kondisi dan budaya mereka. Sebagai pensyarah di Universiti Leiden, dia telah banyak terlibat dalam kuliyyah-kuliyyah pengajaran Islam dan pengajian masyarakat Nusantara.
Snouck Hurgronje telah berjaya menghasilkan ramai orientalis-orientalis baru semasa menjadi pensyarah di Universiti Leiden. Salah seorang yang terkenal sehingga menjadi pengganti Snouck sebagai Pengerusi Pengajian Arab, Syria dan Islam di Universiti Leiden ialah Arent Jan Wensinck (1882 – 1939).
SEORANG PADERI YANG MENUNTUT DI LEIDEN
Wensinck lahir dalam keluarga paderi yang menganut Kristian Protestant dan mendapat pendidikan keagamaan yang kuat. Setelah tamat sekolah tinggi pada 1901, dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Utrecht sebelum bertukar ke Leiden pada tahun yang sama.
Pada Tahun 1904, Wensinck telah memulakan pengajiannya dalam bidang bahasa Semitik melalui Michael Jan De Goeje yang juga guru kepada Snouck Hurgronje. Wensinck menemui Snouck yang menjawat jawatan profesor menggantikan De Goeje pada 1906.
Wensinck mengikuti jejak M.J. De Goeje dan Snouck Hurgronje untuk menjadi pakar dalam bahasa Ibrani (Yahudi), Aramaik, Syriak dan Arabik – bahasa-bahasa utama dalam pengkajian agama Yahudi, Kristian dan Islam.
USAHA PENGKAJIAN WENSINCK
Wensinck terlibat dalam pengajaran bahasa Ibrani, pengkajian agama Kristian dan Islam. Dia banyak terlibat dalam pengkajian spiritual (mistik) dalam kedua-dua agama Kristian dan Islam yang menyentuh hal-hal roh, alam ghaib, shamanism dan amalan sufi. Dalam bab ini, dia banyak mengkaji karya-karya Imam Al-Ghazali.
Namun begitu, pengkajiannya yang lebih terkenal dan menjadi rujukan para pengkaji barat ialah hasilnya dalam penyusunan dan kritiknya terhadap kumpulan hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W. Wensinck telah menyusun semula hadith-hadith Nabi dalam bukunya bertajuk “A Handbook of Early Muhammad Tradition (1927)”.
Buku ini merupakan panduan untuk memudahkan pencarian hadith-hadith mengikut kata kunci yang disusun mengikut abjad.
Melalui buku ini, pengguna akan ditunjukkan kepada nombor Jilid dan nombor hadith yang terdapat dalam kitab asal hadith-hadith yang utama seperti Sahih Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Tarmizi, Ibnu Majah, An-Nasai, Al-Darimi dan Al-Malik.
Wensinck juga membincangkan tentang asal-usul dan pokok Aqidah umat Islam yang dikaitkan dengan sejarah dan perkembangan kefahamannya mengikut zaman dalam buku “The Musim Creed (1932)”.
Wensinck turut membincangkan tentang pengaruh budaya luar terhadap kepercayaan dan amalan Islam seperti dari Yahudi, Kristian dan falsafah Romawi seperti Aristotle.
JEMPUTAN WENSINCK KE MESIR
Pada sekitar Tahun 1930an, penulisan-penulisan orientalis telah banyak memasuki Mesir dan permintaan terhadap pensyarah-pensyarah Orientalis dari barat meningkat.

Image may contain: 16 people, people smiling, text
Sama ada untuk mengambil manfaat atau untuk berdebat, universiti-universiti di Mesir telah menjemput orientalis dari Itali, Perancis, Inggeris, dan Jerman.
Mereka bukan sahaja telah dijemput untuk memberikan Kuliyyah, malah turut dilantik menjadi ahli dalam akademi pengajian.
Arent Jan Wensinck sendiri telah dijemput dan dilantik untuk menjadi ahli dalam Akademi Bahasa Arab di Raja di Universiti Mesir, Kaherah (kini dikenali sebagai Universiti Kaherah).
Snouck Hurgronje juga pernah ditawarkan kedudukan yang sama tetapi tawaran itu telah ditolak. Seorang lagi orientalis yang menolak ialah orientalis Yahudi, Ignac Goldziher yang berasal dari Hungary.
AKADEMI BAHASA ARAB DI RAJA MESIR DAN PENUBUHANNYA
Akademi Bahasa Arab ini bermula melalui usaha persendirian oleh seorang pensyarah di Kaherah iaitu Tawfiq Al-Bakri pada 1892 dan dinamakan Akademi Al-Bakri. Ia kemudiannya digantikan oleh Akademi Bahasa Mesir 1917 yang diusahakan oleh sekumpulan penulis.
Pada tahun 1932, akademi ini dirasmikan semula oleh Raja Fu’ad, pemerintah Mesir ketika itu dengan menggunakan nama Akademi Bahasa Arab di Raja. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk memelihara penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa Ilmu yang relevan mengikut era zaman moden.
Di awal penubuhannya, orientalis telah dicadangkan untuk menyertai akademi ini dengan tujuan untuk menyumbang kemahiran pengkajian bahasa dan membantu perkembangan bahasa dalam bidang sains dan teknologi.
Pada Oktober 1933, Raja Fuad telah menamakan 20 orang ahli Akadami ini dari kalangan Islam dan bukan Islam yang diiktiraf kepakaran mereka dalam bidang bahasa Arab.
PEMECATAN WENSINCK DARI AKADEMI
Pada bulan Jun 1933, Wensinck telah dilantik sebagai ahli akademi tersebut setelah Snouck Hurgronje menolak.

Empat orang orientalis Belanda yang dicalonkan mengikut turutan ialah Snouck Hurgronje, A.J. Wensinck, Th.W. Juynboll dan J.H. Kramers. Snouck telah menolak kerana umurnya yang sudah lanjut dan kesibukannya di Leiden.

Image may contain: text

Kehadiran Wensinck ke Mesir ternyata menimbulkan kekecohan. Apabila sebuah buku bertajuk Ensaiklopedia Islam yang disusun olehnya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, kandungannya menimbulkan kemarahan ilmuwan Islam di Mesir.

Image may contain: 1 person, text

Wensinck telah memuatkan idea-idea Snouck Hurgronje dalam Ensaiklopedia tersebut berkenaan Ibrahim, Ka’abah dan Muhammad seperti yang difaham oleh Snouck.
Snouck telah menuduh Nabi Muhammad menggunakan sejarah Ibrahim untuk mengaitkan Islam dengan Yahudi dan Nasrani sehingga membolehkan Muhammad mengaku sebagai Rasul kepada seluruh umat manusia.

Kecaman-kecaman terhadap Wensinck mula disebarkan melalui penulisan dalam akhbar dan majalah di Mesir. Wensinck dikecam sebagai ‘musuh Islam’ dan ‘berbahaya’. Wensinck keliru dan tidak memahami penentangan tersebut kerana baginya, hasil penulisan dan idea Snouck Hurgronje adalah berunsur akademik.
Wensinck seolah-olah tidak mengetahui betapa besar kesan tindakan dan peranan Snouck Hurgronje dalam menjatuhkan Islam sehingga dia tidak menyangka tentangan yang begitu hebat.

Image may contain: one or more people and text

Salah satu akhbar yang menentang Wensinck ialah akhbar Al-Jihad, sebuah akhbar milik parti pembangkang Al-Wafdi yang diterbitkan di Universiti Al-Azhar. Akhbar tersebut juga mempunyai penulis-penulis dari penuntut Indonesia yang disyaki mencetuskan kempen anti-Wensinck.
Beberapa orang orientalis lain telah berusaha untuk membersihkan nama Wensinck dan menolak tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Raja Fuad dan Menteri Pendidikannya, Hilmi Pasha menolak untuk membantu Wensinck kerana tidak mahu menimbulkan permusuhan dengan penuntut Al-Azhar.
Melihat kekecohan yang timbul, akhirnya Wensinck dilucutkan jawatannya sebagai ahli akademi tersebut dan pulang ke Leiden pada penghujung tahun 1933. Wensinck dan Snouck merasa kecewa dengan kejadian itu tetapi masih mengharap sekiranya keadaan kembali reda.
Namun, tidak banyak perkembangan yang berlaku sehingga Wensinck dan Snouck Hurgronje menolak usaha beberapa orientalis yang cuba membantunya mendapatkan kembali keahlian tersebut. Wensinck mati pada tahun 1939 ketika berumur 57 tahun setelah menderita sakit yang kana.
.

PENUTUP

A.J. Wensinck adalah seorang ahli akademik yang banyak terlibat dalam hal-hal pengkajian Kristian dan Islam. Wensinck tidak terlibat dengan penjajahan atau pengkajian langsung mengenai budaya dan sikap masyarakat Islam seperti yang dilalui oleh Snouck Hurgronje.
Wensinck telah mendedahkan idea-idea Snouck Hurgronje yang bertentangan dengan kefahaman Islam sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Mesir ketika itu. Dalam pada masa yang sama, corak pemikiran dan idea Snouck dinampakkan jelas menyimpang.
Wensinck menyalurkan pendapatnya secara ilmiah dengan harapan untuk diterima oleh masyarakat intelektual di Mesir. Tanpa menyedari hasil Snouck yang bertentangan dengan kefahaman Islam sebenar, dia telah ditentang dengan teruk.
Selepas kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyah, Universiti Al-Azhar menjadi pusat pergerakan dan penyebaran idea-idea perjuangan untuk membangunkan semula Khalifah Islam di Mesir. Cendekiawan Islam di Mesir digerakkan melalui pembaharuan pemikiran yang dicetuskan oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida.
Semoga Bermanfaat.

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN
** DIREKTORI **

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI KE 12: KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MASYARAKAT ACEH DI MATA SNOUCK

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571012949659844

SIRI KE 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1572834986144307

SIRI KE 15: KENAPA PENJAJAH TAKUT PADA GERAKAN PAN-ISLAMISM DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN IBADAH HAJI?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1574077099353429

SIRI KE 16: BAGAIMANA SNOUCK MELIHAT PELAKSANAAN AL-QURAN DALAM MASYARAKAT ISLAM NUSANTARA.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1576291249132014

SIRI KE 17: SAYID USMAN – MUFTI DI BETAWI DAN SENJATA BELANDA MELAWAN GERAKAN JIHAD.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1583931228368016

SIRI 18: PENGLIBATAN SNOUCK HURGRONJE DALAM GERAKAN KETENTERAAN DI ACEH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1590068861087586

SIRI 19: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN I) – NIKAH KAHWIN DAN PENGAWALAN MASJID

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1615880345173104

SIRI 20: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN II) – PENGGANTIAN SISTEM WARISAN ISLAM DENGAN WARISAN ADAT DAN PENCELAAN TERHADAP POLIGAMI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1627965183964620

SIRI 21: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN III) – ASOSIASI PENDIDIKAN DAN PENGATURAN GURU ISLAM.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1640248992736239

SIRI 22: SNOUCK HURGRONJE KEMBALI KE LEIDEN DAN PERANANNYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1663387847089020

SIRI 23: PERANAN SNOUCK HURGRONJE DI INSTITUT PENGKAJIAN BELANDA – KITLV

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1678270245600780

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: