News!!

‘Aqidah Palsu’ Yang Ditanam Snouck Berjaya Merosakkan Jiwa Masyarakat Aceh

Bermulalah kejatuhan Kerajaan Islam Acheh ke tangan Belanda hasil dari kerja tangan Snouck selaku “Tuan Penasihat”. Hasil dari kajian dan usaha gigih beliau telah berjaya membentuk “Aqidah Palsu” di dalam hati sanubari penduduk Aceh. Bacalah artikel ini untuk anda membuat perbandingan dan menilai sendiri apakah kesannya terhadap kehidupan masyarakat ISLAM kita sehingga ke hari ini.

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI KE-7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

Image may contain: 1 person, text

Setelah kita melihat bagaimana Snouck bergerak secara sembunyi di Mekah dan mula menyelinap masuk ke Nusantara melalui kerajaan Belanda, objektifnya jelas adalah sebagai seorang mastermind yang sedang merangka strategi untuk bereksperimen dengan segala maklumat yang telah beliau kutip di bumi Mekah. Inilah masanya untuk dia menjadi pencatur kepada umat Islam di Indonesia.

Image may contain: text

Fenomena yang berlaku di Acheh merupakan satu kajian bagaimana untuk memesongkan aqidah umat Islam di seluruh Nusantara. Subjeknya adalah masyarakat Islam, ulamak dan pemerintah yang dahagakan pangkat dan kuasa. Snouck telah membuat satu formula untuk menjatuhkan umat Islam dengan merangka beberapa permasalahan dalam masyarakat Islam menjadi tiga kategori iaitu;

1. Sudut keagamaan,

2. Melalui aktiviti sosial dan kemasyarakatan,

3. Propaganda politik.

Pada hakikatnya, Islam tidak memisahkan ketiga-tiga bidang tersebut, namun Snouck berusaha agar umat Islam Indonesia beransur-ansur memisahkan agama dari segi sosial kemasyarakatan dan politik.

Menurut Snouck umat Islam perlahan-lahan akan meninggalkan agama Islam secara alami (evolusi). Campur tangan dan larangan Pemerintah kolonial hanya akan melambatkan proses evolusi tersebut, kerana pada pandangannya apabila banyaknya permintaan kepada Islam hanya akan menaikkan harga penawaran.

Image may contain: text

Snouck berpendapat bahawa ketaatan dalam melaksanakan rukun Islam merupakan beban yang sangat berat bagi orang Islam di abad ke-20. Oleh kerana beban berat tersebut dia menilai ianya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi ikatan aqidah Islam yang dilihatnya sebagai SEMPIT dan KOLOT itu. Melarang SESUATU YANG AKAN HILANG DENGAN SENDIRINYA hanya akan mengakibatkan kebangkitan minat dan perhatian orang Islam terhadap sesuatu yang dilarang itu. Ini hanya akan meningkatkan nilai agama Islam dan melambatkan proses evolusi mereka menjauhi agama nenek moyang.

Image may contain: text

Snouck yakin bahwa umat Islam akan lebih bahaya bagi pemerintah kolonial jika KEBEBASAN BERAGAMA diganggu. Semakin dilarang untuk mengerjakan hal-hal yang berhubungan dengan ubudiyah, mereka semakin fanatik untuk mengerjakannya. Bahaya lebih besar akan mengancam pemerintah, bila umat Islam terus mengasingkan diri dari masyarakat biasa, lalu mendirikan kumpulan-kumpulan tarekat yang mengajarkan “perang sabil” (Jihad).

“Bahaya-bahaya yang diancam oleh agama Islam pada setiap negara yang memerintah atas penganut agama Islam itu, sudah Yang Mulia ketahui, maka tidak perlu lagi diadakan ikhtiar atas ulasan saya mengenai hal itu yang sudah sejak bertahun-tahun setiap kali diulang-ulang. Dalam tahun-tahun terakhir pengaruh-pengaruh yang merosak itu di atas segala-galanya bekerja dengan jalan menggunakan tarekat-tarekat yang semakin bertambah kuat dan luas, yang di Afrika Barat dan Tengah telah menyusun dakwah teratur untuk menghidupkan cita-cita politik dan keagamaan bagi Islam, sedangkan yang mempunyai perjuangan agama turut berlaku di Hindia Timur. Perang Jihad yang dahulu diadakan negara- negara Muhammad telah diganti dengan giatnya dengan perang Jihad yang diadakan oleh gerakan-gerakan tarekat yang dimaksud itu.”

Petikan daripada buku Nasihat-nasihat C. Souck Hurgronje Semasa Bertugas Kepada Pemerintah Hindia Belanda 1889- 1936.

ISLAM ADALAH ANCAMAN KEPADA KOLONIAL BELANDA

Penelitian yang dilakukan Snouck Hurgronje di kota Mekkah (1885), Jawa (1889-1890), Aceh (1891-1903) serta pengalamannya selama bertugas sebagai Penasihat Bahasa-bahasa Timur dan Hukum Islam, memberikannya beberapa idea untuk membuat kategori pola perlaksanaan aktiviti keagamaan umat Islam Nusantara di dalam rangka menggariskan POLITIK ISLAM mengikut corak pemerintahan kolonial.

Dalam bukunya tentang Aceh Snouck menulis beberapa cadangan strategi untuk mengalahkan Jihad di Aceh:

1. Islam dianggap sebagai faktor negatif (ancaman), kerana Islam akan menimbulkan semangat fanatisme agama di kalangan muslimin. Pada masa yang sama, Islam membangkitkan rasa kebencian dan permusuhan rakyat Aceh terhadap Belanda.

2. Bahawa yang berada di belakang perang Aceh dengan Belanda adalah para ‘Ulama. Sedangkan pegawai kerajaan, bangsawan dan hartawan masih boleh diajak berbincang dan dijadikan sekutu, kerana mereka hanya memikirkan kepentingan perut masing-masing.

3. “Pembersihan” ‘Ulama dari kalangan masyarakat, maka Islam takkan lagi mempunyai kekuatan di Aceh. Setelah itu, para tokoh-tokoh Adat mampu dikuasai dengan mudah.

4. Melakukan operasi ketenteraan di desa- desa di Aceh untuk melumpuhkan perjuangan rakyat yang menjadi sumber kekuatan ‘Ulama. Snouck berhasil melawan ketakutan Belanda terhadap Islam. Ia mengatakan KHALIFAH TURKI UTHMANIYYAH hanyalah satu simbol penyatuan umat Islam yang sudah tidak ada kekuatan. Dalam salah satu artikelnya di Majalah Indische Gids, Snouck dengan tegas mengingatkan bahwa Islam sangat berbahaya bagi Belanda. Baginya Islam jangan dianggap remeh, baik sebagai agama mahupun sebagai kekuatan politik.

Dalam buku Snouck Hurgronje tentang Aceh (The Achehnese), Snouck menulis;

“Perbezaaan di antara doktrin agama dan realiti kehidupan umat Islam nampak jelas walaupun di dalam bidang politik sekalipun. Pendidikan, doktrin dan buku-buku hukum agama mengenai “Lima Rukun Islam” hanya berfungsi sebagai kewajipan bagi yang ingin mematuhi kewajipan dasar Agama Islam sahaja.

Tetapi pada haikikatnya, kebanyakannya penganut agama Islam sangat jauh dari penghayatan dan kefahaman ini, baik secara teorinya. Apatah lagi dalam melaksanakan kepatuhan rukun tersebut secara PRAKTIKAL…”

KESIMPULAN

Melalui tiga kategori utama yang menjadi asas kepada sebuah negara, Snouck berjaya memecah belahkan penyatuan umat Islam ketika itu. Pelajaran besar untuk kita pada hari ini adalah bagaimana kita juga telah dipecah dan diperintah dengan IDEALISME dan KEFAHAMAN yang telah ditanam sejak nenek moyang kita dahulu lagi.

Masyarakat disogok dengan perjuangan berteraskan FANATIK kepada AGAMA, SOSIALIS dan NASIONALIS. 3 perkara pokok ini telah ditebang, dicantas, diracun sehingga daripada ASAS YANG SATU ia menjadi pecahan yang menjadikan masyarakat sanggup berbunuhan untuk menegakkan ‘aqidah palsu’ yang ditanam Snouck ke dalam jiwa masyarakat Nusantara. Inilah antara punca utama masyarakat kita tidak dapat bersatu fahaman dan semangat kepada agama mahupun secara patriotik kepada agama.

SEKULARISME telah menjadi asas kepada penciptaan bangsa sesebuah negara pada hari ini. Apa yang telah berlaku kepada Kerajaan Turki Uthmaniah sebenarnya adalah daripada acuan yang sama dibentuk kepada wilayah negara Islam di Nusantara. Baik Indonesia dan Tanah Melayu pada ketika itu pemimpin negara telah pun diatur dengan sistem dan pendidikan gaya barat untuk mencipta boneka kepada idea penjajahan kolonial. MISI mereka biar pun negara itu satu hari nanti sudah merdeka, pada hakikatnya masih dijajah sehingga ke anak cucu mereka.

Setiap generasi dan keturunan yang dilahirkan hanyalah mewarisi AGAMA sebagai satu ritual semata-mata. Hidup dengan gaya dan fahaman PENJAJAH dan menjadikan POLITIK sebagai alat untuk mengekalkan KUASA, TAKHTA dan WANITA.

********** DIREKTORI **********

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian kami sebelum ini yang akan menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui link berikut;

KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI KE-5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI KE- 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – TOKOH PERANG PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962
.

Semoga bermanfaat,

Sumber:

Jabatan Siasah Sejarah,
AKADEMI INSAN PRIHATIN

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: