News!!

Amalan Mistik dan Tahyul Merosak Akidah Masyarakat Aceh

Kepercayaan kepada amalalan mistik dan tahyul seolah-olah telah sebati dengan penduduk Aceh. Amalan ilmu hitam, ilmu kebal telah dijadikan sebagai sandaran bagi memenuhi kehendak sebahagian dari mereka. Fenomena ini amat sinonim bukan sahaja di Aceh, malahan sehingga kini ianya masih lagi dipraktikkan walaupun kita sudah memasuki fasa revolusi industri ke-4. Snouck melihat perkara ini sebagai satu kelemahan rakyat Aceh. Semoga pembaca dapat menggambarkan bagaimana kondisi Aceh di waktu itu dan mendapat pelajaran dari kelompangan di dalam jiwa masyarakat Aceh.

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.
Menurut Snouck Hurgronje, orang Aceh sangat terdedah dengan ilmu-ilmu mistik dan tahyul dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kefahaman-kefahaman mistik bermula dengan penulisan-penulisan dan doktrin orang-orang terdahulu. Kitab-kitab bebentuk falsafah dan ajaran-ajaran sesat turut menular di kalangan masyarakat seperti ajaran-ajaran tarekat dan golongan sufi.

Image may contain: 1 person, text

Snouck Hurgronje telah menulis beberapa nama seperti Hamzah Fansuri, Habib Seunugan, dan Ahmad Qushashi sebagai pengasas kepada pemikiran ini.

Kitab-kitab yang ditulis oleh Hamzah Fansuri pernah dibakar oleh pihak Istana untuk membendung ajarannya tetapi masih ada kitab yang terselamat dan kekal menjadi bahan bacaan. Walaupun penulisnya sudah mati, namun kitab-kitabnya masih menjadi rujukan dan masing-masing mentafsirkan mengikut kefahaman sendiri.

Pemujaan makam dan kubur guru-guru turut berlaku kerana dianggap keramat. Doa-doa dianggap mustajab dan makbul di makam mulia ini.

SIHIR, MANTERA, JAMPI DAN TANGKAL

Cabang ilmu-ilmu sihir diamalkan dalam kalangan masyarakat. Walaupun terdapat ancaman yang keras dari golongan agama, namun rakyat Aceh tetap mengamalkan ilmu-ilmu terlarang ini.

Tujuannya jika tidak untuk perubatan, sihir tentunya digunakan untuk tujuan-tujuan jahat dan peribadi seperti untuk kekayaan, kebencian pada musuh dan cinta kepada wanita.

Buku-buku arab dan Al-Quran tetap digunakan dalam menjalankan ilmu-ilmu ini.

Antara kitab yang digunakan ialah Kitab Tajul Muluk, sebuah kitab arab yang diterjemah kepada melayu. Dari kitab-kitab ini, amalan tertentu dilakukan mengikut perkiraan tertentu dan waktu-waktu tertentu disertakan dengan pantang-larang dan bacaan tertentu.

Mantera-mantera dibaca dengan menggunakan bahasa asli Aceh ataupun bahasa India untuk dibaca dalam perubatan, pemujaan dan amalan sihir. Azimat atau tangkal dipakai yang dituliskan dengan tulisan-tulisan atau gambar rajah tertentu.

Tangkal digunakan untuk mengelak bahaya, murah rezeki, menambah kesihatan atau menjauhkan dari makhluk halus.

ILMU KEBAL DAN ILMU SENJATA

Orang-orang Aceh mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk mencapai kekebalan dari senjata seperti parang, panah dan peluru.

Raksa (merkuri) menjadi elemen utama yang digunakan dengan cara menggosokkan ke badan atau memasukkannya ke dalam kulit. Amalan ini disertakan dengan pertapaan, pembacaan mantera dan pantang-larang.

Kematian pengamal hanya dikatakan sebagai melanggar pantang-larang. Air raksa yang digunakan sememangnya amat berbahaya bagi manusia kerana kesan jangka panjang seperti kemandulan, kecacatan anak dalam kandungan dan penyakit kanser. Namun mereka tiada pengetahuan tentang ini.

Ilmu kebal juga boleh diperolehi dengan penggunaan azimat dan tangkal yang dipanggil ‘pegau’ atau ‘rantai babi’.

Pegau dibuat dari bahan besi berbentuk binatang seperti cicak, serangga, ulat dan lain-lain lagi. Rantai Babi pula dikatakan didapati dari babi hutan tertentu. Tangkal ini dikatakan ditemui oleh orang bertuah dan boleh dijual dengan sangat mahal mengikut bentuk dan jenisnya.

Dalam pemilihan dan pembuatan senjata juga, bacaan-bacaan tertentu dan kiraan-kiraan tertentu digunakan untuk menentukan sesuatu senjata itu bertuah atau sebaliknya.

Snouck melihat amalan ini tidaklah merubah apa-apa sifat senjata itu, namun ia menjadi amalan ketat orang Aceh dalam menentukan sifat senjata itu dan memilih senjata yang bertuah.

KESIMPULAN

Pendidikan dalam masyarakat Aceh pada zaman itu sangat terbatas kepada ajaran nenek-moyang yang jahil. Tanpa kefahaman Islam sebenar, amalan adat amat sukar diubah. Perubahan ini bukan sahaja terletak di bahu ilmuan agama, tetapi juga memerlukan sokongan pembesar dan pemimpin rakyat.

Walaupun pada zaman moden ini, sama ada di Malaysia atau Indonesia, kita melihat budaya ini masih berlaku. Sistem pendidikan dalam pelbagai pendidikan telah berkembang, tetapi ilmu sihir, mantera dan tangkal masih lagi menjadi amalan rakyat.

Ajaran Islam perlu ditegakkan secara ‘Kaffah’ dan lengkap dalam setiap aspek kehidupan untuk memberikan kefahaman jelas dan praktikalnya yang menyeluruh. Sistem Islam perlu dikembangkan secara ilmiah dan rasional sebelum dilihat sebagai penyelesai semua masalah.

Siri akan datang akan membincangkan lagi proses penjajahan Belanda seterusnya di bumi Aceh.

Semoga bermanfaat.

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

.

********** DIREKTORI **********

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN
https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603�

�SIRI KE 12: KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN DAN KEPERCAYAAN MISTIK ORANG ACEH DI MATA SNOUCK

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571012949659844

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: