News!!

Airbnb, Sumbang RM200.4 Juta Kepada Ekonomi Malaysia

AIRBNB, syarikat perkhidmatan penginapan berpejabat di Amerika Syarikat, sedia untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia untuk merangka dan melaksanakan peraturan berhubung perkhidmatannya.

Jurucakap Airbnb dalam satu kenyataan berkata ia sudah mengadakan perbincangan yang bermakna dengan pihak berkuasa di Malaysia, yang katanya teruja dengan potensi manfaat perkhidmatan itu kepada pelancongan tempatan.

“Kami sedia berkerjasama dengan dekat dengan pihak berkuasa untuk merangka dan melaksanakan peraturan yang jelas dan adil ke atas perkhidmatan penginapan jangka pendek di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Airbnb, ia menyumbang RM200.4 juta kepada ekonomi Malaysia pada tahun lalu daripada 1.5 juta pelancong ke negara ini.

Pendaftaran itu sebagai langkah untuk mengawal dan memantau sebelum membuat kajian lanjut bagi membolehkan pengusaha yang terlibat menjalankan perniagaan mereka secara sah.

November lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mohamed Nazri Aziz berkata kementeriannya mengiktiraf Airbnb walaupun ada pihak berkuasa tempatan yang enggan berbuat demikian.

Sumber: The Malaysian Insight

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: