News!!

Apakah Mesej Di Sebalik Kisah Babi Yang Mati Dibedil?

Mungkin isu babi yang sesat masuk ke dalam masjid sudah mencapai peringkat “suam-suam kuku”. Namun apa yang dikongikan oleh penulis ini amatlah baik untuk kita renung sejenak dan berfikir diluar kotak, apakah mesej yang Allah mahu sampaikan kepada kita. Kalau babi ini mengakhiri kisah hidupnya dengan dibedil, kita pula bagaimana?

ADA SEBAB ALLAH UTUSKAN BABI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA MANUSIA. ALLAH TIDAK CIPTAKAN SESUATU ITU SIA-SIA.

Sedang heboh kisah seekor babi sesat masuk ke dalam Masjid. Itu satu petanda dan pelajaran yang wajib kita yang beriman berfikir di luar ‘kotak dan hanya tertumpu di ruang masjid’ itu sahaja. Pasti ada hikmah yang mahu Allah kita ambil iktibar dan pelajaran.

Image may contain: one or more people and indoor

Manusia dibenarkan oleh Allah untuk mencari hiburan agar hati menjadi tenang dan mendatangkan keceriaan serta kegembiraan dalam hidup. Itu adalah fitrah manusia yang diberikan akal, fikiran dan emosi. Namun manusia tidak dibiarkan menentukan apa sahaja atas nama hiburan.

Apa sahaja yang dilihat dan didengar manusia memerlukan PANDUAN dan PETUNJUK daripada Allah, Robb pencipta sekalian alam, yang maha mengetahui apa yang mendatangkan manfaat atau mudarat kepada manusia dan kehidupan.

Apabila dibiarkan manusia bebas memilih bentuk hiburan yang disukai oleh nafsunya, maka kehidupan pun menjadi rosak dan porak peranda. Haru biru dengan segala batas yang ditetapkan agama, semuanya ‘disondol’ tanpa malu dan segan.

Wahai ibubapa sekalian,

Hari ini generasi anak muda kita bukan lagi kaki masjid apa lagi kaki solat. Agama hanya sekadar pada nama, tetapi hidup mereka sangat jauh dari memahami tujuan hidup agama. Cara hidup mereka adalah ‘berhibur’. Itulah agama mereka. Mereka hidup bebas, jauh dari petunjuk dan sesat dalam dunia hiburan yang melalaikan

Hiburan yang berteraskan falsafah hedonisme, terlalu jauh terpesong daripada garis panduan Islam berkaitan hiburan. Hedonisme merupakan satu aliran falsafah yang menjelaskan bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup.

Aliran falsafah hedonisme mula berkembang di Eropah Barat sekitar kurun 14M dan kemudian menjalar ke seluruh dunia. Pemikiran ini telah lahirkan manusia yang hidup dalam kelalaian, mengamalkan gaya hidup bebas sehingga mengorbankan nilai akhlak mulia yang berteraskan agama. Ia juga menjadi teras kepada strategi musuh Islam untuk memerangkap umat Islam di dalam dunia hiburan tanpa sempadan.

Maka lahirlah manusia yang menjadikan keseronokan dan kemewahan yang berlebihan sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian. Segala macam hiburan yang lahir daripada hedonisme ini bukan sahaja gagal memberi ketenangan jiwa dan kedamaian dalam sanubari manusia, bahkan mencetuskan masalah dan kecelaruan dalam kehidupan.

Penganut hedonisme menjadikan HAWA NAFSU SEBAGAI TUHAN YANG DISEMBAH. Oleh sebab itu, hiburan hedonistik bukan sahaja gagal mendidik jiwa, malahan mendorong kepada kelalaian, maksiat dan pergaulan bebas yang akhirnya mengundang kepada gejala sosial yang merosakkan kesejahteraan hidup umat Islam.

Arak, dadah, disko, seks bebas, pornografi dan wanita seksi yang menjadi teras hiburan hedonistik telah menjadikan kehidupan manusia masa kini punah ranah. Sebab itulah anak-anak kita hari ini rakus dengan segala macam hiburan yang lalu di media massa dan sosial. Hiburan membuka jalan kepada macam-macam maksiat tanpa batas.

“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya.

Dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?

Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah?

Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf?” Surah al-Jathiyah ayat 23.

Nabi Muhammad saw telah memberikan peringatan, akan ada dalam kalangan orang Islam di akhir zaman yang berhibur melampaui batas agama. Mereka ini dilabel oleh Nabi Muhammad sebagai ‘MANUSIA BERPERANGAI KERA DAN BABI’.
.

“Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka serta dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.’” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah)

Kadang-kadang, kita kena berfikir juga di luar kotak. Allah tidak saja-saja utuskan babi tanpa sebab. Kecuali sebagai peringatan kepada manusia yang berakal. Tanggungjawab kita adalah mencari HIKMAH dan PELAJARAN. Supaya kita tidak hanyut hidup di dalam dunia yang penuh dengan hiburan, baik seni mahupun politik.

Jadilah kita orang yang berfikir,

Shauqi Hasan
Berfikir sejenak

Sumber: https://www.facebook.com/muhamadshauqihasan/posts/2015894792012453

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: